Tiada siapa pun
yang mahukan kegagalan. Semuanya nak berjaya dan hebat dalam bidang yang
diceburi. Semua orang mahukan kejayaan. Tiada siapa pun yang berkecuali.
Begitulah juga pada orang yang melakukan jualan. Semuanya mahukan kejayaan
seperti mana yang diidamkan. Tapi pernah kah kita terfikir bagaimana untuk
mencapai kejayaan seperti mana yang dimahukan. Pelbagai rintangan, dugaan dan
cabaran perlu ditempuh. Ada kalanya tatkala berada di puncak pun masih lagi
boleh mengalami kegagalan dan bangun sekali lagi untuk mencapai kejayaan
semula. Tiada yang mudah untuk berjaya, semuanya kena ditempuh dengan cara dan
kaedah yang betul bagi mencapai kejayaan.
Sesuatu yang perlu
dipelajari mengenai satu kisah tentang pengasas resipi ayam goreng KFC iaitu
Kolonel Harland Sanders. Untuk makluman, Kolonel Sanders yang dilahirkan pada
tahun 1890 di Indiana sememangnya gemar memasak disebabkan ibunya yang terpaksa
bekerja setelah ayahnya seorang petani meninggal dunia ketika itu usianya baru
berusia 6 tahun. Mempunyai 3 orang adik-beradik dan beliau adalah yang sulung
dalam keluarganya. Antara masakan yang beliau pelajari daripada ibunya ialah
memasak ayam goreng. Namun untuk menjadi masakan ayam goreng yang boleh
dikenali satu dunia ini bukanlah semudah dan sepantas itu yang di sangka kan.
Di peringkat
awalnya Sanders sering bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat
sehinggalah beliau berusia 40 tahun barulah bermulanya perniagaan beliau
menceburi kedai makan secara kecil-kecilan di Corbin, Kentucky. Di samping ayam
goreng beliau juga menyediakan menu masakan steaks dan ham di situ. Akhirnya
dengan usahanya yang gigih orang ramai mula menggemari keenakan rasa ayam
goreng resipi rahsianya sendiri. Tanpa membuang waktu Sanders terus mengorak
langkah dengan membuka restorannya ayam gorengnya sendiri bagi memenuhi
permintaan orang ramai yang rindukan ayam gorengnya. Malangnya restorannya
terpaksa ditutup pada tahun 1952 dan Sanders kehilangan semua perniagaannya
melainkan resipi menggoreng ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan ramuan
itu. Akhirnya Sanders yang tidak pernah mengenal berputus asa walaupun ketika
itu umurnya semakin meningkat. Beliau akhirnya berjaya francais kan perniagaan
ayam gorengnya dan semua itu dicapai hanya pada usianya 65 tahun. Kini KFC
berada di lebih 80 buah negara dengan pendapatan tahunannya royaltinya melebihi
USD40,000 setahun.
Inilah yang
dinamakan kejayaan, tidak mengira umur namun demi merealisasikan cita-cita dan
impian terpaksa dilakukan juga. Inilah yang dilakukan oleh Kolonel Sanders yang
pernah maju dalam perniagaan tiba-tiba jatuh bankrap dan kemudian mendaki
semula untuk mengacapi kembali kejayaan yang diinginkan. Inilah contoh
pengajaran dan iktibar yang perlu kita lakukan juga untuk diri kita juga yang
menceburi bidang jualan ini iaitu
i.
Keyakinan
Yakin dengan apa yang kita ceburi dengan minat yang kuat dan mahu
melakukannya. Kolonel Sanders membuktikan resipi yang ibunya berikan itu yang
telah beliau lakukan masakannya tidak sama sekali dipersiakan sama sekali.
Yakin dengan apa yang beliau lakukan terus menerus dibuktikan dengan pembukaan
kedai makannya di Kentucky. Walaupun pernah bankrap namun naik semula kerana
yakin dengan resipi rahsia beliau berjaya mendapat sambutan. Kerana itu kita
perlu yakin dengan apa yang kita telah mulakan. Jangan sama sekali berhenti di
tengah jalan. Kalau gagal kaji semula dan perbetulkan balik agar kita boleh
berada di landasan yang betul. Hanya keyakinan sahaja yang akan mendorong diri
kita ke arah yang dimahukan untuk mencapai kejayaan.
ii.
Kesungguhan
Dengan kesungguhan Kolonel Sanders telah membuktikan bahawa kejayaan yang
dimahukan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa
sahaja. Dari kedai makan yang kecil berkembang menjadi besar dan disukai ramai
sehinggalah jatuh semula. Namun semangat kesungguhan yang ditunjukkan oleh
beliau berjaya memulihkan diri beliau mencapai kejayaan hanya dengan
kesungguhan beliau mencari mereka-mereka yang berminat dengan konsep francais
pula yang berjaya dilakukan di Amerika Syarikat dan Kanada.
iii.
Ketabahan
Apa yang berlaku, semuanya dihadapi dengan tabah. Dari perceraian dengan
isteri pertamanya, kematian anak lelakinya, jatuh perniagaan hanya disebabkan
pembinaan laluan lebuh raya di Amerika, mencari kaedah baru memasak ayam
goreng, mencari rakan kongsi yang baru dan sistem francais yang diperkenalkan
semuanya dihadapi dengan tabah dan tenang. Tabah menghadapi apa juga musibah
dan dugaan yang menimpa di tempuh untuk mencapai semula kejayaan yang diingini.
Faktor umur bukanlah satu faktor yang membebankan tapi apa yang membebankan
diri beliau adakah jualan dan promosi dilakukan telah memadai ataupun tidak.
Inilah yang sepatutnya dilakukan. Ketabahan amat diperlukan agar apa juga
rintangan, dugaan dan masalah yang menimpa dapat ditempuhi dan diatasi dengan
sebaik yang mungkin.
Inilah formula
kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Kolonel Sanders dalam memastikan KFC
berkembang sehingga satu dunia amat menyukai resipi ayam gorengnya. Tanpa
keyakinan ditambah dengan kesungguhan dan ketabahan pasti kejayaan beliau sudah
tentu amat sukar untuk diperoleh. Satu pengajaran dan iktibar untuk kita
renungkan bersama. Kejayaan yang diinginkan tidak hadir begitu sahaja tetapi
amat memerlukan keyakinan, kesungguhan dan ketabahan untuk mencapai apa juga
yang kita mahukan. Teruskan usaha tanamkan impian untuk kita bersama melangkah
kaki mendaki kejayaan walaupun pelbagai ujian yang Allah berikan untuk kita
atasi dengan baik sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan