Sering kali kebiasaannya hanya kerana dalam
keadaan suka, duka atau kebiasaan melakukannya berkemungkinan kalau tidak di
awasi akan mengakibatkan kita mudah terlupa atau terleka. Hanya disebabkan
mungkin kesilapan atau kesalahan yang kecil pasti akan memberikan kesan yang
tidak baik kepada diri kita sendiri. Inilah yang perlu dirisaukan dan perlu
kepada berhati-hati dalam melakukannya. Ini melibatkan imej kita melakukan
jualan dan jangan sama sekali merasakan bahawa apa yang kita lakukan boleh
diambil mudah begitu sahaja.
Mungkin senario=senario atau
perkara-perkara sebegini boleh membuatkan kita berada dalam kelekaan apabila
i.
Kita berjaya mendapatkan
penutupan jualan dari seorang pelanggan dan berjanji semula untuk bertemu
dengannya pada minggu hadapan bagi menyiapkan segala dokumentasi yang perlu di
tandatangani di samping memberikan cenderamata seperti mana yang dijanjikan.
Malangnya sehingga hari yang sepatutnya, kita jadi terlupa dan hanya menyedari
selepas dari tarikh yang ditentukan. Bagaimana reaksi pelanggan nanti bila
menyedari kita telah terlupa dan terleka atas tanggungjawab dan janji kita
kepadanya?
ii.
Berjaya mendapatkan temu janji
bertemu prospek. Hanya kerana kita terlupa dan terleka kita telah berjanji pada
prospek yang lain untuk bertemu sama tarikh dan masanya pada prospek yang
pertama tadi. Memang boleh dihubungi pada prospek yang awal kita mempunyai
rancangan yang lain tapi pernah kah kita terfikir apa yang akan difikirkan
tentang kita di kemudian hari oleh mereka hanya disebabkan kita terleka dengan
tanggungjawab kita kepadanya.
iii.
Sebelum mendapat komisen
dan pendapatan tambahan kita berjanji pada diri sendiri untuk berbelanja kepada
rakan setugas kita, pelanggan-pelanggan utama kita dan sebagainya sebagai
meraikan kejayaan dalam karier kita. Tapi apabila telah menerimanya kita
berbelanja ke arah yang lain sehingga terlupa dengan janji yang sepatutnya.
Adakah ini yang kita cari-carikan dalam kehidupan kita selama ini. Memberi
hanya kepada produk sahaja tapi duit poket langsung terlalu berkira.
iv.
Kerana telah berjanji pada
prospek untuk bertemu dengannya pada jam 11 pagi langsung tergendala hanya
disebabkan kenderaan yang kita naiki telah kehabisan minyak. Adakah ini kerana
takdir atau kelekaan dari kita sebenarnya?
v.
Hanya kerana terlalu
ghairah dan berseronok dalam bersembang bersama kawan-kawan tanpa kita sedari
kita ceritakan dan sampaikan apa yang kita ketahui tentang perangai, tabiat dan
kedudukan kehidupan pelanggan kepada kenalan kita. Sepatutnya biarlah kita
seorang sahaja yang mengetahuinya dan menutup aib orang lain jika ada tapi
hanya disebabkan kita leka dan terlalai terlalu gembira nak sampaikan habis
semuanya kita ceritakan kepada orang.
Ini kah yang kita cari-carikan selama ini?
Membiarkan sentiasa kita terleka, lalai dan terlupa yang sepatutnya kita jaga
dengan penuh tanggungjawab dan amanah akan apa yang perlu dilakukan. Mungkin
ada lagi senario yang lain yang anda alami sendiri. Sekurang-kurangnya kita
harus sedar dan berwaspada sentiasa agar tidak mudah sama sekali kita berada
dalam keadaan dan situasi yang melekakan. Banyak kesan negatifnya kepada kita
yang melibatkan karier dan periuk nasi kita sendiri. Ambil langkah yang sebaik-baiknya
membendung gejala-gejala negatif ini berlaku dalam diri kita sendiri. Kalau ada
perbaiki segera agar tidak berulang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan