Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 16 Januari 2013

BINA PIPELINE DENGAN SEGERA



Sempena kedatangan tahun baru ini, marilah sama-sama kita membina semula bekalan pipeline yang mana mungkin telah habis atau hanya tinggal sedikit sahaja kita pergunakan di tahun lepas. Sememangnya dalam mengejar sasaran yang diberikan bagi memastikan penutupan akaun bagi tahun kewangan yang lepas banyak yang telah kita pergunakan tanpa kita sedari untuk menampung semula pipeline yang telah kita pergunakan. Sememangnya dalam tugasan melakukan jualan pipeline yang ada perlu di isi semula dengan sebanyak yang boleh balik bagi memastikan apa yang kita lakukan dapat berjalan dengan lebih baik dan lancar semula.

Bagi membina pipeline yang mungkin juga kering kontang pencarian dalam pengisian perlu dilakukan dengan cepat dan segera tanpa menangguhkan sebarang kemungkinan yang ada. Peluang bukan menunggu kita tapi kita yang perlu memastikan peluang yang ada amat mudah untuk di kesan dan mendapatkan. Bagi membina semula pipeline-pipeline ini terdapat tiga perkara utama yang perlu dilakukan balik dengan tindakan yang cepat dan segera iaitu

i.             Bina kualiti data-data pelanggan
Data pelanggan yang banyak sudah pasti akan lebih memudahkan kita melakukan tugasan seperti mana yang dikehendaki. Peringkat saringan dan sasaran prospek sudah pasti boleh kita lakukan dengan sebaik yang mungkin tanpa perlu kita ragu. Mendapatkan prospek sememangnya matlamat kita untuk mendapatkan pelanggan yang menerima produk kita. Sasaran perlu betul dengan mengetahui ciri-ciri asas prospek yang bagaimana kita amat memerlukannya mengikut apa yang mereka mampu dan boleh untuk menerima tawaran yang ditawarkan kepada mereka. Agak malang jika sehingga kini pembinaan data pelanggan menjadi satu yang sukar pula untuk dilakukan kerana data pelanggan yang diperlukan boleh diperoleh dari pelbagai sumber. Usahakan secepat mungkin agar kita tidak kemarau pula di kemudian hari dengan memastikan segala data-data prospek yang diperlukan cukup berkualiti bersesuaian dengan keperluan dan kehendak kita.

ii.           Bina strategi jualan
Dalam membina data pelanggan yang diperlukan, strategi jualan yang padu dan jitu mesti diolah dan disusun dengan baik dan telitinya sama sekali. Perancangan perlu ada. Adakah perancangan yang dilakukan selari dengan tindakan yang akan dibuat nanti. Kumpulan sasaran prospek kena betul agar kita tidak penat pula di pertengahan jalan. Kena proaktif dan prihatin dengan tugasan jualan kita. Fahami keadaan mereka untuk kita ketahui apa yang dimahukan dan apa yang dicarikan selama ini. Jangan lupa untuk melihat pesaing kita sama, bagaimana produk mereka dan pelanggan yang bagaimana idaman mereka. Kepekaan dan mengetahui apa yang berlaku di sekeliling pasaran kita amat diperlukan sama sekali bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah betul dan tepat arah tujuan tugasan jualan kita.

iii.          Lakukan dengan konsisten
Tanpa adanya perasaan berbelah bagi dengan fokus yang betul akan banyak membantu kita membina dengan lebih lancar lagi pipeline yang diperlukan. Bukan hanya gah diperkatakan tetapi cukup dengan satu bukti hasil usaha kita sendiri bagi mendapatkannya dengan telus dan tulus. Jangan sama sekali hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sekejap rajin dilakukan sekejap ditinggalkan pula. Kadangkala sikap malas pula lebih banyak dari rajinnya. Kerana itu menjadikan tabiat mesti buat perlu ada agar konsisten dengan apa yang kita lakukan dapat disemai dalam sanubari diri kita. Bila ia nya sudah menjadi tabiat maka lagi mudah untuk kita laksanakan dengan sebaik yang mungkin.

Prestasi tahun lepas sudah pun menjadi sejarah. Tahun ini kita bermula dari kosong sekali lagi untuk kita bina semula prestasi yang ada sehingga hujung tahun ini. Jangan masih ada lagi yang menoleh ke belakang kerana sibuk dengan sejarah yang berlaku tetapi tolehlah ke hadapan bagi memastikan sasaran yang baru berupaya untuk kita lakukan sekali lagi menunaikannya tanpa perlu kemukakan sebarang alasan dan masalah. Orang yang berjaya pasti telah memulakannya dan tidak menanti arahan untuk melakukannya. Teruskan usaha lipat gandakan tenaga bina peluang yang ada penuhi semua pipeline yang diperlukan agar kita akan lebih mudah untuk melakukan jualan demi jualan tanpa adanya sebarang masalah, cabaran dan dugaan yang tidak disangka-sangka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan