Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 13 Januari 2013

Jualan Murah Jualan Pemikat



Bila diketahui adanya jualan murah sudah pasti orang akan tercari-cari untuk menemuinya bagi tujuan membeli dan mendapatkannya. Tidak kira apa juga yang berlaku dan terjadi kerana harga yang murah dan dirasakan cukup berbaloi dengan tawaran yang dikemukakan. Kerana itu apabila ada tawaran harga murah, harga runtuh, penghabisan stok ataupun promosi gila-gila sudah pasti orang ramai akan menyerbu dan berkerumun dibuatnya. Inilah dorongan terbesar kenapa pembeli akan berminat untuk membeli dan menerima tawaran yang dikemukakan kerana merasakan bahawa produk yang ditawarkan pada asalnya cukup mahal harganya ditawarkan pula menjadi satu item yang diyakini murah untuk dimiliki.

Tetapi berapa lama pihak penjual sanggup menawarkan harga murah dan harga terpaksa ini? Semuanya kena bergantung pada keadaan dan kemampuan modal si penjual. Mungkin kita kena ketahui kenapa jualan murah ini boleh berlaku. Antaranya adalah disebabkan

i.             Untuk menghabiskan stok-stok lama. Daripada terus disimpan dan tidak mendapat sambutan baik dibuat jualan murah agar penghabisan stok boleh berlaku dan mudah untuk digantikan pula dengan stok-stok yang baru pula

ii.           Mendapatkan perhatian si pembeli agar mahu terus datang untuk membeli dan mendapatkan barangan yang ditawarkan walaupun terpaksa mengurangkan keuntungan sedikit.

iii.          Mendapatkan promosi percuma dari para pembeli melalui hebahan mulut yang dilakukan agar lebih ramai lagi datang ke premis tapak jualan yang diadakan. Sekurang-kurangnya walaupun kos keuntungan dikurangkan sedikit sekurang-kurangnya dengan kuantiti yang banyak akan dapat menampung kos keuntungan yang kurang tersebut.

iv.          Menghadapi pesaing yang ada di pasaran agar tumpuan tetap ditumpukan kepada si penawarnya sahaja di samping mengetepikan tawaran yang biasa-biasa dari pesaing.

v.            Boleh mengawal pasaran dari pesaing mengawalnya. Sekurang-kurang orang akan mengetahui orang yang menawarkan harga yang terbaik kononnya di pasaran adalah paling baik dan hebat untuk diberi perhatian dan menerima tawaran yang dikemukakan.

Begitulah hebatnya kenapa jualan murah atau harga runtuh atau promosi harga terkejut atau penghabisan stok kerap kita lihat dan perhatikan kenapa ia nya begitu mendapat sambutan yang hebat di pasaran. Sesuatu untuk kita renungi bersama adakah kita juga patut meniru sama pada mereka yang tawarkan produk-produk tersebut mengikut kesesuaian, kualiti, kehendak atau keperluan pada produk yang kita tawarkan. Memang boleh mendapat sambutan tapi adakah pesaing akan berpeluk tubuh sahaja memerhatikan tindakan yang telah kita lakukan. Semuanya bergantung pada kita sama ada perlu atau tidak untuk melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan