Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 30 September 2013

PENGARUH UTAMA MEMBELI




Kita yang melakukan tawaran dan jualan kena fahami dahulu apa penyebabnya mereka mahu dan mampu untuk menerima tawaran yang di kemukakan. Alangkah malangnya dalam melakukan jualan kita hanya sesuka hati melakukannya sahaja tanpa memikirkan apa tujuan sebenar. Perubahan Trend kenapa mereka membelinya tidak diambil peduli langsung. Sememangnya mengambil sikap berhati-hati dalam melakukan jualan sangat-sangat digalakkan. Kerana itu kita dituntut melakukan perancangan seberapa rapi yang boleh sebelum sebarang tindakan jualan boleh dilakukan.

Terdapat 4 pengaruh bagi pembeli menerima tawaran yang dikemukakan yang perlu kita ketahui. Jangan main semberono sahaja. Awasi dan prihatin sentiasa. Pengaruh yang dimaksudkan ada pada pembeli adalah

i.                    Kewangan
Semuanya bergantung pada bajet mereka. Pada mereka kos produk yang ditawarkan sememangnya mesti dilihat sama ada mampu atau tidak mereka untuk menerimanya. Adakah terdapat nilai-nilai tambahan pada produk yang ditawarkan. Beli pada kadar kemampuan yang ada bukan untuk menunjuk-nunjuk. Asalkan ia bersesuaian dan sememangnya diingini itu sudah dikira cukup memadai.

ii.                  Kurangkan risiko
Tiada pembeli mahu menanggung kerugian apa tah lagi ditipu begitu sahaja. Risiko pembelian dengan penerimaan produk yang ditawarkan perlu dinilai dengan sebaik-baiknya. Nilai-nilai tambahan perlu diambil kira seperti jaminan produk, perkhidmatan selepas jualan, mudah ditemui semula jika berlaku sebarang masalah dan sebagainya. Semuanya perlu difikirkan. Lagi mahal nilai produk tersebut lagi perlukan tindakan yang berhati-hati. Jangan dipermainkan tapi bertanggungjawab sepenuhnya.

iii.                Masa
Elakkan bersikap terburu-buru dalam melakukan keputusan sebelum penutupan jualan boleh berlaku untuk menerima produk yang ditawarkan. Ambil masa berfikir secara waras untuk mengambilnya ataupun tidak. Baik berfikir dahulu dari menanggung penyesalan seumur hidup. Adakah pembeli diberi masa yang mencukupi atau dipaksa secara tidak disedari. Peranan masa bagi membeli sesuatu amat penting untuk diambil berat oleh mereka. Beri peluang dan ruang kepada mereka. Fikirkan sama ada produk yang hendak dibeli bersesuaian, boleh menyelesaikan masalah dan berguna atau tidak pada mereka untuk memilikinya.

iv.               Pengaruh lain
Hebahan mulut dan pengaruh dari kenalan dan rakan sekerja sememangnya sesuatu yang boleh mempengaruhi seseorang pembeli untuk menerima sesuatu produk yang ditawarkan. Cukup hebat peranannya dalam pengaruhnya. Sememangnya penyampaian dari mulut ke mulut atas sesuatu produk yang baik akan menerimanya secara positif di kalangan pembeli berdasarkan dari pengalaman seseorang yang telah menggunakannya. Begitulah sebaliknya kalau pembeli yang telah ditipu atau tidak berpuas hati dengan produk yang telah diterimanya. Habis riuh dibuatnya. Begitulah hebatnya kenapa pengaruh mulut amat mempengaruhi pembeli-pembeli di luar sana sebelum boleh mereka membeli dan menerima tawaran yang dikemukakan.

Kebanyakan pembeli pasti membelinya kerana bersebab dan bukannya seperti kebiasaannya kerana logik akal semata-mata. Membeli bukan seperti mengira logik matematik atau sains semata-mata. Mesti ada punca dan sebabnya untuk seseorang minat dan mudah untuk menerimanya. Inilah tugasan kita mencari sebaik yang mungkin agar apa yang kita lakukan dan buat sentiasa mudah diterima oleh mereka. Mengetahui tujuan mereka membeli sudah pasti lagi memudahkan lagi tugasan kita untuk menjual.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan