Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 21 Januari 2013

Mencapai Sasaran



Situasi awal tahun yang perlu kita lalui. Suka atau tidak kena tempuhi juga. Bagi yang bersedia mungkin tiada masalah untuk menghadapinya. Bagi yang belum bagaimana? Tentu resah gelisah mendapatkan sasaran yang baru untuk di tempuhi. Apa yang perlu dilakukan, nak buat macam mana dan apa tindakan terbaik semuanya perlu difikirkan semula. Sememangnya dalam melakukan jualan sasaran amat penting untuk kita ambil berat sebagai satu pengukur buat diri kita untuk diketahui sama ada apa yang kita lakukan ini berjaya atau tidak dilakukannya.




Semua yang dilakukan perlu ada pengorbanan dan kesungguhan untuk dilakukan. Fikirkan karier dan minat kita untuk melakukan jualan. Bukan semberono atau suka-suka sahaja. Kena serius dalam apa juga tindakan dan  apa juga yang kita lakukan. Teruskan menghadapinya dengan sebaik yang mungkin. Lakukan  dengan sebaik-baiknya dengan perkara-perkara seperti berikut


 
I.           Fokus
Apa yang dimaksudkan dengan fokus bukan bermakna kita menghadap prospek/pelanggan kita akan fokus. Fokus yang dimaksudkan di sini adalah bagaimana kita melakukan tugasan dari mula hingga habis iaitu dari mendapatkan senarai prospek kepada penutupan jualan dan akhirnya menjalinkan perhubungan yang baik (rapport) kepada pelanggan yang sedia ada. Perancangan perlu ada untuk kita beri tumpuan apa yang perlu kita lakukan. Semuanya kena fokus dan beri konsentrasi yang sewajarnya.

II.        Berhasil teruskan sahaja dan per tingkatkan lagi
Kalau tindakan kita itu boleh menghasilkan keputusan yang terbaik untuk kita maka teruskan lagi jangan diubah-ubah. Cuma per tingkatkan ia sahaja menjadi lebih sempurna mendapatkan hasil yang maksimum dan berganda-ganda lagi. Jangan dengar apa yang orang lain perkatakan kerana kaedah dan cara yang telah kita pergunakan telah berjaya dilakukan. Teruskan sahaja dan jadikan tabiat dalam diri kita sebagai satu amalan pasti apabila melakukan jualan.

III.     Gagal perbetulkan semula
Muhasabah dengan segera. Lakukan bedah siasat. Perbetulkan semula elakkan kesilapan dan kesalahan apa yang telah dilakukan untuk tidak diulangi semula. Kita sendiri yang melakukannya bermakna kita sendiri yang tahu apa yang perlu diperbetulkan semula. Pengalaman akan mengajar sama ada apa yang kita lalui betul atau tidak berdasarkan kepada keputusan yang kita peroleh selepas melakukan jualan. Jangan cepat putus asa dan mudah kecewa kerana ini akan mengakibatkan kita akan terus layu dan sayu tak tahu apa yang perlu untuk diperbetulkan semula.

IV.       Mohon pada Allah
Jangan putus-putus mohon bantuan dan pertolongan kepada Allah. Allah pasti akan menolong dan membantu hambanya yang sentiasa memohon pertolongan dari Nya. Firman Allah bermaksud “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang” (Surah Al-Baqarah Ayat 45). Oleh itu jangan mudah merasa ragu dan buruk sangka kepada Allah kerana hanya dengan Allah sahajalah tempat kita bergantung harap dan memperoleh apa yang kita hajati asalkan kita rajin menunaikan apa yang Allah tuntut dari kita untuk melakukannya.

Tiada apa yang perlu dirisaukan. Rempuh sahaja. Dah ini minat dan karier kita. Hadapi dengan sebaik yang mungkin tanpa perlu diberi alasan tapi ulasan sahaja yang diperlukan sama ada kita berjaya untuk menempuhnya ataupun tidak. Tiada satu di dunia ini yang perlu di hadapi tanpa adanya cabaran, dugaan, halangan dan masalah. Semuanya perlu diatasi dengan sebaik yang mungkin dengan ketabahan, kesabaran dan ketenangan. Teruskan usaha, tanamkan keyakinan dan katakan boleh untuk kita melakukannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan