Tidak dinafikan setiap
kali kedatangan tahun baru kemeriahan sambutannya amat meriah sama sekali.
Dengan jeritan dan pekikan pengiraan waktu kedatangan jam 12 tengah malam
memberikan satu harapan dan sinar kebahagiaan dan harapan baru kepada kita
semua. Kita lupakan buat seketika memberi tumpuan betapa hebatnya kehadiran
tahun baru kepada kita. Bila kita menonton televisyen ataupun mendengar radio
sudah pasti DJ-DJ akan memutarkan pertanyaan yang berulang kali tentang azam
tahun baru dan bagaimana dengan azam pada tahun lepas sama ada telah dicapai
ataupun belum.
Dari kajian yang telah dilakukan oleh sebuah Universiti
di Amerika, mereka mendapati hanya 39% sahaja mereka yang berusia 20an berjaya mencapai
matlamat dan keazaman mereka setiap tahun. Peratusan ini malangnya semakin
menurun mengikut peningkatan umur. Bagi mereka yang berada dalam lingkungan
50an peratusan mereka yang berjaya mencapai apa yang diazamkan hanyalah setakat
14% setiap tahun. Satu angka peratusan yang semakin menurun. Cukup bijak dan
mahir memberikan keazaman tapi malangnya tidak pandai untuk melaksanakannya.
Adakah kita yang melakukan jualan juga bersikap begini?
Terlalu ramai yang gagal dengan keazaman yang diberikan
jika dibandingkan dengan mereka yang telah berjaya melaksanakannya. Mungkin kegagalan-kegagalan
ini berlaku disebabkan oleh
- Azam yang terlalu besar sehingga langsung tiada realistiknya. Pada asasnya, hanya merasakan untuk melakukannya apa-apa untuk mengatakan sudah pasti akan melakukan segala-galanya.
- Memberikan satu komitmen yang berdasarkan jangkaan orang lain. Bimbang terlalu banyak tentang apa yang orang lain berfikir dan bukannya bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan membuat membuatkan diri sendiri merasa gembira?
- Tiada mempunyai pemikiran yang betul dan waras. Ketika dilakukan langsung tidak dibuat selari dengan apa yang ada dalam yang difikirkan.
- Jika orang lain ada kita pun kena sibuk ada pada hal telah diketahui ia nya pasti tidak akan ke mana perginya.
- Fokus untuk melakukannya semakin lama semakin hilang dari ingatan mengikut masa yang berlalu sehinggalah muncul semula tahun baru untuk kita ingat kembali
Ambil kesempatan dari kehadiran awal tahun 2013 ini. Lakukan
segala-galanya dengan yang serba baru dengan kelainan yang amat berbeza sama
sekali yang pernah kita tempuhi. Bukan mengikut keadaan, mengikut apa yang
orang lain perkatakan tetapi ikut apa naluri dan kehendak kita sendiri mahukan.
Buang jauh-jauh azam-azam yang gagal dilaksanakan tapi fikirkan semula apa
keazaman sebenar yang mahu dilaksanakan. Sasaran matlamat bukannya perlu
bermula pada setiap awal tahun baru sahaja tetapi ia nya tetap bersama dengan
kita untuk membentuknya setiap hari. Kita bina semula kuatkan semangat dan
iltizam dengan cara
i.
Ketahui keperluan
sebenar
Kenapa kita melakukan
jualan? Di samping mendapat kepuasan dalam bertugas melakukan jualan, karier
kita dalam jualan dan perhubungan yang baik ketika bersama prospek/pelanggan
perlu dijaga dan disemai dengan baik sama sekali. Kebenaran melakukan jualan
adalah kehendak sebenar kita dan bukan kata-kata palsu sebagai penyedap cita
rasa sahaja. Bila kita ketahui apa yang kita kehendaki sudah semestinya kita
akan melakukannya dengan sebaik yang mungkin secara bersungguh-sungguh
bermulanya dengan membantu dan menolong orang selesaikan masalah mereka sebaik
yang mungkin dan termampu.
ii.
Apa yang kita inginkan
Tiada siapa yang
inginkan pendapatan yang sedikit. Semuanya berazam untuk mendapatkan semaksimum
yang boleh pendapatan dan perolehan setiap bulan secara konsisten menaik setiap
masa. Bukan omongan kosong tapi keazaman yang perlu di kecapi. Bila Islam menggalakkan umatnya membayar zakat
ini bermakna kita perlu menjadi kaya untuk memudahkan kita membayar mengeluarkan
zakat sebanyak yang boleh dan bukannya menjadi kedekut dan tamak haloba. Semakin
banyak kita berikan kepada jalan Allah semakin banyak Allah akan berikan semula
kepada kita. Allah berfirman maksudnya “Perumpamaan
(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan
Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada
tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang
Dia kehendaki . Dan Allah Maha Luas (kurniaan Nya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al Baqarah 2: 261).
iii.
Lakukan catatan
Catatan kena ada akan
apa yang telah kita lakukan. Kerana itu wujudnya jualan diari-diari di
kedai-kedai. Meminta kita mencatatkan apa juga yang kita suka untuk dicatatkan ke
dalamnya terutama tentang pengalaman-pengalaman yang tempuhi sehari-hari
sebagai satu tanda ingatan diri sendiri. Ambil kesempatan catatkan apa kejayaan
dan kegagalan yang telah kita tempuhi dari hari-hari yang telah kita lalui. Kaji
coraknya dan hasilnya sama ada kejayaan atau kegagalan yang banyak kita
tempuhi. Bila kita ketahui di mana silapnya dan salahnya sekurang-kurang kita tahu
bagaimana untuk perbetulkan semula dan jangan diulangi sama sekali. Jadilah seorang
manusia yang sentiasa sedar dan bukannya lali setiap masa dan ketika. Bila dah
ada catatan semakin mudah untuk kita mengenal pasti di mana kelemahannya.
Bermulalah dari sedikit dari tidak melakukannya apa-apa. Sentiasa
beri komitmen akan setiap tindakan dan usaha yang kita lakukan. Belajar jangan
sama sekali memberi alasan jika apa yang kita lakukan gagal kita lakukan. Bertanggungjawab
sepenuhnya, kenal pasti apa dan kenapa kegagalan kita agar kita tahu untuk
perbetulkan semula bergerak semula dengan bagi mencapai apa yang kita azamkan. Kejayaan
yang bermula dengan yang kecil, kejayaan yang besar akan menuruti pula.
Berusahalah cara yang sebegini dahulu sebelum kita boleh mendabik dada apa yang
kita lakukan selama ini betul kesemuanya.
Kita lebih bersedia
untuk mencuba lagi.
Kita lebih bersedia
untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kita lebih bersedia
untuk menghadapi pengembaraan esok hari.
Kita lebih bersedia
melakukannya abai segala masalah, rintangan dan dugaan.
Dan kita lebih bersedia
untuk mengelak kegagalan dan lakukan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan