Mencari referral adalah antara salah satu
tugasan yang perlu dilakukan bagi memastikan setiap leads yang digunakan dapat
diganti semula. Kebiasaannya dengan referral yang diperoleh lebih mudah
mendapatkan temu janji dan penutupan jualan jika dibandingkan dengan leads yang
mungkin ada dalam simpanan kita. Kerana itu kita di saran agar mencari dan
mendapatkan referral sebanyak yang boleh dan termampu hanya dari
pelanggan-pelanggan sedia ada yang berurusan dengan kita, networking-networking
kita kenali mahupun dari kenalan-kenalan rapat kita.
Malangnya masih terdapat lagi kegagalan
dalam mendapatkan referral yang dimahukan. Masih ramai lagi sehingga kini tidak
tahu betapa pentingnya mendapatkan referral dan seterusnya menambah leads yang
sedia ada hanya melalui referral yang diperoleh. Mungkin kita terlupa atau tanpa
kita sedari yang leads yang telah kita pergunakan tidak diganti semula. Antara
kesilapan-kesilapan yang dikesan masih gagal kenapa sukarnya mendapatkan
referral adalah kerana
i.
Masih malu dan tidak mahu
bertanya dan meminta.
ii.
Merasa yakin bahawa kita sangat
mudah mendapatkan pelanggan walaupun pada hakikatnya kita ketahui cukup susah dan
sukar sebenarnya.
iii.
Sifat malas yang begitu menebal
meminta dari seseorang.
iv.
Bila meminta cukuplah
sekadar sekali sahaja. Ada rezeki dapatlah tapi kalau tak dapat nak buat macam mana
terus terhenti begitu sahaja.
v.
Lebih banyak memberikan
cadangan dari memohon.
vi.
Gagal meminta sepanjang berinteraksi
dengan pelanggan menantikan masa yang bersesuaian walaupun telah berlaku dan berlalunya
penutupan jualan.
vii.
Terlalu memberi tumpuan
kepada kehendak pelanggan sehingga tidak teringat meminta referral.
viii. Dah dapat referral anggap referral yang diterima pasti tidak berminat atau berkualiti.
ix.
Referral yang diterima
gagal diketahui apa kehendak dan kemahuannya oleh kita.
x.
Kerana referral yang diperoleh,
hanya sekadar menelefon dari melakukan pertemuan seolah-olah menyangka referral
telah ketahui terlebih dahulu dari makluman pelanggan sedia ada kita.
xi.
Terlalu sibuk menghulurkan
sahaja tapi tidak memikirkan untuk menerimanya pula.
xii.
Malas untuk meminta hanya
kerana dikhuatiri kena marah dan pelanggan bermasam muka
xiii. Tiada adab dan menjaga perasaan pelanggan tatkala meminta referral dari
mereka.
Kalau betul dan benar seperti mana yang
dinyatakan pastikan jangan diulangi dan dilakukan lagi. Dapatkan referral
seramai yang termampu hanya dengan meminta sahaja dari mereka-mereka yang telah
menjadi pelanggan kita. Kita telah membantu dan menolong mereka selesaikan
masalah yang mereka tanggung selama ini sudah tentu mereka dengan hati yang
terbuka akan bersedia untuk membantu diri kita pula. Berikan perkhidmatan yang
terbaik agar bakal pembeli atau pelanggan tahu betapa bersungguhnya kita untuk
melakukan jualan terhadap mereka. Pastikan ganjarannya bukan setakat keuntungan
komisen yang kita peroleh tetapi juga senarai nama-nama bakal-bakal pelanggan
kita juga boleh diperoleh sama. Inilah namanya baka kata pepatah Melayu sambil
menyelam minum air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan