Satu
daripada sikap manusia yang negatif adalah apabila kita sudah mula tidak
menyukai seseorang sudah pasti kita akan buat tidak tahu, membenci dan
seterusnya meninggalkan prospek/pelanggan begitu sahaja. Begitu juga dalam
melakukan jualan, apabila seseorang prospek/pelanggan yang kita temui dan kita
mula merasakan begitu meluat dan menyampah dibuatnya sudah pasti kita akan buat
tak tahu sahaja terhadapnya dan kalau boleh langsung tidak mahu berurusan dan
memberikan mungkin menyerahkan jualan tersebut kepada orang lain pula.
Sebagai
seorang konsultan yang melakukan jualan. Cuba elak perkara ini daripada
berlaku. Paling tidak dapat dinafikan lagi bahawa memang sukar dan amat
memayahkan diri kita untuk berbuat baik sekali lagi. Namun demi kepentingan
karier dan persaudaraan ukhuwah sesama Islam kita kena ikhtiar merapatkan
semula silaturahim. Fikirkan betapa banyak kita akan menanggung kerugian andai
kata kita gagal melakukan jualan terhadap dirinya. Jangan di fikirkan kebencian
kita tapi fikirkan tentang betapa ruginya kita tidak membantu dirinya dan
merapatkan semula silaturahim padanya. Bertindak sebaik mungkin. Antara
perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam menghadapi situasi sebegini adalah
i.
Berdoa kepada Allah
Al-Habib Ali Zainal
Abidin ada mengatakan ‘Jika kamu mahu seseorang itu berubah jangan pernah
berhenti berdoa untuknya’. Jangan doakan
yang bukan-bukan seperti mendoakan agar orang tersebut mengalami kemalangan,
mati atau sakit. Doakan yang baik-baik dan menyenangkan diri beliau aga terbuka
semula di hatinya untuk berbaik semula dengan kita
ii.
Tabahkan hati untuk bersua muka
Bersesuaian dengan Sabda
Rasulullah SAW bersabda ‘Sesungguhnya
Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat
kepada hati dan amal’ (Hadis Riwayat Muslim). Tabahkan hati kita dan buat muka
kering sahaja. Allah akan melihat dan membantu kita hanya kerana hati dan amal
dalam melakukan kebaikan dan dituntut untuk melakukannya. Jangan terlalu ikut
nafsu yang bukan-bukan kerana dikhuatiri akan menjadi negatif tindakan pula.
Bertindak sebaliknya untuk menjadikan ia nya menjadi positif dan memudahkan
lagi kita melakukan tindakan sewajarnya kepada orang tersebut dalam melakukan
jualan.
iii.
Niat untuk membantu bukan mencari salah
Dari Umar bin Khattab
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu diukur
dengan niatnya. Dan setiap orang akan diberi balasan seperti apa yang dia
niatkan. Maka barang siapa
yang hijrahnya kerana Allah dan rasul Nya,
nescaya hijrahnya akan sampai kepada Allah dan rasul Nya. Dan barang siapa yang hijrahnya
kerana motivasi lebih menyukai dunia atau kerana keinginan menikahi seorang
wanita, maka hijrahnya hanya akan mendapatkan balasan seperti apa yang dia
niatkan.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim). Pastikan niat kita sentiasa betul
iaitu mahu membantu dan menolong seramai yang boleh tidak kira siapa pun yang
kita mahukan. Mesti ada cara dan kaedah yang terbaik asalkan apa yang kita
niatkan tidak menyimpang sejauh yang ditetapkan.
Sentias
berhemah dan bersopan apabila bertemu dengan siapa pun. Jangan dikira siapa pun
yang berada di hadapan kita sama ada kita suka ataupun tidak. Yang penting kita
mencari rezeki yang halal dan bukannya dengan cara yang menipu dan tidak
diberkati. Seperti mana Sabda Rasulullah SAW bermaksud “mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu”
(Hadis Riwayat Ath Tabrani dan Al Baihaqi). Teruskan sahaja dengan niat ikhlas
dan murni kita kerana sesuatu perkara dan tindakan yang diredai oleh Allah
sudah pasti Allah akan turut sama membantu kita dalam apa juga keadaan dan
tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan