Apabila
dalam keadaan terdesak semuanya akan dilakukan tidak kiralah sama ada matlamat
menghalalkan cara atau cara menghalalkan matlamat. Asalkan dapat melakukan
penutupan jualan itu sudah dikira amat memadai. Bila dah terdesak fikiran akan
menjadi buntu dan panik memandangkan masa yang ada tidak berapa lama lagi akan
habis begitu sahaja tanpa adanya sebarang penutupan jualan yang diperoleh.
Mungkin keadaan yang terdesak ini berlaku apabila
i.
Sasaran yang diberikan masih gagal lagi dicapai dan
diperoleh
ii.
Orang lain sudah pun mendapatkannya tapi bagi kita tetap
gagal seperti awal lagi
iii.
Rakan setugas kelihatan cukup mudah mendapatkan penutupan
jualan tidak seperti kita yang melakukan jualan pada hal produk yang ditawarkan
adalah sama
iv.
Masa yang
diperuntukkan di rasakan tidak memadai dan mencukupi walaupun begitu lama
mencubanya
v.
Terlalu memikirkan tindakan terbaik dan kaedah terhebat
dalam mendapatkan penutupan jualan
Terlalu
banyak persoalannya sehingga kepenatan dalam memikirkannya berlaku dan terjadi.
Keadaan akan lebih menjadi memeningkan dan menyerabutkan kepala ketika kita
menghadapi situasi yang amat terdesak. Apabila terdesak mulalah kita akan
melakukan perkara-perkara yang sebegini
i.
Merayu
Dah mula rasa sukar
untuk mendapatkan penutupan jualan mulalah kita bertindak dengan lebih agresif
lagi iaitu dengan cara merayu dan merayu habis-habisan. Tidak kira siapa pun
yang kita temui dan bertemu kita akan merayu agar produk yang kita tawarkan ini
diterima oleh mereka tanpa memikirkan produk ini dapat membantu menyelesaikan
masalah mereka ataupun tidak. Selagi mulut tidak penat selagi itu rayuan akan
dikemukakan. Biarlah buat muka se kupang sekalipun asalkan penutupan jualan
boleh diperoleh dengan berjayanya.
ii.
Memohon simpati
Pohon simpati minta
kasihan pada diri kita ini yang masih gagal dapatkan penutupan jualan mengatasi
presentasi dan sesi penerangan yang sewajarnya. Kerana takutkan tidak mencapai
sasaran atau sengaja dilakukan asalkan jualan dapat tercipta seboleh-bolehnya
kita akan merayu kepada mereka. Pendekatan menggunakan emosional amat
diperlukan agar prospek/pelanggan yang ditemui pada akhirnya pasti menerima
produk yang ditawarkan. Ini kah yang kita mahukan dan perlukan bukannya
prospek/pelanggan mahukan dan perlukan sewajarnya pada produk kita.
iii.
Memohon pertolongan yang amat sangat
Depan siapa pun juga
habis kita minta tolong minta bantuan agar mereka dapat menghulurkan bantuan
yang sepatutnya dengan hanya menerima penutupan jualan yang dilakukan. Bukan kita
tidak boleh melakukannya dengan tenang , sabar dan tabah tetapi kerana desakan
apa cara dan kaedah sekalipun akan tetap dilaksanakan. Biarlah orang lain nak
kata asalkan penutupan jualan berjaya diperoleh itu sudah di kira cukup baik
dan memadai.
iv.
Memaksa
Lagi ganas cara yang
sebegini. Terus memaksa untuk prospek/pelanggan menerima produk yang
ditawarkan. Selalunya prospek/pelanggan yang sebegini mempunyai tingkah laku
dan akhlak yang baik dan terpuji lalu kita pun akan tetap mengambil kesempatan
yang ada di atas kelemahan prospek/pelanggan. Tanpa perlu rasa sedih dan
kasihan kepada mereka habis kita paksa mereka untuk terima tawaran yang
dikemukakan walaupun kita tahu setakat ini sahajalah transaksi jualan dapat
dilakukan.
v.
Mengungkit
Kerana kita merasakan kita
pernah berbakti kepada pelanggan kita atau mungkin kenalan baik kita, lalu kita
akan sering mengungkit akan jasa-jasa yang telah kita taburkan kepada mereka
selama ini. Menimbulkan keadaan serba salah ke atas mereka agar dapat membalas
semula jasa-jasa baik mereka terhadap kita itu yang kita harapkan dari mereka.
Jangan kira hati dan perasaan orang lain yang penting kita dapat penutupan
jualan itu sudah dikira amat memadai.
Kepentingan
diri sendiri wajar diketepikan dahulu. Jangan diharapkan cara dan kaedah di atas
ini perlu dilakukan ketika penutupan jualan dilakukan. Sepatutnya kita yang
melakukan jualan tidak sama sekali kita sanggup lakukan perkara sebegini
berlaku dan terjadi. Kena jauhkan dan awasi agar kepentingan peribadi tidak
sewenang-wenangnya dilakukan walaupun terdesak. Berusaha dengan cara yang betul
dan benar. Bantu mereka selesaikan masalah dengan produk yang kita tawarkan.
Yang penting jangan putus asa dan mudah kecewa. Berusaha dan terus berusaha
dengan cara dan kaedah yang sebetulnya agar masalah mereka kita tolong
selesaikan dan mereka yang terima tawaran kita sudah pasti membantu kita per tingkatkan
lagi perolehan yang didapati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan