Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 27 Januari 2013

AMALKAN MEMBERI SALAM



Firman Allah SWT bermaksud "Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik." (Surah an-Nur Ayat 61)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya di antara perkara yang boleh menyebabkan mendapat keampunan adalah dengan memberi salam dan baik percakapannya" (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Firman Allah SWT bermaksud “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). “(Surah al-Nisa`Ayat 86)

Terlalu banyak hikmah dan kebaikkannya kita memberi salam termasuk sekali ketika kita bertemu dengan prospek/pelanggan bagi tujuan melakukan jualan untuk memberi dan menjawab salam dengan perkataan yang penuh iaitu ketika memberi salam “Assalaamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh” bermaksudSemoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kamu juga rahmat Nya dan berkat Nya” dan membalas salam dengan “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” bermaksudDan semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kamu juga rahmat Nya dan berkat Nya”.

Kenapa ianya disarankan untuk melakukannya dengan pengucapan yang penuh untuk kita lakukannya. Ini adalah kerana

i.             Setiap apa yang kita ucapkan dan sampaikan adalah satu doa. Baik memberi salam atau menjawab salam sebenarnya kita dan dia mendoakan agar berlakunya

·        Kesejahteraan

·        Kerahmatan 

·        Keberkatan

ii.           Membina dan mengeratkan hubungan yang baik antara satu sama yang lain

iii.          Memudahkan lagi interaksi memulakan komunikasi sesama insan

iv.          Merupakan satu zikir atas ingatan kita terhadap Allah SWT

v.            Satu sunah dengan memberi salam dan satu yang wajib membalas salam tersebut

vi.          Ganjaran pahala yang besar setiap pengucapan yang penuh, 30 pahala bagi yang menyampaikannya dan 30 pahala bagi yang menjawabnya (10 pahala bagi setiap perkataan)

vii.        Prospek/pelanggan lebih mengenali dan mengingati kita yang sering memberi salam kepada dirinya

viii.       Lebih tenang  dan beradab apabila ia nya bermula dengan pengucapan As Salam jika dibandingkan dengan perkataan yang lain seperti hello, hai, selamat tinggal dan sebagainya

ix.         Mengelakkan tanda-tanda akhir zaman berlaku apabila sehingga tiada seorang pun orang Muslim yang memberikan As Salam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja” (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud ra)

x.           Orang yang kedekut atau tidak mahu langsung untuk mengucapkan salam boleh dianggap sebagai orang yang cuai dalam menunaikan hak tersebut.

Tidak rugi untuk kita amalkan apatah lagi untuk dijadikan satu tabiat dan amalan kemestian dalam hidup kita apabila bertemu dengan sesiapapun juga orang Islam. Bukan setakat atas ingatan kita terhadap orang yang kita temui tetapi juga sebagai satu doa dan zikir kita terhadap Allah SWT. Tiada apa yang harus dimalukan dan disegankan jika kita masih lagi menganggap diri kita sebagai seorang Muslim yang sejati dan taat ke atas perintah Allah SWT. Dengan memberikan As Salam sahaja lebih mudah untuk melakukan interaksi menjalinkan silaturrahim dan mendapatkan penutupan jualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan