Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 4 Februari 2014

INTERPERSONAL YANG BAIK




Interpersonal mengikut pengertian MABBIM (Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia) boleh membawa maksud kepada hubungan yang baik dan rapat secara personel atau peribadi. Semuanya berkait rapat dengan sikap yang ada pada kita. Memberikan interpersonal yang baik sudah tentunya akan memberikan impak dan kesan yang baik kepada bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui.

Sikap yang baik sudah tentu memberikan pulangan yang baik juga kepada kita. Bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti akan merasa cukup selesa dan yakin dengan apa yang telah kita lakukan kepada mereka. Tiada siapa pun di luar sana mahu berhubung dengan wakil penjual yang tidak mempunyai akhlak dan sikap yang tidak senonoh. Semuanya sebagai satu penanda buat diri kita bagaimana untuk menghadapi mereka melakukan jualan hanya dengan penonjolan yang ada pada diri kita sendiri.



Jangan diharap apa yang ada pada diri kita andai kata tidak boleh dipergunakan sama sekali dalam dunia jualan. Pergunakan kesempatan yang ada dengan persembahkan dalaman diri kita yang positif dan baik kepada mereka dalam melakukan jualan. Tonjolkan dan ciptakan segala yang ada pada diri kita sendiri semasa melakukan jualan agar kepercayaan dan keyakinan mereka cukup mudah untuk kita peroleh. Antara sikap-sikap dan skil yang perlu ada dari dalaman diri kita sendiri adalah

i.             Komunikasi yang jelas

ii.           Lontarkan dan berikan senyuman yang terbaik

iii.          Beri perhatian (fokus) dan dengan teliti

iv.          Kerap berikan pujian dalam apa juga keadaan

v.            Jangan mudah bermasam muka dengan raut wajah yang menyedihkan

vi.          Ambil tahu apa yang berlaku dan terjadi keadaan sekeliling

vii.        Terdapat konflik berikan penyelesaiannya dan jangan dibiarkan begitu sahaja

viii.       Galakkan kebersamaan mengikut arus bakal pembeli atau pelanggan

ix.         Cipta keceriaan dengan mode yang menggembirakan orang lain

x.           Sentiasa meletakkan diri dalam situasi orang lain

xi.         Jangan merungut dan bersungut

xii.        Yakin atas segala kejadian adalah datang dari Allah SWT

xiii.      Rajinkan diri menghidu setiap oportuniti dan peluang yang ada

Berikan yang terbaik. Setiap manusia ada kelemahannya tapi itu bukanlah satu pendorong  dan penyebab untuk tidak melakukan yang sepatutnya. Berazam untuk mencapai kejayaan. Hindarilah segala yang negatif yang boleh menjejaskan diri kita melakukan yang hebat dalam jualan. Jangan di hirau apa yang orang lain perkatakan asalkan apa yang kita lakukan tidak bercanggah sama sekali dengan tuntutan Agama. Teruskan sahaja perjuangan yang ada pergunakan segala kelebihan diri yang ada berikan sesuatu yang terbaik kepada bakal pembeli atau penjual yang ditemui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan