Berpeluang
bertemu dengan rakan lama saya yang tidak disangka begitu aktif melakukan
Jualan Secara Langsung (MLM). Banyak topik yang diceritakan apabila bersua
termasuk sempat lagi beliau berkempen melakukan promosi produk yang ditawarkan.
Tertarik melihat kesungguhan beliau melakukan jualan walaupun niat di hati
beliau hanya untuk mencuba nasib sahaja. Untung batu tenggelam untung nasib
siapa nak tahu. Yang penting kena cuba dahulu. Jangan kira dengan siapa yang
berada di hadapan kita.
Secara
tidak langsung, saya pun mengambil peluang bertanyakan kepada beliau tentang
bagaimana mereka-mereka yang menyertai Jualan Secara Langsung boleh berjaya
melakukannya. Secara spontan beliau menyatakan hasil dari pemerhatian beliau
semenjak menyertai Jualan Secara Langsung apa yang menyebabkan seseorang
tersebut berjaya dalam dunia Jualan Secara Langsung ini adalah kerana
i.
Desakan hidup
Mahukan pendapatan yang
lebih terpaksa mencari ruang dan peluang yang mampu untuk dilakukan. Antara
yang bergerak aktif adalah orang muda yang terutama yang menuntut di penggajian
tinggi atau pesara-pesara. Dua golongan yang pasti mengharapkan pulangan yang
konsisten dan tetap untuk mencuba nasib memastikan untuk berjaya. Biarlah
banyak mana halangan, cabaran dan dugaan tetap dihadapi juga asalkan matlamat
untuk keluar dari desakan hidup yang dihadapi dapat dilakukan. Majoritinya
mereka kebiasaannya akan berjaya kerana menjadikan desakan hidup sebagai satu
perangsang dan dorongan untuk bertindak melakukan jualan semaksimum yang
termampu.
ii.
Minat
Apa orang kata tidak
dipedulikannya asalkan minat menjual itu sudah lebih dari memadai. Tanpa
menoleh belakang dan tidak menghiraukan apa yang orang lain perkatakan terus melakukannya
hanya kerana minat dan bukan sama sekali terpaksa, dipaksa atau ajakan sahabat
handai. Orang kalau dah minat kata sedikit sahaja mudah faham dan begitu cepat
tindakan melakukan jualan dapat dijana. Yang penting tunggu hasilnya sahaja
kerana tindakan orang yang sememangnya minat untuk melakukannya cukup hebat
dari apa yang ditunjukkan oleh sebab terpaksa melakukan jualan.
iii.
Geram
Satu lagi sikap yang
boleh menjadi positif hanya disebabkan cemburu dan merasa geram yang melampau
disebabkan orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak. Geram kerana
kutukan dan memandang rendah oleh orang lain terhadap diri kita akan
menyebabkan kita boleh berpusing 360 darjah menjadi seorang yang proaktif dalam
melakukan jualan. Dari seorang yang hanya mahukan hidup dalam zon selesa telah
bertukar kepada orang sentiasa mahu bertindak dari luar dari kebiasaannya
asalkan apa yang diingininya tercapai.
Menurut
beliau untuk menikmati kejayaan menyertai Jualan Secara Langsung, jangan
terlalu mengharapkan hasil dari keuntungan jualan produk-produk yang ditawarkan
kerana ia nya sangat memenatkan badan. Yang penting adalah memastikan tajaan
demi tajaan dapat dilakukan sampai beranak pinak dibuatnya. Ini yang akan
memberikan pendapatan yang stabil, konsisten dan yang diimpikan selama ini. Apa
yang penting produk yang dijual dapat dipastikan dapat membantu orang yang
menghadapi masalah yang dihadapinya sebelum boleh berkira-kira berapa banyak
keuntungan yang dapat diperoleh. Tiada perasaan malu dan mudah kecewa serta
rajin untuk menghadiri apa juga majlis ilmu yang ada ditawarkan. Kejayaan pasti
dalam genggaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan