Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 21 September 2013

SOALAN BERHEMAH MENDAPATKAN PENUTUPAN JUALAN






Melakukan jualan sehingga ke peringkat penutupan sememangnya mendebarkan. Apa tidaknya, dari peringkat pemilihan prospek kepada melakukan temu janji. Dapat sahaja temu janji melakukan pertemuan bagi tujuan presentasi. Habis sahaja presentasi dan segala maklumat disalurkan sampailah akhirnya ke peringkat paling getir iaitu bagi mendapatkan persetujuan mereka. Satu proses yang panjang tapi terpaksa dilaksanakan. Sememangnya mendapatkan keputusan persetujuan mereka bukanlah mudah seperti mana yang diharapkan.

Walaupun begitu terdapat kaedah dan caranya dari awal lagi bagi mengetahui bakal pembeli atau pelanggan berkenaan berminat ataupun tidak. Skil yang ada kena pergunakan agar kita dengan mudah dapat menilainya dan menerima gambaran awal bahawa mereka berminat untuk menerima atau tidak tawaran yang di kemukakan. Apa yang perlu dilakukan per banyakkan soalan-soalan ke arah penerimaan mereka dari bertanya secara terus-terusan. Memang kita terlalu ghairah untuk mendapatkan penutupan jualan tapi kena kawal hati dan perasaan kita jangan terlalu nampak sangat betapa berkehendaknya kita. Bertenang dan bersabar sentiasa agar apa juga kita lakukan boleh diterima secara baik oleh mereka.
Antara soalan-soalan yang perlu di berikan adalah

i.             Apa lagi yang difikirkan?

ii.           Adakah ini produk yang terbaik untuk Encik?

iii.          Ada apa-apa lagi yang tertinggal perlu diketahui?

iv.          Ada apa-apa lagi yang tidak difahami?

v.            Bagaimana rasanya?

vi.          Setakat ini ok ataupun tidak?

vii.        Bagaimana perasaan Encik?

viii.       Adakah ini yang di cari selama ini?

ix.         Boleh saya tahu ada apa lagi yang menghalang dalam pemikiran Encik?

x.           Ada masalah lagi dengan produk ini?

Ini adalah antara yang boleh kita pergunakan nanti bagi mendapatkan keputusan sama ada mereka menerimanya ataupun tidak. Lakukan dalam bentuk persoalan agar mereka mudah memberikan maklum balas yang kita kehendaki. Jangan terlalu gelojoh. Elakkan dari terlalu mudah melakukan andaian dan tanggapan. Beri ruang dan peluang secukupnya kepada mereka melakukan keputusan. Kebiasaannya apabila mereka telah berminat peluang untuk mendapatkan penutupan jualan pasti terbuka luas. Lakukan dengan sebaik mungkin.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan