Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 7 Januari 2013

PRODUCT PUSH ATAU CUSTOMER ORIENTED



Yang mana satu penting? Product Push atau customer oriented. Kedua-duanya sama penting sama tujuannya. Pada empunya produk sudah tentu memerlukan Produk Push dijadikan keutamaan tapi bagi mereka yang menjualnya pasti menjadikan customer oriented sebagai pegangan utama. Memang mengelirukan tapi kalau dilakukan dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh sudah pasti memberikan pulangan yang terbaik bagi mereka yang melakukan jualan. Kedua-dua amat penting untuk dilakukan dengan serentak dan bukannya satu per satu.

Product push adalah dimana kebiasaannya pengeluar produk barangan atau perkhidmatan akan memastikan setiap produk yang dikeluarkan dan ditawarkan di dalam pasaran mendapat sambutan yang terbaik kepada dan daripada orang ramai. Tiada siapa yang berniaga mahukan kerugian dan menanggung beban kos yang tinggi hasil produk yang dikeluarkan tidak mendapat sambutan seperti mana yang dimahukan. Semuanya kena pastikan mendapat sambutan walaupun mungkin jualan yang dilakukan oleh penjual produk mungkin secara kekerasan, menyakitkan hati pembeli atau penerima produk dan sebagainya.

Kenapa Product Push ini terjadi? Ianya terjadi mungkin disebabkan perkara-perkara berikut iaitu

i.             Memastikan produk yang dikeluarkan mendapat sambutan baik dan memuaskan hati pada pengeluar produk

ii.           Menyakini bakal-bakal pembeli atau pelanggan sedia ada pengeluar produk masih mempunyai kesinambungan produk yang telah dikeluarkan dan masih wujud dipasaran

iii.          Memastikan tim jualan atau mereka yang menjadi agen kepada pengeluar produk juga kena pastikan produk yang dikeluarkan dapat dijual dengan sebanyak yang mungkin mengikut sasaran yang diberikan

iv.          Mengerakkan segala daya usaha tim jualan, agen dan orang perseorangan dapat melakukan jualan dengan sebaik mungkin bermotifkan sasaran dan perolehan pendapatan yang telah ditetapkan. Lagi banyak yang di jual lagi besar perolehan pendapatan akan diperoleh.

Customer oriented adalah di mana orang-orang yang melakukan jualan kena memastikan produk yang ditawarkan adalah mengikut kesesuaian kehendak dan kemahuan prospek/pelanggan yang ditemui terlebih dahulu. Membantu mereka dapatkan produk yang boleh selesaikan masalah mereka seramai yang mungkin. Kena ketahui ragam dan tabiat prospek/pelanggan dahulu sebelum menjual, apa yang dimahukan dan apa yang di kehendaki kena ambil tahu dengan sebetul-betulnya.

Customer Oriented dalam jualan amat penting dilakukan supaya

i.             Setiap produk yang ditawarkan dapat memenuhi permintaan dikalangan bakal pelanggan atau pelanggan

ii.           Memastikan produk yang ditawarkan dapat membantu menyelesaikan permasalahan mereka

iii.          Memahami dengan lebih baik lagi tentang apa yang dimahukan dan diingini oleh mereka

iv.          Hati dan perasaan mereka perlu dijaga dengan sebaik mungkin

v.            Keutamaan kehendak mereka adalah keutamaan menjual dari memikirkan keuntungan peribadi

Kerana itu Product Push dan Customer Oriented ada hubung kaitnya. Poduct Push akan memberi kita gerakan untuk melakukan jualan dengan lebih bersungguh lagi tetapi dalam masa yang sama Customer Oriented juga perlu dijaga agar apa juga produk yang ditawarkan, penerimaan produk dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Umpama kita menunaikan solat di waktu bekerja, solat kena dilakukan walaupun sebenarnya waktu rehat kita mungkin habis atau kerana kita sibuk untuk menyiapkan tugasan terlebih dahulu ketika melakukan tugasan kita. Kedua-duanya kita kena imbangi dan menyelaras keperluan kedua-duanya sekali tanpa perlu melebihkan antara satu dengan yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan