Sering
terdengar apabila kegagalan menimpa atau sasaran tidak dapat diperoleh maka
ayat ini akan biasa diberikan iaitu ‘Saya ada cara saya sendiri’.
Bagi ketua atau pengurus dalam tim jualan sudah pasti pedih telinga dibuatnya
memandangkan jawapan yang dikehendaki tetapi ayat ini yang kedengaran. Sudah
pasti sampai bila pun segala masalah atau kegagalan dalam melakukan jualan mencari
jalan penyelesaiannya pasti akan menjadi buntu dan terhenti.
Banyak
sebab-sebabnya kenapa ayat ‘Saya ada cara saya sendiri’
kedengaran. Memang membingungkan tapi terpaksa juga dihadapi dengan baik dan
tenang. Sebagai orang yang bertanya jangan mudah melatah dahulu menengking yang
bukan-bukan kerana ia nya berlaku dan terjadi adalah disebabkan
i.
Berkemungkinan seseorang itu ingin menunjukkan kepandaian
dan lagaknya sahaja walaupun kita mengetahui apa yang dilakukan adalah menemui
kegagalan semata-mata
ii.
Segala apa yang dirancang atau hendak dilakukan sudah pasti
tidak mengikut apa juga kaedah atau garis panduan yang telah ditetapkan
kepadanya terlebih dahulu
iii.
Senang baginya untuk memberikan alasan walaupun sebarang
ulasan tidak mahu kita dengari.
iv.
Cara mudah bagi seseorang untuk lari dan tidak mahu
memberikan sebarang komitmen seperti mana yang dikehendaki.
Sememangnya
pelbagai masalah dan halangan yang akan timbul asalkan ayat ‘Saya ada
cara saya sendiri’ boleh dilafazkan dengan senang dan begitu mudah sama
sekali. Pedih tapi belum ke tahap sedih lagi untuk kita mengatasinya dengan
cara dan kaedah sebaik yang mungkin. Antaranya adalah
i.
Kena buang rasa ego dan lagak diri
Jangan sama sekali
mengikut rasa tinggi diri dan berlagak tak tentu hala. Bersabar dan bertenang
sentiasa agar kita tahu apa yang kita lakukan adalah betul dan benar sama
sekali. Sentiasa kena ingat melakukan jualan adalah satu langkah yang perlu
ditimba ilmu pengetahuan dan setiap hari yang berlaku itu ada kelainannya sama
sekali. Jangan mudah mendabik dada mengatakan kita melakukannya. Selagi kita tidak
berjaya mencapai sasaran yang diberikan selagi itu kita dikira masih menemui
kegagalan.
ii.
Ikut peraturan dan kaedah yang telah ditetapkan
Bagi organisasi,
melakukan jualan sudah pasti ada cara dan kaedah yang tersendiri yang
memerlukan komitmen semua tenaga jualan mengikutinya. Jangan buat lain dari
yang lain, ikut arahan yang diberikan. Lakukan kreativiti dengan mengikut garis
panduan yang diberikan agar lebih mudah mendapat pelanggan. Elakkan dari cepat
merasakan kita dah pandai terlebih dahulu dari melakukannya yang bukan-bukan.
iii.
Buktikan kejayaan dahulu
Jangan mudah mendabik
dada mengatakan kita telah melakukan yang terbaik atau memberikan pelbagai
alasan. Nak mendabik dada sekalipun biarlah berada dalam kejayaan terlebih
dahulu mencapai sasaran yang diberikan bukan mendabik dada kenapa masih tak
boleh-boleh lagi mencapai apa yang dikehendaki. Buktikan sahaja dahulu yang
cara kita ini betul dan lepas itu barulah boleh diperkatakan ‘Saya ada cara
saya sendiri’
iv.
Pengalaman dari rakan-rakan yang berjaya telah
membuktikannya
Cara paling mudah tak perlu
nak pening kepala adalah dengan mengetahui bagaimana orang yang telah berjaya
melakukannya. Tiru dan lakukan tapi kena padankan dengan kesesuaian kita pula.
Jangan tiru bulat-bulat dikhuatiri nanti tak terikutlah pula. Pengalaman dari
orang lain juga penting. Lihat kejayaan yang telah dinikmatinya. Ketahui
bagaimana dia lakukan dan bagaimana di bertindak. Itu lebih baik daripada tidak
melakukan apa-apa tapi lebih banyak bersungut dan memberi dalih yang bukan-bukan.
Ketahuilah
jangan mudah sangat mengeluarkan ayat ‘Saya
ada cara saya sendiri’. Tengok dahulu prestasi kita sebelum kita boleh
mendabik dada. Kalau rasa dah tak terror mana eloklah muhasabah diri terlebih
dahulu. Bukan nak bercakap kasar tapi hanya semata-mata mahukan kita yang menawarkan
jualan melakukan yang terbaik. Berfikir dahulu jangan sama sekali sesedap mulut
mengatakan ‘Saya ada cara saya sendiri’. Mungkin ada menjadi
buruk padahnya buat diri kita juga akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan