Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 20 Januari 2013

APABILA MENIPU



Firman Allah ‘Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu’ (Surah Al-Furqan Ayat 67). Islam amat tidak menggalakkan agar berlaku nya pembaziran apatah lagi pemborosan boleh berlaku dan terjadi. Jangan terlalu sangat mengikut pengaruh hawa nafsu kelak nanti apa yang sepatutnya terpikul terus terlerai begitu sahaja. Begitulah kuatnya pengaruh hawa nafsu jika kita tidak dapat mengawalnya dengan baik sama sekali.

Kerana itu apabila melakukan jualan kita sepatutnya kena membantu prospek/pelanggan yang ditemui. Jangan turutkan hawa nafsu mereka sahaja walaupun kita amat memerlukan produk yang kita tawarkan boleh diterima oleh mereka seramai yang termampu. Sememangnya boleh kita lakukan sebegitu namun tidak adakah belas ihsan dari kita yang melakukan jualan terhadap mereka? Sepatutnya kita tawarkan penyelesaian masalah atas produk yang kita tawarkan agar mereka tahu produk kita benar-benar dapat membantu mereka pada tempat yang sepatutnya. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Peniaga jujur akan bersama-sama dengan Nabi, Siddiqin dan golongan mati syahid’ (Hadis Riwayat Hakim dan Tarmizi). Begitu besar ganjaran Allah berikan asalkan kita bertindak jujur melakukan jualan dan bukannya melakukan mengikut kepentingan diri kita terlebih dahulu.

Firman Allah bermaksud ‘Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka Yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya Dengan cukup. dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi’ (Surah Al-Mutaffifii Ayat 1-3). Allah amat melarang kita yang melakukan jualan melakukan sebarang penipuan yang tidak sepatutnya kita melakukannya. Jangan berbohong elakkan sama sekali agar keberkatan kita melakukan jualan sudah pasti boleh kita peroleh. Tapi kita kena ingat kalau kita tetap dan masih lagi menipu dan tiada kejujuran dalam melakukan jualan sesungguhnya sudah pasti mengundang kemarahan dari Allah. Firman Allah bermaksud ‘mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah’ (Surah Al-Baqarah Ayat 16).

Lakukanlah jualan dengan sebaik yang mungkin dan dapatkan pendapatan dengan maksimum yang termampu asalkan sama sekali jangan kita mengambil kesempatan di atas kelemahan prospek/pelanggan yang kita temui. Fikirkan sebaik yang mungkin sebelum kita bertindak antara untuk membantu atau untuk peroleh pendapatan. Keutamaan melakukan jualan kena di fahami terlebih dahulu agar. Jangan kerana fikirkan dan melayan nafsu amarah kita mengejar keuntungan kita lupakan segala-galanya. Tidak mendapatkan pendapatan yang tinggi asalkan tujuan utama melakukan jualan selesaikan masalah mereka kita penuhi terlebih dahulu. Sesungguhnya janji dan bantuan Allah adalah benar asalkan kita berniat baik dan betul untuk membantu mereka dengan produk yang kita tawarkan kepada mereka.

Bertindaklah sewajarnya, elakkan memikirkan keuntungan diri terlebih dahulu. Allah sememangnya cukup mengasihi dan menyayangi kita asalkan kita melakukan dengan ikhlas dan jujur. Elakkan menipu jauhi kepentingan diri sendiri dan cari keberkatan Allah. Firman Allah bermaksud ‘Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu’ (Surah Al-Nisa Ayat 29)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan