Berdasarkan
kepada perbuatan atau tingkah laku untuk mengaut sebarang keuntungan yang ada
demi kepentingan diri sendiri dilakukan tanpa perlu sebarang urusan jualan
dilakukan. Janji dapat untung dikira amat memadai tidak kira ia nya halal
ataupun tidak. Mungkin tidak ada salahnya kerana ia nya tidak mencuri atau
menipu walaupun orang yang menanggung kerugian tersebut tidak menyedari.
Semuanya boleh dilakukan dengan cara mendakwa dengan cara memberikan satu
presentasi atau penerangan yang boleh membawa keuntungan yang hebat dalam
sekelip mata tanpa perlu melakukan jualan dan sebagainya.
Islam
amat melarang perkara ini disebabkan tiada berlakunya akad dalam urusan jual
beli. Ia nya sesuatu yang meragukan. Tiada yang gharar dalam perniagaan dan
penipuan amat mudah dilakukan. Penjagaan akhlak yang sempurna perlu dilakukan
dengan sepenuh hati.
Antara
contoh yang paling ramai orang terkena adalah Sistem Jualan langsung
berteraskan pyramid yang mana kebanyakannya mendakwa tidak perlu menjual tapi
kena beli atas urusan kegunaan sendiri. Lagi ramai downline yang dicari lagi
banyak pendapatan dan perolehan yang boleh didapati. Tidak kah itu namanya
memeras keringat orang lain namanya hanya semata-mata mendapat keuntungan
diluar jangkaan daripada orang yang berada di bawah tajaan?
Pernah
di suatu ketika dahulu Skim pelaburan diperkenalkan sehingga boleh memberi
pulangan antara 10-15 peratus sebulan hasil daripada sejumlah modal yang
sanggup dilaburkan. Tidak kiralah sama ada pelaburan wang ringgit, emas, saham,
tukaran wang asing dan sebagainya semua boleh didapati sekadar cukup dengan
untung atas angin sahaja.
Paling
menarik untung atas angin ini adalah mencuri barangan orang lain lalu
menjualkan kepada orang lain pula. Ini pun dikira untung atas angin. Kena jadi
pencuri, perompak dan peragut pula untuk untung atas angin. Kelakuan ini kena
berusaha juga tapi sememangnya ke arah jalan yang sama sekali tidak dibenarkan
dalam Islam.
Kalau
perlukan juga tindakan untuk mendapat untung atas angin ini apa salah kita
melakukan
i.
Mendapatkan pendapatan pasif hanya dari pelaburan-pelaburan
seperti dalam Amanah Saham, Pelaburan Hartanah, pendapatan sewa rumah atau
tabungan wang simpanan di Institusi-institusi perbankan yang dibenarkan sahaja
atau
ii.
Perbanyakan lagi sedekah, wakaf dan pembayaran zakat.
Ganjaran di dunia dan akhirat pasti akan diperoleh.
Sanggup
kah kita makan hasil dari pendapatan yang tidak halal? Di manakah nak dapat
keberkatan hidup kita di dunia ini. Semuanya kena difikirkan bersama kerana
bukan setakat kita ini hidup di dunia ini sahaja tetapi kita juga akan hidup di
dunia yang kekal yang satu lagi. Oleh
itu fikirlah secara bijaksana dan rasional apa kah jualan yang kita lakukan ini
benar-benar menurut syariah tetapkan atau setakat suka di hati kita sahaja.
Melakukan jualan adalah satu pekerjaan yang baik dan mulia tapi jangan kerana
hendak cepat kaya dan hidup senang lenang kita melupakan perkara yang dituntut
oleh Agama dan melakukannya hanya dengan hasutan hawa nafsu sahaja. Jangan
cemarkan profesion jualan ini kerana masih ramai di luar sana hanya
mengharapkan jualan sebagai satu sumber rezeki yang utama buat diri dan
keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan