Kerana nak sangat mendapatkan penutupan
jualan kadang-kadang terlajak pula perbuatan dan tindakan kita dalam melakukan
jualan. Antara memaksa atau rayuan yang mana satu perlu difikirkan untuk
dilakukan. Satu persoalan yang terpaksa kita rungkaikan agar dapat difahami
dengan mendalam situasi yang bagaimana perlu kita berikan dengan sebaik yang
mungkin. Jangan sama sekali anggap apa yang kita lakukan selama ini betul
kerana sesuatu yang salah dan lari dari etika jualan sudah pasti lama-kelamaan
akan menjadi tabiat yang buruk pula kepada kita.
Siapa yang tidak mahukan penutupan
jualan. Setiap kali penawaran produk ditawarkan sudah pasti kita amat
mengharapkan agar penawaran tersebut diterima dengan baiknya oleh
prospek/pelanggan yang ditemui. Lagi cepat lagi bagus. Tidak membuang masa dan
tenaga. Di saat itulah satu kepuasan akan menjelma apabila akhirnya penutupan
jualan dapat dilakukan dengan sesempurnanya.
Kerana itu kita amat di saran untuk
mengetahui dahulu apa masalah yang dihadapi untuk kita sesuaikan produk yang
kita tawarkan boleh atau tidak menyelesaikan masalah yang prospek/pelanggan
hadapi. Nak tahu kena perbanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan diri
mereka apa yang mereka mahukan dan inginkan sebenarnya. Bukannya tanya suka
atau tidak dulu. Bersabar untuk mendapatkan jawapan seperti mana yang kita
mahukan. Nak mereka memberi maklum balas akan setiap persoalan yang kita
utarakan sudah semestinya kita perlu memberikan presentasi dan penerangan yang
sebaik-baiknya tentang segala manfaat dan kelebihan yang ada untuk mereka boleh
pergunakan nanti produk yang ditawarkan. Di waktu inilah pengetahuan tentang
produk amat diperlukan sama sekali agar setiap pertanyaan atau pun bangkangan
dapat kita atasi dengan sebaik yang mungkin.
Yang pentingnya mereka amat memahami apa
yang kita sampaikan dan berikan kepada mereka setelah kita ketahui amat yang
mereka mahukan dan inginkan. Bila masing-masing dah faham semua proses yang
meragukan dan memeningkan kepala sudah pasti akan dipermudahkan proses untuk
menuju penutupan jualan. Sebenarnya tidak perlu memaksa apa tah lagi untuk
merayu. Mempengaruhi dan tunjukkan manfaat dan kelebihannya secara berhemah dan
bersopan agar terbuka hatinya dengan mudah untuk menerima tawaran yang di
tawarkan.
Sentiasa lakukan TST (Tenang, Sabar dan
Tabah) ketika melakukan jualan. Lain orang lain ragamnya jangan sama sekali di
anggap sama semua orang yang kita temui. Apa juga halangan, cabaran dan
dugaannya hadapi dengan sebaik yang mungkin. Kita per mudahkan seseorang sudah
pasti prospek/pelanggan yang di temui akan memudahkan urusan kita pula.
Semuanya bermula dengan diri kita dahulu kerana kita yang menawarkan kepada
mereka dan bukannya mereka yang terhegeh-hegeh mahukan apa yang kita tawarkan
kepada mereka. Jadilah seorang yang berhemah dan bersopan sentiasa agar mereka
tahu betapa seriusnya kita dalam melakukan jualan terhadap mereka.