Prestasi dalam jualan memainkan peranan penting dalam mengetahui seseorang
itu boleh atau tidak melakukan jualan. Prestasi bererti satu ukuran pencapaian
berbanding dengan sasaran yang diberikan sama ada boleh dicapai ataupun tidak.
Kalau dapat dicapai setiap sasaran yang diberikan bermakna seseorang yang
melakukan jualan tersebut telah berjaya mencapai apa yang dituntut. Masalahnya
kenapa prestasi yang terbaik mencapai sasaran yang diberikan tidak mampu dan
boleh dipertahankan setiap bulan seperti mana yang dikehendaki. Bila dilihat
dari rajah prestasi yang diberikan barulah kita sedari bahawa terdapat turun
naiknya tidak sekata yang sepatutnya dilakukan secara menaik dengan konsisten
setiap bulan.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sesuatu yang perlu kita renungkan
kenapa tiada konsistensi dalam prestasi melakukan jualan. Bedah siasat perlu
dilakukan agar dapat kita ketahui di mana silap dan salahnya akan apa yang
berlaku dan terjadi. Jangan kata kerana takdir dan tuah tidak menyebelahi
seseorang dalam melakukan jualan tapi kena fikirkan sampai mana usaha kita
telah dilakukan dengan sebaik yang mungkin memastikan setiap prestasi yang ada
dipertingkatkan secara konsisten sama sekali. Mungkin perkara-perkara ini dapat
dielakkan iaitu
i.
Bagaimana dengan kedudukan leads yang ada
Sumber utama
sebelum melakukan jualan. Kena pastikan bilangan leads yang ada sentiasa
mencukupi sebagai bekalan yang sentiasa cukup. Tanpa leads bagaimana hendak
menjual dan bertemu dengan prospek/pelanggan. Kena ambil berat setiap masa agar
bekalan leads yang ada pada kita tidak sama sekali terputus dibuatnya. Nak
dapatkan leads senang sahaja dari siapa-siapa pun boleh kita peroleh. Hanya
kita sahaja yang boleh menentukan sebagai satu saringan dan penapisan yang
dilakukan sendiri dengan cermat dan berhati-hati adakah leads yang ada boleh
ditukarkan kepada prospek/pelanggan mengikut sasaran yang telah ditentukan.
Oleh itu kena pastikan agar bekalan leads sentiasa ada melimpah ruas tidak kita
masa dan ketikanya untuk kita pergunakan dengan sebaik yang mungkin.
ii.
Temu janji yang dilakukan adakah sentiasa cukup setiap
hari
Secara konsisten
kena set kan setiap hari paling minimum 5 temu janji dilakukan tidak kita sama
ada di premis prospek/pelanggan atau di pejabat kita. Semuanya kena ada untuk
ditentukan. Jangan hari ini ada, esok lusa langsung tiada. Nak dapatkan temu
janji pun kena merangkak untuk mendapatkannya. Kalau rasa susah nak dapatkan
temu janji dapatkan referral sebanyak yang termampu dari pelanggan-pelanggan
sedia untuk dapatkan terus temu janji dari bantuan mereka. Yang penting dalam
Diari Jualan sudah tercatat semua temu janji-temu janji tersebut kita bertemu
dengan prospek/pelanggan yang disasarkan.
iii.
Penutupan jualan yang tidak menentu
Detik paling
mendebarkan kerana tiada konsistensi sekejap boleh peroleh penutupan jualan
sekejap lagi tak boleh pula. Semuanya kena ada kemahiran untuk melakukannya di
campur dengan tuah dan rezeki sama. Yang penting usaha dulu berikan penerangan sewajarnya
dan fahami apa masalah yang dihadapi supaya dapat kita tolong dan bantu apa
yang perlu produk kita disesuaikan dengannya masalah yang dihadapi. Pastikan
tiada istilah putus asa dan kecewa untuk dapatkan setiap pertemuan dengan
penutupan jualan umpama satu peluru satu mangsa perlu dilakukan dengan sebaik
yang mungkin.
iv.
Tiada keazaman
Umpama melakukan
solat lima waktu sehari semalam kita memerlukan keazaman untuk melakukannya.
Begitulah juga dengan jualan kena ada keazaman untuk melakukannya mencapai
sasaran yang diberikan setiap masa dapat dicapai dengan sebaik yang mungkin.
Tiada siapa mahu berkompromi tentang prestasi andai kata kita gagal untuk
melaksanakannya apatah lagi kalau tiada konsistensi dalam melakukannya.
Semuanya kena dibuat dengan sebaik yang mungkin agar tidak berlaku sebegini.
Simpanlah azam yang bersungguh bukan sekadar berazam seperti di tahun baru
sahaja. Bila dah berazam lakukan ia bersungguh dengan apa yang dimahukan agar
prestasi yang diingini dapat dilakukan agar segala sasaran yang diberikan dapat
dicapai dengan sebaik yang mungkin.
v.
Merasa cukup dengan apa yang terhasil
Sepatutnya bila
dah peroleh pendapatan komisen yang banyak dalam satu-satu bulan kena kekalkan
dan jangan sama sekali tunggu tujuh atau lapan bulan pula untuk memperolehnya
pula. Kena usahakan kena lakukan dengan konsisten setiap bulan dan bukannya
tiga empat bulan sekali. Pencapaian berdasarkan kepada prestasi bulanan
bukannya suku tahun, setengah tahun apatah lagi setahun sekali. Orang jualan
kena ada sikap tamak tidak pernah puas dengan apa yang telah diperoleh. Tamak
kepada usaha sendiri tidak apa asalkan jangan lupa diri ke arah Agama sudahlah.
Berubahlah segera kaut sebanyak yang termampu untuk mendapatkan hasil setimbun
yang termampu.
vi.
Pengaruh kawan-kawan
Dikelilingi oleh
kawan-kawan sememangnya antara terpenting menentukan boleh berjaya ataupun
tidak. Tersalah pilih kawan kita terpengaruh dengan diayah yang negatif sudah
pasti akan mempengaruhi prestasi semasa kita. Pilihlah kawan yang positif yang sentiasa
dahagakan kejayaan diperoleh. Bila bertemu dan berjumpa sering melemparkan
persoalan bagaimana untuk per tingkatkan lagi prestasi semasa yang ada dan
bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik mengatasi pencapaian yang sudah.
Inilah bentuk kawan yang perlu kita cari dan bukannya asyik seronok nak
bergosip sahaja.
Fikirkan cara yang terbaik bagaimana konsistensi dalam prestasi dapat
dilakukan. Ini periuk nasi kita dan ini masa depan kita dalam bidang jualan.
Karier dalam jualan perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin. jangan sampai
orang kata kita tidak layak dan tiada kredibiliti kita dalam bidang yang telah
kita ceburi ini. Lakukan dengan kesungguhan dan keazaman yang sewajarnya.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Usahakan ia menjadi
realiti dan bukannya fantasi. Bukan orang tahu yang kita bukanlah seorang yang
boleh dipandang rendah dan lekeh untuk melakukan jualan. Biarlah apa orang nak
kata yang penting pendapatan lumayan hasil dari jualan kita adalah hak mutlak
diri kita sahaja. Lakukanlah dengan sebaik yang mungkin dan perbaiki prestasi
dari masa ke semasa semata-mata memastikan sasaran yang diberikan dapat dicapai
sentiasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan