Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 31 Mac 2014

SEHINGGA KE LIANG LAHAD




Lakulah apa juga perkara atau tugasan dalam dunia ini semuanya memerlukan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu sudah semestinya tidak ke mana dan terlalu sukar untuk melakukannya. Dengan ilmu seseorang itu akan dipandang lebih berwibawa dalam melakukan sesuatu tugasan jika di banding dengan seseorang yang kurang ilmu pengetahuannya. Di sinilah terletaknya kehebatan ilmu yang perlu ada pada diri kita.

Tidak dinafikan pula harta adalah sesuatu yang dicari-cari oleh semua orang. Dengan harta seseorang boleh mengubah gaya dan cara kehidupannya. Tiada siapa pun yang mahukan kemiskinan dan kesusahan dalam menjalani kehidupan. Namun kerana harta jugalah seseorang itu akan menjadi seorang yang tamak, lupa dunia dan kehidupannya asyik terlalu sibuk dibelenggu menghabiskan masa mencari kekayaan dan kesenangan. Biarlah apa orang lain perkatakan namun harta tetap diusahakan untuk mencarinya walaupun ilmu tidak setinggi mana.

Sayyidina Ali bin Abi Thalib telah memberikan gambaran sepuluh kehebatan mencari, mendalami dan mengetahui tentang keutamaan ilmu daripada mencari kehebatan kebendaan iaitu:  

1. Ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan dari Fir’aun, Qarun, Namrud dan lain-lain.

2. Ilmu selalu menjaga dan membantu orang yang mempunyainya, sedangkan harta dijaga oleh orang yang mempunyainya.

3. Orang yang berilmu banyak mempunyai teman, sedangkan orang yang berharta mempunyai banyak lawan.

4. Ilmu apabila diberikan kepada orang lain akan bertambah sedangkan harta bila diberikan akan semakin berkurang.

5. Ilmuwan sering dipanggil alim, ulama, dan lain-lain. Sedangkan hartawan sering dipanggil bakhil, kikir, dan lain-lain.

6. Pemilik ilmu akan menerima syafaat pada hari kiamat, sedangkan pemilik harta disoal siasat  pertanggungjawabannya.

7. Ilmu apabila disimpan tidak akan habis, sedangkan harta bila disimpan akan usang dan lapuk.

8. Ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan, sedangkan harta selalu dijaga dari kejahatan.

9. Ilmu tidak memerlukan tempat, sementara harta memerlukan tempat.
10. Ilmu akan menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram, sedangkan harta akan mengeraskan hati.

Berilah perhatian sewajarnya kepada mendapatkan ilmu pengetahuan. Berusaha untuk mencari dan mendapatkannya tanpa perlu di paksa dan disuruh-suruh. Jangan mudah merasa apa yang ada pada kita telah cukup dan memadai. Tapi berilah tumpuan dapatkan pengetahuan ilmu sebanyak yang termampu. Tiada titik noktah dalam pembelajaran walaupun sebentar nanti kita akan mati. Luangkanlah masa sentiasa agar apa juga ilmu yang dimahukan masih mampu untuk kita mendapatkannya. Hanya dengan ilmu sahaja orang akan ketahui bahawa kita adalah seorang yang boleh dipercayai dan berwibawa melakukannya yang terbaik dan berguna buat mereka nanti.
Read more >>

Ahad, 30 Mac 2014

MENJAGA RAHSIA




Salah satu sifat terpuji dalam melakukan jualan adalah kita cukup amanah dan sanggup menahan kesabaran dalam menjaga diri dan memelihara rahsia. Tidak kiralah apa bentuk rahsia sekalipun, baik rahsia diri sendiri, rahsia rakan sekerja, rahsia jiran-jiran, rahsia keluarga, rahsia majikan mahupun rahsia bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui. Semuanya kita zip mulut kita menyimpannya dengan penuh rasa bersangka baik akan apa juga rahsia yang kita terima dan ketahui sama ada di minta untuk menyimpannya atau pun tidak. Inilah satu sikap yang perlu kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. bak kata pepatah biar pecah di perut jangan pecah di mulut.

Sememangnya kita cukup ingin menjaga segala perkara yang diterima atau melihat dengan mata sendiri untuk menyimpannya. Tetapi ada kalanya kerana terlalu ghairah untuk bercerita pada orang lain, di desak oleh seseorang atau terlepas cakap akhirnya segala rahsia pada peringkat awalnya terus terusan tidak menjadi rahsia lagi. Habis semua orang mengetahuinya gara-gara kita terlajak kata atau percakapan kita sendiri. Inilah yang dikhuatiri kerahsiaan yang diharapkan berkubur begitu sahaja. Amanah entah ke mana langsung tersebar begitu sahaja walaupun sebenarnya tiada niat untuk kita melakukannya. Inilah bahayanya yang perlu untuk kita lakukan agar rahsia tetap rahsia untuk dijaga dan disimpan.

Kalau semua rahsia dapat kita simpan baik-baik dalam diri kita ini bermakna

i.             Kita orang yang tinggi kesabarannya menerima apa juga rahsia yang diterima

ii.           Memberikan keyakinan orang begitu kuat terhadap kita

iii.          Semakin dipercayai diri kita apabila berinteraksi dengan siapa pun juga

iv.          Mudah untuk melakukan jualan kepada rakan yang baru diperkenalkan atau melakukan jualan berulang kepada pelanggan yang telah mengenali kita

Jaga amanah dan tanggungjawab kita. Bukan senang mendapatkan kepercayaan orang kepada kita. Keperibadian kita menunjukkan keyakinan orang pada kita. Berikan keikhlasan dan kesopanan dalam melakukan jualan dan menjalinkan perhubungan silaturahim antara diri kita dengan orang lain. Hanya kejujuran yang berjaya memisahkan antara khianat dan penipuan boleh berlaku. Semakin kita jujur semakin mudah untuk kita melakukan jualan. Menjual atas keperibadian kita sebagai satu cara mudah mendapatkan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada diri kita. Jaga akhlak kita agar keperibadian diri mudah di tonjolkan dalam melakukan jualan.


Read more >>

Sabtu, 29 Mac 2014

KENAPA PERLU TAKUT




Bertemulah dengan siapa sekalipun juga kalau dikatakan untuk menjual sudah pasti akan dilakukan. Biarlah terdapat betapa kuatnya rintangan, halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Inilah penjual yang tegar yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira siapa di hadapannya. Baik orang itu mempunyai nama yang besar, berjawatan tinggi, berstatus hebat atau seorang jutawan sekalipun tetap tidak menolak melakukan jualan kepada mereka. Yang penting ada hasil ada perolehan yang boleh dinikmati dari pertemuan dengan mereka yang dinyatakan ini.




Inilah semangat yang perlu ada dan wujud dalam diri setiap orang yang melakukan jualan. Walaupun begitu, tidak dinafikan secara majoritinya orang masih tidak mampu untuk melakukan pada golongan-golongan bakal pembeli atau pelanggan yang di nyatakan. Terasa yang amat sangat berat hati dan gerun bila diketahui akan bertemu dengan mereka seolah-olah mula mencari pelbagai alasan untuk tidak bertemu dan bersua dengan mereka. Semuanya ini terjadi mungkin disebabkan perkara-perkara berikut iaitu

i.             Mudah merasa rendah diri dan malu yang tidak bertempat 

ii.           Terlalu senang melakukan andaian dan tanggapan

iii.          Menyedari siapalah kita jika dibandingkan dengan orang yang hendak ditemui

iv.          Hilang rasa keyakinan diri

v.            Rasa tidak mampu untuk melakukannya

vi.          Takut dan risau tidak mampu untuk membalas apa juga bangkangan atau bantahan terjadi

Inilah kebiasaannya yang harus untuk kita hindarkan. Jangan dikira siapa pun yang kita temui asalkan kita berhemah dan bersopan kenapa perlu takut dan risau. Berikan yang terbaik bergantung kepada usaha yang bersungguh untuk melakukannya. Bila sudah ada peluang di hadapan mata pergunakan sebaik mungkin jangan dibiarkan rugi begitu sahaja. Peluang datang walaupun sekali jangan dilepaskan begitu sahaja. Mungkin ada hasil yang menarik yang tidak kita ketahui.



Read more >>

Jumaat, 28 Mac 2014

KEIKHLASAN YANG DI PERLUKAN




Kerap kali dalam melakukan jualan kita amat di saran agar ikhlas dalam melakukan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jangan difikirkan dahulu tentang ganjaran dan hasil yang bakal di peroleh apabila tawaran yang dikemukakan boleh di terima. Apa yang patut dilakukan adalah bagaimana kita boleh membantu dan menolong seseorang untuk selesaikan masalah yang dihadapinya.

Bohong kalau dinyatakan bahawa ikhlas cukup mudah untuk di lentur dan dilakukan. Bayangkanlah sewaktu para sahabat yang berada pada zaman Rasulullah bila mengatakan dan menyentuh tentang keikhlasan ini, para sahabat sudah pasti akan menangis dan mengeluarkan air mata kerana tahu betapa sukarnya untuk melakukannya. Ikhlas adalah amalan paling tinggi selepas Iman dan Takwa. Sudah semestinya ia adalah rahsia Allah. Sedangkan malaikat dan tuan punya diri pun pasti tidak mengetahuinya. Melalui keikhlasanlah adalah satu penentu sama ada segala amalan kita boleh diterima atau ditolak oleh Allah SWT.


Ikhlas mengikut pengertian adalah murni, bersih dan suci hati dalam melakukannya. Ikhlas boleh diumpamakan seperti air bersih yang berada di dalam sebuah gelas. Apabila bercampur dengan bahan lain seperti serbuk kopi atau teh maka keaslian air bersih itu telah bertukar dan tidak menjadi asli seperti asalnya. Lihatlah dalam amal ibadat kita ke hadrat Allah SWT seperti bersolat, berpuasa, membaca Al-Quran, bersedekah semuanya mestilah dilakukan hanya kerana Allah SWT. Mencari keredaan Allah amat penting selari dengan perintah dan suruhan Allah. Apabila niat sahaja kerana Allah dalam setiap tindakan, hasil akhir sama ada menjadi ataupun tidak, Allah tetap mengira pada niat dan hati yang tetap ikhlas hanya kepada Allah sahaja.

Apa yang dikhuatiri dalam kita berniat untuk ikhlas ini rupa-rupanya mungkin ada terselit niat-niat yang negatif umpama bak kata pepatah ada udang di sebaik batu. Rupanya-rupanya ada niat seperti ingin menjadi popular, mendapat perhatian orang lain, inginkan glamor, nak kan habuan dunia atau sebagaimananya yang mana lebih terarah kepada kepentingan peribadi. Maka jika ada perkara-perkara yang di nyatakan telah dilakukan bermakna Allah sudah pasti tidak akan membalas kebaikan yang dilakukan hanya kerana terdapatnya niat-niat yang terselindung membawa kepada perkara-perkara yang tidak baik pula.

Mungkin contoh sebegini boleh kita fikirkan bersama

Rosak di awal
Belum apa-apa lagi dalam hati dah fikirkan tentang siapalah orang yang nak kita jerat kan, berapa banyak komisen atau ganjaran pada hari ini atau nak berapa banyak boleh tunjuk dekat rakan sekerja yang kita hebat melakukan tugasan.

Rosak di tengah
Bakal pembeli atau pelanggan merasa hebat dengan persembahan presentasi kita sehingga kita menjadi lupa diri merasakan betapa hebat kita menyampaikan ceramah dan persembahan kita. Merasa amat ujub dengan apa yang kita sampaikan. Memberi penerangan yang elok-elok sahaja tanpa menghiraukan permintaan orang lain terhadap kita. Bertopengkan mahu membantu dan menolong tapi sebenarnya demi kepentingan perut diri sendiri.

Rosak di hujungnya
Berjaya mendapat banyak penutupan jualan dari sasaran awal. Semua orang memujinya jika hati dan jiwa merasa bangga syok sendiri sehingga tidak terkata betapa hebatnya kita melakukan jualan. Seolah-olah apa yang kita lakukan ini tidak pernah dapat di buat oleh orang lain melainkan kita. Mulalah dalam hati telah mula berkira-kira berapa banyak pendapatan dan perolehan yang bakal diterima tidak lama lagi.

Jika ini ada dalam diri kita bermakna kita pasti tidak berubah hasil dari jualan yang kita lakukan. Sengaja melakukannya semata-mata demi menjaga kepentingan dan keutamaan diri kita sahaja. Hati kita sudah mula rosak dan cacat pula jadinya. Dengan pantas ambil jalan segera melakukan muhasabah semula apabila hati yang terlalu mengharapkan pujian dan memuji kehebatan skil jualan kita agar segera tawaduk semula agar segala amalan kita melakukan jualan boleh diterima Allah jua. Berdoalah sentiasa agar keikhlasan hati boleh di peroleh dengan membaca doa “Wahai Tuhan ku,  kami belum melakukan apa-apa sebelum ini, kalaupun ada, tentu ada kepentingan diri sendiri, kalau bukan pertolongan dan bantuan Mu Ya Allah, seluruh amalan kami pasti akan tertolak





Read more >>