Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 29 Januari 2013

3 Soalan yang perlu di jawab sebelum menjual



Walaupun setiap hari melakukan jualan kadang-kadang kita mungkin terlupa, terlalai dan terlajak pula dalam  melakukan tugasan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya kerana terlalu ghairah dan cenderung melakukan jualan kita mula hilang fokus dan beri tumpuan yang sepatutnya. Memikirkan berapa banyak yang boleh kita peroleh jana pendapatan sewajarnya kita sebenarnya telah mula mengabaikan apa yang sepatutnya kita lakukan. Sememangnya perolehan pendapatan memberikan satu dorongan dan motivasi yang terbaik kepada kita yang melakukan jualan. Lagi banyak kita dapat lagi bersemangat untuk melakukannya lagi dan lagi. Bila semangat dah naik jualan semakin meningkat maka kita mula sedikit sebanyak mengabaikan apa perkara sebenarnya yang sepatutnya kita lakukan.


Jangan mudah lupa diri. Elakkan ia, itu yang sepatutnya. Fokus dalam tugasan jualan amat digalakkan tapi apa yang sebenarnya kita fokus? Sepatutnya kita kena ketahui dan perbetulkan segera kerana matlamat utama adalah untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada prospek/pelanggan yang ditemui hanya kerana untuk selesaikan masalah mereka menerusi produk yang di tawarkan. Bila kita bantu dan tolong orang sudah pasti Allah akan membantu kita balik akan apa yang kita idamkan dan inginkan dari apa yang di lakukan mengikut niat di dalam hati.

Oleh itu, dalam menajamkan lagi fokus dan tumpuan sebelum kita melakukan tugasan apa yang kita lakukan sebaik-baiknya setiap pagi sebelum keluar melakukan jualan, sentiasa berikan jawapan sepatutnya ke atas tiga soalan ini iaitu

i.             Kenapa mereka menerima tawaran kita?
Berfikir seolah-olah kita berada di dalam tempat dan diri prospek/pelanggan apa sebenarnya yang mereka cari untuk diri mereka boleh menerima tawaran yang ditawarkan. Adakah dengan kehadiran produk yang ditawarkan boleh menyelesaikan masalah yang mereka tanggung selama  ini. Bantuan dan pertolongan yang bagaimana boleh kita berikan dengan sebaik yang mungkin. manfaatkan 70% mendengar dari 30% memberi penerangan. Ketahui masalah mereka dari mereka ketahui masalah kita. Mereka nampak kita ada kesungguhan dan bersungguh untuk membantunya sudah pasti tawaran yang ditawarkan boleh diterima dengan sepenuh hati mereka.

ii.           Apa manfaat terbaik yang mereka terima?
Pengetahuan produk memang keutamaan utama sebelum menjual. Ketahui apa yang boleh memberikan pulangan terbaik kepada prospek/pelanggan tentang manfaat dan kelebihan yang ada. Abaikan dulu tentang ciri-ciri produk terlebih dahulu kerana ciri-ciri ini baru dimaklumkan apabila mereka telah bersetuju untuk menerimanya. Prospek/pelanggan akan mengetahui terlebih dahulu apa boleh dimanfaatkan dan memperoleh keuntungan hasil penerimaan produk yang ditawarkan. Mereka dapat melihat dan merasakan bahawa produk yang ditawarkan dapat menyelesaikan masalah mereka. Itulah yang perlu kita ketahui agar apa yang kita lakukan dalam jualan dapat dipergunakan dan dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin.

iii.          Sudah kah kita memohon kepada Allah?
Allah berfirman maksudnya ‘Dan kepada Tuhan mu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini)’ (Surah Asy-Syarh 94:8). Tawaran terbaik dari Allah untuk kita lakukan. Jangan lupa diri dan jangan rasa diri kita sememangnya dah terbaik tanpa bantuan dan pertolongan dari Allah. Mintalah apa yang kita mahukan dan perlukan. Jangan tunggu bila kita dah susah dalam melakukan jualan baru nak terhegeh-hegeh mohon pada Allah. Sentiasa memohon kepada Allah tidak kira apa keadaan berlaku sekalipun baik dalam keadaan senang ataupun susah. Teruskan berdoa kepada Allah tanpa putus asa sehingga nafas terakhir kita berhenti.

Inilah 3 soalan yang perlu kita fikirkan jawapannya sebelum kita mula melakukan jualan. Fahami dulu sebelum melakukan tindakan yang selari dengan perancangan yang telah kita fikirkan selama ini. Menjual jangan dianggap mudah tapi perlu dilakukan dengan penuh beretika sebaik yang boleh. Teruskan usaha dengan bersungguh agar apa yang kita lakukan selama ini diberkati oleh Allah. Per mudahkan dan jangan sama sekali disukarkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan