Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 17 Januari 2013

BERLUMBA-LUMBA MENGHULURKAN BANTUAN



Berlumba-lumba melakukan jualan sesama rakan seperjuangan dalam tim jualan amat digalakkan. Asalkan jangan ada yang berhasad dengki jatuh menjatuhkan antara satu sama lain itulah perkara yang paling baik untuk dilakukan. Sabda Rasulullah maksudnya ‘Kekuatan disertakan kepada jemaah. Barang siapa menyimpang (serong dan memisahkan diri) maka dia menyimpang menuju neraka’ (Hadis Riwayat  Tirmidzi). Kerana itu jangan tamak dan fikirkan diri kita berseorangan sahaja. Kena bekerjasama dan bergerak dalam satu kumpulan yang kuat untuk bersama-sama dengan jelasnya untuk membantu dan menolong orang yang memerlukannya untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi. Itulah tugasan utama apabila melakukan jualan. Dah berjaya baru boleh fikir tentang komisen dan ganjaran yang bakal kita peroleh. Perubahan mind set perlu ada untuk kita benar-benar melakukan jualan.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa ur Rasyidin para sahabat Rasulullah dan para tabiin berlumba-lumba berbuat kebaikan dengan membantu orang yang memerlukan dan menolong orang-orang yang teraniaya. Sayidina Abu  Bakar dan Sayidina Umar adalah antara orang yang termasuk mereka yang gigih berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan yang mulia ini,  yang pelakunya hanya semata-mata memastikan untuk mendapatkan kebaikan besar bukan sahaja di dunia tetapi juga memperoleh ganjaran pahala yang banyak di akhirat nanti. Peristiwa ini terjadi pada masa Sayidina Abu Bakar. Pada masa itu Sayidina Umar mengamati apa yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar, lalu Sayidina Umar pasti mahu melakukan dua kali gandanya lebih kerana bagi tujuan memastikan yang Sayidina Umar boleh mendapatkan kebaikan dan mendahului Sayidina Abu Bakar ke tingkat Syurga tertinggi. 

Suatu hari Sayidina Umar memerhati akan gelagat  Sayidina Abu Bakar di waktu pagi. Sesuatu telah menarik perhatian Sayidina Umar. Ketika Sayidina Abu Bakar pergi di satu tempat ke pinggiran Kota Madinah setelah selesai solat Subuh. Sayidina Abu  Bakar mengunjungi sebuah pondok kecil untuk beberapa ketika, selepas itu barulah beliau balik semula ke rumahnya. Sayidina Umar tidak mengetahui apa yang ada di dalam pondok tersebut dan apa yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar di dalamnya. Umar yang hampir mengetahui seluruh jenis kebaikan yang telah dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar melainkan rahsia tentang apa yang dibuat oleh Sayidina Abu Bakar di pondok tersebut.

Hari terus berlalu dan Sayidina Abu Bakar tetap mengunjungi pondok kecil di pinggiran Kota Madinah tersebut. Sayidina Umar masih belum lagi mengetahui apa  yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar di pondok tersebut. Sehingga akhirnya Sayidina Umar membuat keputusan memutuskan untuk masuk ke dalam pondok itu tatkala setelah Sayidina Abu Bakar meninggalkannya. Sayidina Umar ingin melihat dan mengetahui sendiri apa keadaan sebenarnya yang ada di dalam pondok itu dengan matanya sendiri. Dia benar-benar ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh sahabatnya di situ.

Ketika Sayidina Umar masuk ke dalam pondok kecil itu, beliau mendapati seorang nenek tua yang lemah tidak boleh bergerak. Nenek itu juga buta kedua matanya. Tidak ada sesuatu pun di dalam pondok kecil tersebut. Sayidina Umar tercengang dan terkejut dengan yang dilihat oleh matanya. Perasaan ingin mengetahui cukup menebal dalam dirinya tentang hubungan apa antara nenek tua ini yang dilihatnya dengan Sayidina Abu Bakar. Sayidina Umar lantas bertanya, “Apa yang dilakukan laki-laki (Sayidina Abu Bakar) yang kerap sangat hadir ke sini?”. Nenek tua itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak mengenalnya, wahai anak ku.  Setiap pagi dia datang, pasti dia akan membersihkan rumah ku ini dan menyapunya. Dia menyiapkan makanan  untuk ku.  Kemudian dia pergi tanpa sebarang percakapan apa pun dengan diri ku”. Sayidina Umar terus menekuk kedua lututnya, sambil kedua matanya basah oleh linangan air mata yang bercucuran. Kemudian ia mengucapkan kalimatnya yang masyhur, “Wahai Abu Bakar, sungguh engkau telah membuat teladan kepada para khalifah sesudah mu”   (maksudnya, khalifah berikutnya sesudah kekhalifahan Abu Bakar harus bekerja lebih keras agar mampu menandingi kualiti dan kehebatan kekhalifahan Abu Bakar).

Begitulah kehebatan yang telah ditunjukkan oleh Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar yang berebut-rebut mengejar melakukan kebaikan dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya walaupun dilakukan dengan senyap-senyap sahaja. Sabda Rasulullah bermaksud ‘Allah selalu menolong orang selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim)’(Hadis Riwayat Ahmad).

Cukup besar ganjarannya yang akan Allah berikan kepada kita dalam kita melakukan jualan jika kita terus-terusan mahu dan hendak untuk menolong dan membantu mereka-mereka yang berada di dalam kesusahan selesaikan apa juga permasalahan yang mereka hadapi dengan produk yang kita tawarkan kepada mereka. Niat yang ikhlas akan membantu kepercayaan prospek/pelanggan yang kita temui untuk lebih memudahkan lagi mereka menerima tawaran yang dikemukakan kepada mereka. Kerana itulah kita sebenarnya di saran untuk membantu dan menolong seikhlas yang termampu melalui produk yang ditawarkan agar apa yang kita lakukan bukan setakat mendapat ganjaran di dunia tetapi juga ganjaran kekal abadi di akhirat nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan