Sesuatu
yang perlu dalam kehidupan kita apa tah lagi dalam melakukan jualan adalah
bersikap YAKIN. Hanya keyakinan yang tinggi dan konsisten sahaja kita boleh dan
mampu untuk melakukan jualan tanpa merasa ragu-ragu dan sukar. Tapi keyakinan
yang diperlukan ini sudah semestinya tidak boleh dibentuk dalam satu malam
sahaja kerana dalam melakukan jualan pelbagai cabaran,dugaan, halangan dan
rintangan perlu ditempuh dengan ketabahan, kesabaran dan ketenangan. Kerana itu
yakin dengan apa yang kita lakukan amat-amat diperlukan.
Bagi
mendapatkan keyakinan diri yang tinggi ini, beberapa perkara perlu dilakukan
antaranya
i.
Dorongan untuk berjaya
Setiap apa yang kita
lakukan dalam jualan semakin banyak kita mendapatkan penutupan jualan bermakna
semakin yakin untuk kita lakukan. Berjayanya kita mendapatkan pelanggan
bermakna keyakinan akan datang dengan sendirinya kerana kita semakin tahu
bagaimana untuk kita mempengaruhi dan membolehkan seseorang memberikan
persetujuan mendapatkan penawaran produk yang ditawarkan kepada mereka. Bila
kita berjaya sudah semestinya secara automatik akan memberikan satu dorongan
yang kuat untuk lebih berusaha lagi kerana keyakinan semakin kuat menjelma
dalam diri kita. Lagi banyak kita dapatkan penutupan jualan bermakna lagi kukuh
keyakinan kita melakukan jualan.
ii.
Berterusan dan konsisten
Lakukan jualan secara
berterusan dan konsisten tanpa berbelah bagi. Jangan ikut mood tapi ikut gerak
hati untuk melakukan jualan. Jadikan sebagai satu tabiat agar keyakinan diri
dapat diterapkan sama. Bermula dari seorang berkembang kepada ramai orang,
semuanya kena ada perancangan yang baik dan jitu supaya setiap tindakan dapat
dilakukan dengan berterusan dan konsisten sama sekali. Jangan mudah mengeluh
dan merasa mudah kecewa kelak nanti keyakinan yang ada akan luntur tidak
semena-mena
iii.
Rajin
Rajin dalam melakukan
tugasan juga boleh memberikan keyakinan yang tinggi akan apa yang kita lakukan.
Berusaha ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki kerana itu yang kita
idamkan selama ini. Lawannya rajin adalah malas. Elakkan sama sekali. Bagi
orang yang mementingkan kariernya dalam jualan sudah pasti tiada istilah malas
dalam kamus pekerjaannya. Semakin rajin kita lakukan sudah pasti semakin yakin
dengan apa yang kita lakukan.
iv.
Bebas dan kreatif
Melakukan jualan secara
bebas dan kreatif mengikut adunan kita hasil dari pembelajaran dan pengalaman
seseorang yang telah dipelajari pasti
memberikan keyakinan bagaimana untuk kita lakukan dengan sebaik yang mungkin.
Bebas di mana sahaja untuk melakukan jualan tanpa ada sekatan apa-apa pun
halangannya di samping dengan penuh kreativiti boleh digunakan mengikut
prospek/pelanggan yang kita temui kerana lain padang lain belalangnya lain
orang lain ragamnya pula.
v.
Berdikari
Berdiri di atas kaki
sendiri bukan di atas kaki orang barulah keyakinan boleh dibentuk sama sekali.
Bila kita berdikari semuanya akan kita lakukan sendiri tanpa perlu meminta dan
memohon bantuan dari sesiapapun. Maklumlah kubur sendiri-sendiri makna kerja pun
kena sendiri-sendirilah juga. Bila kerja secara bersendirian bermakna kita kena
yakin dengan apa yang kita lakukan. Nak yakin kena serba tahu dalam menjual.
Semakin kita berjaya dapatkan penutupan jualan semakin hebat keyakinan kita
untuk bergerak secara bersendirian.
vi.
Sabar
Apa pun berlaku kesabaran
amat diperlukan. Tanpa kesabaran sudah tentu ketenangan, ketabahan dan
keyakinan diri tidak akan terhasil. Menjual memang banyak rintangan dan
dugaannya. Semuanya kena hadapi dengan kesabaran yang tinggi. Nak belajar
bersabar kena banyak bersolat ingat pada Allah kerana setiap apa yang berlaku
ini semuanya adalah ujian dari Allah SWT. Bila ini dapat kita terapkan bermakna
keyakinan akan turut sama menjelma dalam kita terutama sekali dalam menghadapi
pelbagai karenah dan ragam prospek/pelanggan.
Cuma
satu yang perlu diingatkan apabila sudah ada yakin diri jangan pula terlalu
yakin. Ditakuti nanti boleh memakan diri pula. Bila dah terlalu yakin akan jadi
lebih mudah lupa dan alpa akan tujuan sebenar kita menjual. Elakkan sama sekali
kerana prospek/pelanggan dan rakan setugas kita akan cukup meluat dan benci
kepada kita hanya kerana kita terlalu yakin dalam melakukan tugasan. Teruskan
usaha bina keyakinan diri dengan lebih mantap, kental dan kuat agar pembinaan
keyakinan diri ini tidak mudah tumbang dan gugur sama sekali walaupun apa pun
perkara-perkara buruk dan di luar dugaan berlaku dan terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan