

i.
Tenang, sabar dan
tabah (TST)
Dah tempuhi maknanya kena lalui suka ataupun tidak. Tiada
kompromi lagi dah. Kena teruskan juga usaha yang telah dimulakan. Banyakkan guna konsep TST iaitu ketenangan, kesabaran
dan ketabahan dalam menghadapi prospek/pelanggan yang sebegini. Jangan jadikan
diri kita terlalu cerewet pula seperti mana prospek/pelanggan tunjukkan.
Banyakkan beralah, per mudahkan dan tidak sama sekali disukarkan. Tindakan kita
akan menggambarkan kesungguhan kita untuk memberikan penerangan yang terbaik
kepada prospek/pelanggan yang kita temui. Tunjukkan keyakinan agar mereka juga
akan yakin dengan apa yang kita berikan kepada mereka.
ii.
Berikan penerangan
yang sewajarnya
Lagi cerewet lagi bagus, lagi banyak input yang diberikan
lagi banyak kita ketahui apa yang dinginkan. Berikan secara penerangan yang
berfakta dan jangan sama sekali kelentong yang bukan-bukan. Jika ada
testimonial berikan sebagai satu bukti nyata agar prospek/pelanggan tersebut
lebih memahami. Kadang-kadang dari pengalaman yang telah dilalui dengan produk
yang telah kita digunakan pada orang lain juga dapat membantu jualan yang kita
lakukan dengan mudah dan diyakini dengan cepat.
iii.
Jangan mengeluh
Tolong jangan mengeluh atau mengadu kesah akan perangai
dan kelibat prospek/pelanggan yang di hadapan kita. Baik dari segi perkataan
mahupun dari bahasa badan ataupun riak muka semuanya kena dijaga dengan rapi.
Firman Allah bermaksud ‘……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang
kafir’(Surah Yusuf ayat 12). Hadapilah dengan sebaik mungkin sesungguhnya
rahmat Allah itu lebih hebat dari segala-galanya.
iv.
Jangan tergesa-gesa
Buat relak sahaja. Jangan kelam kabut nak bagi cepat
habis sahaja disebabkan rasa meluat dan bencinya kita terhadap
prospek/pelanggan yang berhadapan dengan kita. Ketenangan jiwa dan perasaan
memainkan peranan penting. Lagi dia cerewet bertanyakan sesuatu secara detail
dan lengkap bermakna peluang semakin cerah untuk mendapatkan penutupan jualan.
Sentiasa membantu dan tolong selesaikan apa juga masalah yang ditanggung agar
prospek/pelanggan terasa yang kita benar-benar ikhlas dan mahu untuk
menghulurkan bantuan dan pertolongan sewajarnya.
Kejayaan menjual bukanlah kerana apa yang
di jual oleh kita tetapi kejayaan menjual adalah di tunjukkan bagaimana kita
menjual. Ini lagi penting. Kerana itu setiap apa yang kita lakukan kena ada
ilmu. Jangan main hentam sahaja janji boleh laku dan diterima oleh prospek/pelanggan
yang ditemui. Setiap apa juga halangan, rintangan dan dugaan yang mendatang
sudah pasti ada jalan penyelesaiannya yang Allah SWT akan berikan kepada kita
sebagaimana firman Allah
bermaksud “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia
amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagi mu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah
Al-Baqarah ayat 216). Kuatkan semangat tabahkan hati untuk hadapi akan apa juga
yang kita hadapi pasti kejayaan juga akan kita peroleh nanti.