Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 28 Januari 2013

ANTARA KESIAN ATAU NAK BAGI LAKU



Perasaan akan terbit dan hadir terutama bila berlakunya penutupan jualan. Antara nak bagi produk yang ditawarkan terus diterima atau membatalkan sahaja hasrat di hati hanya kerana kasihan dengan prospek/pelanggan yang ditemui. Mana satu nak di pilih? Cukup keliru. Mungkin bagi penjual yang berhati waja dan keras hati sudah pasti hendakkan produk yang ditawarkan diterima oleh prospek/pelanggan. Bagi yang lembut hatinya ini yang sukar untuk diperkatakan. Kadang-kadang emosi dan keadaan sekeliling boleh mempengaruhinya untuk produk yang boleh dijangka dapat dijual pada hakikatnya terpaksa dibatalkan pula begitu sahaja bukan dari prospek/pelanggan tapi dari diri kita sendiri pula.

Percayalah, kalau macam ini kita lakukan kepada prospek/pelanggan walaupun sahabat handai atau saudara mara yang rapat dengan kita sudah pasti sampai kiamat pun kita tidak boleh melakukannya. Sikap yakin diri langsung tiada hanya disebabkan rasa kasihan dan simpati yang begitu menebal dalam diri kita. Kena lakukan sesuatu untuk pulihkan keadaan selamatkan apa yang sepatutnya agar jualan dapat diteruskan semula. 

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya kekeliruan ini dapat di atasi adalah dengan

i.             Perbetulkan niat kita
Kena fikirkan apa tujuan kita melakukan jualan. Kena tolong dan bantu seramai yang termampu untuk selesaikan masalah mereka menerusi penggunaan produk kita. Lagi ramai kita bantu dan tolong bukan pahala sahaja kita dapat tetapi pendapatan pun boleh bertambah dan berkat hanya kerana kita menolong dan membantu orang. Kerana itu niat kena betul dan diperbetulkan.

ii.           Fikirkan tujuan utama kita
Selagi kita menjual masalah mereka adalah peluang kita menawarkan produk yang bersesuaian dengan masalah mereka untuk diselesaikan. Kasihan kepada mereka kerana tidak menggunakan produk yang ditawarkan untuk selesaikan masalah mereka bukannya kasihan kepada mereka kerana rasa takut dan bimbing di hati kita mereka tidak gunakan produk kita. Kena perbetulkan segera kerana selagi tidak diperbetulkan selagi itulah kita akan gagal untuk menjual.

iii.          Apa sumber pendapatan kita
Tidak menjual bagaimana nak menampung kehidupan kita. Periuk nasi dan karier kena jaga. Selagi kita merasa amat mudah kasihan kepada mereka selagi itu kita sudah pasti tidak dapat menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka. Ingat periuk nasi ingat untuk menjual. Tanpa menjual bagaimana perniagaan nak maju?

iv.          Adakah dengan rasa kasihan dapat membantu seseorang?
Selagi ada rasa kasihan selagi itulah kita akan gagal membantu seseorang. Lagi banyak penutupan jualan didapati bermakna semakin ramai yang telah kita hulurkan bantuan dan pertolongan sewajarnya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Kena ada rasa kasihan kenapa mereka enggan untuk menerima tawaran yang ditawarkan dari memberi rasa kasihan tidak menerima tawaran yang dikemukakan.

v.            Pengetahuan produk
Penting ketahui produk yang ditawarkan kerana mudah untuk diri kita semula di mana terletak sebabnya untuk kita lebih membantu dan menolong seseorang selesaikan masalah mereka. Kerana itu pengetahuan produk amat penting dan sangat diperlukan untuk kita mengambil berat ketahuinya. Jangan main mudah dan anggap senang sahaja merasakan kita ketahui segala-galanya. Sentiasa kemas kini pengetahuan produk agar prospek/pelanggan merasakan apa yang kita tawarkan adalah terkini dan tahu tentang seluk belok masalah mereka.

vi.          Ilmu dan pengalaman
Ilmu yang ada akan memberikan pengalaman yang berguna buat kita. Lagi banyak kita menjual lagi bertambah pengalaman yang ada. Pengalaman adalah guru sebenar kita dalam kita melakukan jualan kerana setiap orang yang kita lakukan jualan tabiat mereka sama sekali tidak sama. Pengalaman akan mematangkan tindakan kita dalam melakukan jualan. Lagi kita berilmu dan berpengalaman lagi memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan.

Teruskan perjuangan dalam menjual. Jangan ada sifat dan sikap kasihan berada dalam diri kita. Selagi kita tidak mencuri dan menipu orang jangan sama sekali merasa cukup susah hati dan risau. Buangkan perasaan tersebut dengan menggantikan kepada usaha yang bersungguh-sungguh mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang termampu. Kalau orang lain boleh dan mampu melakukannya kenapa kita tidak? Semuanya jawapannya berada pada dan dalam diri kita sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan