Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 30 Januari 2013

PENGETAHUAN PRODUK PERLU DIUTAMAKAN



Tindakan yang perlu diambil dari mula sekali adalah dengan mengetahui secara mendalam tentang pengetahuan dalam produk yang akan ditawarkan kepada prospek/pelanggan. Nak menjual pengetahuan produk amat diperlukan. Kena fahami apa kelebihan, manfaat, kebaikan dan ciri-cirinya dalam produk yang akan ditawarkan. Kalau kita tidak mengambil berat akan pengetahuan produk ini sudah tentu dan semestinya kita akan mudah menjadi kelu dan kaku ketika kita melakukan jualan. Elakkan sama sekali perkara yang sepatutnya kita ambil tahu tapi pada hakikat sebenarnya kita buat sambil lewa sahaja.

Pernah kah kita terlintas di hati kita dengan soalan-soalan berikut?

ü Adakah pernah kita merasakan bahawa kita telah gagal mendapatkan penutupan jualan walhal apa yang ditawarkan kepada prospek/pelanggan semuanya telah difahami dan dikehendaki oleh mereka?

ü Penerangan kita teruk atau penyampaian pesaing yang lebih pada penerimaan mereka?

ü Terfikir kah kita kenapa jualan pesaing lebih hebat berbanding dengan kita?

ü Terlalu hebat kah produk pesaing?

ü Sudahkah kita ketahui produk kita sedalam-dalamnya?

ü Memadai kah dengan apa yang telah kita pelajari tentang pengetahuan produk selama ini?

Begitulah persoalan-persoalan yang perlu kita berikan dengan penuh rasa tanggungjawab adakah pengetahuan kita telah memadai ataupun tidak. Kena ada sikap ambil berat untuk ketahui yang kita dapat selama ini telah mencukupi ataupun tidak dalam memberikan penerangan, maklum balas semula kepada prospek/pelanggan dan mengetahui kehebatan pesaing yang berada di pasaran. Bila kita ketahui maka lebih mudah kita melakukan tugasan. Jadilah seorang konsultan yang boleh kemukakan satu solusi kepada prospek/pelanggan dari menjadi promoter yang asyik menjual bagi memastikan sasaran yang diberikan dapat diselesaikan segera. 

Apabila kita merasakan pengetahuan produk ini amat penting untuk dilaksanakan, ini bermakna tindakan kita dalam melakukan jualan sudah pasti akan memberikan impak secara automatiknya dengan mengetahui dan memahami secara mendalam tentang produk bagi membantu diri kita melakukan jualan dengan cara

i.             Dengan sendirinya akan membantu diri kita memperoleh penutupan jualan sebaik yang mungkin

ii.           Sekurang-kurangnya kita berupaya mengatasi apa yang pesaing boleh berikan dalam pasaran

iii.          Tidak mudah panik atau menggelabah hanya disebabkan bangkangan jualan terjadi

iv.          Gaya dan cara penerangan dan presentasi kita lebih baik dan memukau perhatian mereka

v.            Tidak semena-mena keyakinan diri dalam melakukan jualan akan bertambah

vi.          Terus menerus kita akan lebih memahami tentang manfaat dan kelebihan dengan lebih mendalam lagi

vii.        Fahami dan ketahui dengan mudah akan apa yang di tulis dan diperkatakan apabile berada dihadapan prospek/pelanggan

viii.       Setiap apa yang diterima dari maklum balas prospek/pelanggan mudah sangat diperoleh

ix.         Lain padang lain belalangnya. Tabiat dan penerimaan manusia sudah semestinya tidak sama dan ini akan memudahkan lagi kita melakukan jualan dengan cara

·        Olahan cara dan kaedah kita sendiri

·        Kefahaman mereka mudah kita ketahui dan fahami

·        Apa juga masalah yang timbul boleh di beri jalan penyelesaian

x.           Tidak terkilan dan mengharapkan sebarang latihan boleh diberikan tapi sebenarnya sentiasa setiap masa bersedia berada dalam keadaan yang telah dikemas kini pengetahuannya melalui pembacaan, perbincangan atau hebahan mulut sesama rakan sekerja

xi.         Bersedia dalam apa juga keadaan

xii.        Tidak pedulikan apa yang akan orang perkatakan walaupun prospek/pelanggan mahupun pesaing mengeluarkan pendapat, bantahan atau rungutan.

Banyak kelebihan dan faedahnya kalau kita dapat kuasai pengetahuan produk akan produk yang akan kita tawarkan kepada mereka. Tiada ruginya malah tidak semena-mena kita pula akan dijadikan tukang rujuk oleh orang lain pula. Sentiasa bersiap sedia mengetahui segalanya tentang produk baik dari segi kekuatan dan kelemahannya. Jangan mudah berputus asa kerana selagi kita mudah berputus asa selagi itulah pengetahuan produk akan gagal kita kecapi dengan baiknya sama sekali. Nak pandai biarlah menjadi pakar dari pandai memberi alasan yang langsung tidak boleh diterima orang lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan