Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Jauhilah kamu
dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan
rasa hati (berita hati).” (Hadis di sepakati oleh Al-Bukhari-Muslim)
Begitulah yang di sarankan oleh Rasulullah SAW
tentang berbaik sangka. Jangan sama sekali berburuk sangka. Kelak nanti memakan
diri sendiri. Kena selalu berbaik sangka kerana terlalu banyak hikmatnya.
Begitulah juga dengan kita yang melakukan jualan, perlu berbaik sangka dan
janganlah mudah memandang sesuatu perkara apatah lagi dengan prospek/pelanggan
yang di temui dengan niat atau berprasangka tidak baik sama sekali.
Menurut Kamus Dewan Edisi 4, Terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka perkataan sangka membawa maksud pendapat yang hanya di
agak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu,
waswas dan menganggap seperti. Jadi, sangka adalah pendapat yang berdasarkan
agakkan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewaswasan, kiraan, syak dan dugaan
(maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga).
Terlalu
banyak negatifnya kerana ia nya berlaku pada andaian kita sendiri terlebih
dahulu tanpa mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam lagi pada seseorang
yang kita temui. Kalau dari mula dan permulaannya kita sudah mula berburuk
sangka bagaimana hendak melakukan jualan seperti yang di mahukan dan
diperlukan. Sesuatu perlu diubah pada diri kita ini agar tidak mudah sama
sekali berasa senang sangat terjadi dan berlakunya buruk sangka.
Apabila
kita sering dan selalu berbaik sangka dengan orang terutamanya kepada
prospek/pelanggan ini bermakna
i.
Kita sering memikirkan sesuatu yang
positif dan yang baik-baik sahaja berlaku
Tak kiralah jika mungkin
secara kebetulan bertemu dan berjumpa dengan orang yang pernah menyakiti hati
kita ataupun seseorang yang kita sungguh marah kepadanya, tapi kerana kita
telah memulakan dengan berbaik sangka demi melakukan jualan seperti mana yang
di kehendaki kita akan melayan prospek/pelanggan tersebut dengan layanan yang
baik dan mesra menyampaikan dan menawarkan apa produk yang ingin kita
sampaikan. Mod kita akan menjadi lebih tenang dan bertenaga jika di bandingkan
kita masih lagi mempunyai sangkaan buruk yang bukan-bukan lagi kepadanya.
ii.
Membuang jauh racun yang akan mengganggu
fikiran yang sentiasa positif
Selagi ianya di namakan
racun selagi itulah ia nya akan menyerap segala perkara yang tidak baik dalam
pemikiran kita. Segala yang positif akan bertukar kepada yang negatif tanpa
kita sedari. Apabila negatif telah tersebar dengan banyaknya maka akan sukarlah
jadinya kepada kita untuk melakukan jualan.
iii.
Memulakan andaian dan berperasaan yang
baik-baik sahaja
Sememangnya naluri
manusia akan memikirkan yang beruk-buruk terlebih dahulu. Jangan di amalkan
kerana apabila melakukan jualan pasti ia nya akan menjadi sukar pula. Nak di
buang begitu sahaja memang sukar tapi kalau di latih secara konsisten dan
bersungguh insya-Allah akan pasti kita akan memikirkan yang baik-baik terlebih
dahulu.
iv.
Diri akan sering merasa bertuah sahaja
Jiwa tenang dan relak
pasti apa yang kita lakukan akan dirasakan begitu seronok dan terhibur. Bila
bersangka baik siapa juga prospek/pelanggan yang kita temui sudah pasti akan
memberikan impak yang baik juga bukan setakat diri kita sahaja malah kepada
prospek/pelanggan yang kita temui sekali. Kemesraan dapat di wujudkan.
Komunikasi akan berjalan lancar dan keghairahan kita melakukan jualan akan
lebih terserlah lagi. Pasti tuah yang kita harapkan menjelma sekali bersama
dengan usaha yang telah kita lakukan secara bersungguh-sungguh
v.
Jiwa akan lebih tenang
Itulah kelebihan yang
ada jika jiwa yang kita milik sentiasa berada dalam ketenangan. Tenang apabila
melakukan jualan, tenang dalam memulakan perbicaraan, tenang dalam memberikan
presentasi, tenang dalam perundingan dan tenang dalam memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada prospek/pelanggan yang kita temui.
vi.
Mudah melakukan tugasan
Jiwa yang tenang, hati yang
bersih pasti memberikan semangat bertemu prospek/pelanggan dengan cara tugasan
yang cukup disenangi pada sesiapapun yang kita temui. Berbaik sangka dengan
permulaan salam dan senyuman yang manis pasti memikat sesiapapun juga yang kita
hampiri. Bila hati dan jiwa kita semakin tenang dan relak pasti jualan yang
kita lakukan boleh kita kendalikan dan kemudikan dengan baik dan sesempurna
yang termampu memikat hati dan perasaan prospek/pelanggan menerima tawaran yang
ditawarkan.
Firman Allah S.W.T. bermaksud “Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian
prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang
lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah
seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu tidak
menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima
Taubat lagi Maha Mengasihani” (Surah Al-Hujurat ayat 12).
Mesti ada
hikmatnya. Kenapa Allah juga tidak suka kita bersangka buruk, berprasangka,
melakukan andaian yang bukan-bukan atau sangkaan yang mengarut terlebih dahulu.
Kita yang melakukan jualan sudah pasti amat di perlukan supaya kita perlu
beralah terlebih dahulu. Tenang dan sabar sentiasa akan membawa kepada kunci
kepada kejayaan akan apa yang kita usahakan. Jangan terlebih dahulu terlalu
mudah menganggap sesuatu yang negatif tetapi jadikanlah sesuatu keadaan
tersebut dengan bersangka baik terlebih dahulu. Baru boleh mudah dan senang
melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan