Semasa
pertandingan di adakan antara Negara Beringin Rendang melawan Negara Masai
diwakili oleh Ahli Nujum Negara Beringin Rendang Pak Belalang dengan Ali Nujum
Masai yang berlangsung sebanyak empat soalan dipertaruhkan dengan satu soalan
tambahan. Jom kita ikuti apa yang dipertandingkan....
Tukang Nujum Masai Soal : 'Di dalam
baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu
yang mana satu Pembeli dan yang mana satu Penjual??'
Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada
hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah
itulah Pembeli dan yang menegak ke atas itulah Penjualnya..'
Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya...
Kita pun tahu sebenarnya tidak ramai pun yang ingin menjadikan dirinya sebagai
Penjual tapi bagi Pembeli ia nya sudah pasti ramai yang amat sangat dan berada
di mana-mana sahaja. Yang penting di mana ada pembeli pasti di situ juga ada
penjualnya. Peluang semestinya berada di mana-mana asalkan mahu dicari dan
dikesan sahaja....’ Ampun tuanku....
Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik
yang baru menetas, yang manakah Pelanggan dan yang manakah Penjualnya..??'
Ahli Nujum Negara : 'Ini senang
saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang
mengejar itulah si Penjual dan yang dikejar dan melarikan diri itulah si
Pelanggannya..'
Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebab nya
sememangnya di zaman ini mereka yang melakukan jualan sudah pasti akan mengejar
dan mendapatkan pelanggan tanpa perlu pelanggan sedari atau tidak. Penjual
perlu tahu dan pandai mencari oportuniti dan peluang yang ada walaupun sukar
dan tidak sama sekali menantikan kedatangan pembeli datang membeli menunjukkan
dirinya.....’
Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua...
sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang,
kad-dang,
Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara : 'Orang yang
melakukan jualan!!!'
Tukang Soal : 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara : 'Satu...
Baaanyak-banyak... Ertinya, dalam mana-mana tempat sekalipun orang yang ingin
melakukan jualan sememangnya ramai apatah lagi jika berkempen melakukan promosi
tanda mendapat imbuhan pada dirinya…..
Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya,
sedikit sahaja yang berani melakukan jualan secara menceburinya sepenuh masa
asalkan pendapatan bulanannya boleh didapati walaupun hanya sementara sahaja
(Kontrak)...
Tiga... Jarang-jarang... Ertinya,
jarang-jarang yang kita dengar orang yang melakukan jualan dapat melakukannya
secara konsisten dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pendapatan dan
komisen semaksima yang termampu walaupun pelbagai dugaan yang dihadapinya
Empat... Kad-dang, kad-dang...
Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar dan dapat melihat tidak ramai yang mampu
menjadi jaguh jualan No 1 dalam Malaysia secara konsisten walaupun pelbagai
insentif, ganjaran dan imbuhan disediakan......’
Soalan 4
Tukang Soal : 'Di manakah
terletaknya kekuatan orang yang melakukan jualan..? Di mulutnya kah? atau di
kemahirannya kah..?'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan orang
yang melakukan jualan bukan terletak pada mulutnya ataupun pada
kemahirannya...'
Tukang Soal : 'Di mana terletak
kekuatannya..?'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan orang
yang melakukan jualan hanya terletak pada kesungguhannya untuk melakukannya!!'
Tukang Soal : 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara : ‘Orang yang
pandai bercakap dia hanya bercerita sahaja tanpa mengetahui orang yang
ditemuinya memerlukan ia ataupun tidak. Orang yang mahir kebiasaannya menjadi
sombong dan berlagak merasakan dirinya telah terlalu pandai akan segala-galanya
tapi hasilnya masih tiada juga. Hanya orang yang bersungguh sahaja yang mampu
melakukan jualan menjana kekuatan menghasilkan pendapatan yang tinggi buat dirinya...'
Tukang Soal (Baginda Sultan Masai) :
'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam
genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara : '...........
Hasil Jualan !!!..'
Tukang Soal (Baginda Sultan Masai) :
terus pengsan…….
(Sebabnya) Jualan merupakan satu
permainan angka yang penuh dengan strategi yang perlu dilakukan dengan
bersungguh dan konsisten setiap masa. Tidak perlu memberikan sebarang alasan,
sebab musabab dan masalah yang perlu diberitahukan kepada seluruh dunia. Hadapi
segalanya dengan tenang dan sabar. Hadapi dengan ketabahan dan ketenangan
supaya apa yang dicari pasti dapat ditempuhi dengan baik dan berkesan. Tak guna
kalau kita asyik menceritakan pelbagai cara dan kaedah yang kita lakukan jualan
tapi hasil akhir iaitu hasil jualan langsung tiada dan tidak pula menepati
sasaran yang dibekalkan.
Jangan sama sekali menunggu
pelanggan untuk muncul dihadapan mata kerana kita yang melakukan jualan perlu
mencari pelanggan. Jangan dirisaukan tentang pelanggan tersebut kerana mereka
terlalu ramai di luar sana hanya perlu mencari dengan mengenal pasti yang mana
satu berminat atau tidak. Jadikanlah kesungguhan untuk melakukan jualan sebagai
satu teras mencapai kejayaan. Dalami ilmu pengetahuan, skil dan kemahiran dalam
melakukan jualan kerana bukan semua orang didunia ini yang boleh dan berminat
untuk melakukannya.
Jadilah seorang yang boleh melakukan tugasan
dengan baik dan berhemah. Tunjukkan yang kita juga pasti boleh melakukannya dan
tidak sama sekali sebagai seorang yang
hanya mahu suka-suka hati sahaja melakukannya. Pertingkat kan
ilmu, tambahkan skil kemahiran dan berusaha mendapatkan penutupan jualan
sebanyak yang termampu melebihi sasaran yang diberikan. Tidak kira apa produk
sekalipun semuanya tetap mahu dijual merasakan sebagai satu tanggungjawab dan
amanah yang telah diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan