Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 12 September 2013

CIPTA SOALAN-SOALAN RINGKAS






Bukannya satu tugasan mudah untuk mendapatkan respons atau maklum balas dari bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Kita yang hendak menjual kena pandai ambil perhatian mereka memastikan benar-benar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kita. Kalau mereka buat tak tahu sahaja sudah tentu tak lakulah apa yang kita hendak jual kepada mereka. Semuanya bergantung pada kecekapan dan kebolehan kita mengemukakan soalan-soalan yang sepatutnya.

Kalau mengikut psikologi kalau kita mahukan mereka menjawab dengan panjang lebar dan lebih banyak untuk kita ketahui sebaik-baiknya kemukakan soalan-soalan yang pendek. Soalan-soalan yang pendek yang tentu akan memberi jawapan yang panjang dan mungkin juga berjela-jela. Tapi andai kata soalan-soalan yang dikemukakan pula adalah merupakan soalan-soalan yang berjela-jela panjangnya sudah tentu jawapannya pasti diterima secara ringkas dan padat. Yang mana satu yang kita mahukan, beri soalan pendek tapi jawapannya panjang atau beri soalan panjang tapi jawapan ringkas sahaja. Bertindaklah dengan bijak agar urusan jualan kita boleh dipermudahkan lagi.

Berikut adalah soalan-soalan pendek yang mungkin membolehkan kita mendapatkan sesuatu jawapan dari mereka yang amat kita perlukan sama sekali. Contoh soalan-soalan pendek adalah seperti

        Kenapa?

        Jelaskan lagi

        Bagaimana?

        Perlu kah?

        Apa yang difikirkan?

        Betul kah?

        Apa puncanya?

        Memadai  kah?

Pastikan misi kita adalah membuatkan mereka yang bercakap banyak bukannya kita. Sebelum boleh kita membantu dan menolong mereka kena tahu apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini. Adakah produk yang kita tawarkan ini benar-benar dapat membantu mereka selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Banyakkan ketahui dari mulut mereka sendiri dari kita membuat andaian begitu sahaja. Ambil tindakan berhati-hati tapi proaktif agar apa yang kita lakukan benar-benar mendapat sokongan dan bantuan dari mereka dahulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan