Amat mendukacitakan apabila terdapat sesuatu cara atau kaedah yang baru
tiba-tiba sahaja terus mengambil keputusan untuk berhenti begitu sahaja. Hanya
kerana hendak melakukan yang baru terus ditinggalkan cara yang lama. Alangkah
sedihnya terasa membuang masa begitu sahaja. Pantang ada yang baru yang lama
pasti terbiar begitu sahaja. Adakah ini yang kita cari dan lakukan selama ini.
Seolah-olah ada ‘Hand Break’ berlaku dalam sistem jualan kita apabila
terdapatnya sistem yang baru pula menjelma.
Bila ada satu sistem yang baru pastikan
i.
Jangan
tunggu bulan atau tahun baru
Sempena
kehadiran tahun baru atau memasuki bulan yang baru terhegeh-hegeh nak lakukan
sesuatu yang baru. Jangan dibiarkan sikap sebegini berada dalam diri kita. Per laku
kan dengan sebaik mungkin kalau kita rasakan sesuatu sistem jualan yang baru
boleh diketengahkan lakukan sahaja. Jangan tunggu mencari ‘FENG SHUI’ yang
terbaik kerana dalam Islam tiada istilah tarikh yang boleh menjadi terbaik dan
terbilang. Segalanya bergantung kepada usaha untuk kita lakukan. Baik usaha
kita bermakna semakin baiklah keputusan yang bakal kita peroleh
ii.
Tiada
istilah ‘ONG’ atau bernasib baik
Usaha
melambangkan segala-galanya. Rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh sudah
pasti ganjaran yang besar akan menanti. Semuanya bergantung balik kepada usaha
yang diberikan. Bila ada usaha pasti istilah ‘ONG’ atau bernasib baik tiada
dalam kamus hidup kita. Kalau berlaku sekalipun semuanya hanya kebetulan
sahaja. Tidak ada kena mengena dengan usaha yang kita lakukan sama sekali.
Ujian Allah melihat sama ada kita mudah terpesong atau tidak akidah kita kepada
Nya.
iii.
Peluang
yang ada pastinya tidak sama
Apa juga
oportuniti yang ada kaut habis-habisan tidak kira sistem baru ataupun lama.
Selagi sistem tersebut mampu menjana perolehan buat kita teruskan sahaja
melakukan yang terbaik. Sudah terbukti cara lama boleh berkesan kenapa cara
baru pula perlu dipraktikkan pula. Semuanya bergantung kepada cara dan kaedah
kita dalam melakukan jualan.
iv.
Lakukan
dengan berhati-hati
Berhati-hati
adalah lebih baik dari main hentam begitu sahaja. Tidak menjadi satu kesalahan
dalam menjual kalau apa yang kita lakukan menjadi satu tindakan yang cukup
berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Tindakan kita walaupun mungkin boleh
menggembirakan hati dan perasaan kita mendapatkan penutupan jualan tapi kalau
pelanggan tidak berasa gembira alangkah ruginya. Semuanya bergantung kepada
tindakan kita sama ada untuk memilih perolehan atau menyakitkan hati mereka.
Bertindaklah dengan bijak biar kedua-duanya menjadi pilihan utama tindakan
kita.
v.
Pelajari
dari kegagalan
Setiap
kegagalan yang ditempuh bukan untuk menyuruh kita bersedih dan berduka cita.
Jadikan ia satu iktibar dan pengajaran yang berguna buat kita per kemas kan
diri menjadi yang terbaik. Mana yang baik diteruskan, yang tidak baik jangan
dilakukan lagi di masa hadapan. Perbaiki diri sentiasa tidak kiralah sama ada
sistem yang kita gunakan kaedah yang lama ataupun yang baru.
Berani untuk berubah perlu ada tersemat dalam diri kita. Berazam berikan
yang terbaik sudah pasti tindakan yang dilakukan menurut apa yang kita azamkan.
Jangan dibiarkan segala yang negatif bersarang dalam diri kita menguasai cara
dan kaedah kita melakukan jualan. Ada sistem baru terus sahaja dipraktikkan
sambil kaedah yang lama jika ia nya masih praktikal perlu dilakukan juga. Demi
kejayaan lakukan sahaja apa yang ada. Penting buat kita selagi perolehan dan
pendapatan kita dapat di tambah lagi kenapa perlu tinggalkan yang lama begitu
sahaja. Berfikirlah sejenak mencari satu formula terbaik buat diri kita
mencapai kejayaan yang di idam-idamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan