Tidak
dinafikan kita sebagai seorang manusia penuh dengan kelemahan dan kesilapan
yang terpaksa kita akur dengan apa yang telah Allah berikan pada kita selama
ini. Tapi adakah ini sebagai satu alasan yang kukuh untuk kita perkatakan nanti
di hadapan Allah nanti? Adakah kita hidup amat suka untuk mencari pelbagai alasan
asalkan diri kita ini tidak tersepit dan terlepas begitu sahaja terutamanya
jika kita ada melakukan salah dan silap? Semua kena dipertanggungjawabkan oleh
kita sendiri.
Begitu
juga dalam melakukan jualan. Tiada istilah dan sebarang alasan boleh diberikan
andai kata kita yang melakukan kesalah dan kesilapan. Mungkin ada
perkara-perkara di luar jangkaan kita yang kita sendiri tidak ketahui bahawa
kita telah pun melakukan sesesuatu perkara berkenaan tiada kebenaran dan
betulnya sama sekali. Jangan sama sekali ingat yang kita dah bagus dalam SALES
akan membuatkan kita terlalu cepat lupa diri dan habis segala-gala berada di
luar kawalan diri kita sendiri. Perlu elakkan dan kalau boleh dijauhkan itu
lebih baik dan selamat. Mungkin perkara-perkara sebegini akan membuatkan kita
sering terlupa dan alpa iaitu
i.
Niat yang tidak betul
Niat kita untuk menjual
adalah disebabkan untuk membantu dan tolong seramai yang mungkin bagi
selesaikan masalah yang dihadapi. Itu yang sepatutnya. Jangan fikirkan
perolehan atau keuntungan wang ringgit terlebih dahulu kerana wang ringgit
tersebut akan datang dengan sendirinya apabila kita berjaya membantu selesaikan
masalah mereka melalui produk yang ditawarkan. Dari Amirul Mukminin Umar Bin
Khattab r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat
balasan amal sesuai dengan niatnya. Barang siapa yang berhijrah hanya kerana
Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul Nya. Barang siapa
hijrahnya hanya kerana dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin
dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju apa yang dia inginkan." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim Hadis Sahih)
ii.
Mengharap pujian diterima
Buat yang terbaik dan jangan sama sekali melakukan tugasan jualan mengharapkan pujian baik dari rakan sekerja, pelanggan ataupun dari majikan. Belajar elakkan ia sama sekali. Bila kita sibuk mengharapkan pujian dikhuatiri nanti kita mudah lupa diri. Bila kita mudah lupa diri bermakna kita akan syok sendiri. Bila kita syok sendiri habis segala-galanya tindakan yang asalnya untuk membantu dan menolong orang akan jadi sebaliknya pula. Tak dapat pujian pun tak apa asalkan pendapatan masuk setiap bulan semakin lebat itu makin hebat. Firman Allah bermaksud “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang di kehendaki Nya (menurut aturan syariat Nya) dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikit pun” (Surah an-Nisaa, ayat 49).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)
iii.
Mudah merasa ujub dan hebat dengan diri sendiri
Walaupun kita tak mengaku
betapa hebatnya kelakuan kita dalam melakukan jualan namun orang lain akan
Nampak kelibat kita betapa ujub, riak dan takburnya kita apabila bersembang
dengan orang lain. Seolah-olah diri kita ini sahaja yang hebat mengatasi orang
lain walaupun sebenarnya orang lain tersebut memperoleh komisen lebih tinggi
dari kita. Jangan mudah merasa hebat kerana Allah telah jadikan ada orang lain
yang lebih hebat dari kita. Fikirkan secara jangka masa panjang dan jauh apa
akibatnya nanti kalau kita benar-benar terserlah dengan kehebatan diri di
hadapan mata orang lain. Sudah tentu orang akan menyumpah dan memberi sangkaan
yang tidak baik kepada diri kita sendiri. Firman Allah “Sesungguhnya Allah
telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di
medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa hebat (ujub) dengan sebab
bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan
faedah kepada kamu sedikit pun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu
menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (Surah
al-Taubah, ayat 25).
iv.
Sentiasa fikir kita betul
Apa yang kita lakukan
kena sentiasa muhasabah selalu sama ada apa yang selam ini telah dibuat dan
dilakukan adakah betul ataupun tidak. Jangan sama sekali fikir apa yang kita
lakukan adalah sentiasa betul memanjang. Kita manusia sudah pasti ada kesilapan
dan kesalahan yang kita lakukan tidak disedari. Lebih baik bertindak mengikut
apa yang telah diberikan olahan seperti yang biasa dilakukan oleh orang yang
telah berjaya dari melakukannya yang pelik-pelik. Biasakan diri sentiasa
merendah diri dan berhemah dari mendabik dada mengatakan kita sentiasa betul
dalam perjuangan kita melakukan jualan. Kelak nanti bila orang dah meluat
sampai bila orang tidak akan mahu lagi berurusan lagi dengan kita. Firman Allah
bermaksud “Dan janganlah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah)
kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi
membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
v.
Tiada siapa boleh menegur
Firman Allah bermaksud“Dan
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai
setinggi gunung-ganang.” (Surah al-Isra, ayat 37). Hebat bagaimanapun kita
janganlah sampai tidak boleh ditegur. Apabila kita tidak boleh ditegur bermakna
kita telah membenarkan diri kita menjadi seorang yang lupa diri, berlagak dan
angkuh atas perbuatan diri kita sendiri. Elakkan ia sama sekali dan jangan sama
sekali kita lupa diri akan apa yang kita dilakukan. Bukan setiap masa kita
dalam kesempurnaan dan ada kalanya kita akan melakukan juga kesilapan dan
kesalahan yang kita sama sekali tidak sedari. Terimalah hakikat jika ada orang
menegurnya kerana sesuatu teguran tersebut pasti mempunyai yang positif
terhadap diri kita semula.
vi.
Tamak
Ibnu Athaillah pernah mengatakan “Tak ada yang lebih mendorong kepada
Tamak melainkan imaginasi (waham)
itu sendiri”. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Lihatlah orang yang di bawah anda
dan janganlah melihat orang yang di atas anda, kerana yang demikian itu lebih
layak bagi anda untuk tidak memandang hina akan segala nikmat yang Allah
limpahkan kepada anda semua” (Hadis riwayat Muslim). Jangan kerana mahukan
perolehan yang banyak kita terus menjadi tamak. Tamak sehingga sanggup
mengetepikan hak orang lain pula. Abaikan kehendak orang lain dan tapi asyik
penuhi apa yang kita inginkan. Walaupun orang jualan itu tamak tapi biarlah
bertempat untuk mencapai sasaran yang dikehendaki tanpa perlu mengabaikan
keupayaan orang lain. Bersaing secara sihat dan bukan sama sekali memburuk dan
per senda kan orang lain pula. Elakkan bersikap tamak tapi amalkan sikap
tolong-menolong dan bantu-membantu bersama agar sebiji kek yang ada boleh
dinikmati secara bersama dan aman harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan