Jangan mudah menyangka bahawa semua bakal pembeli atau
pelanggan adalah sama semuanya. Karenah, gelagat dan tabiat yang ada pada mereka
mesti ada perbezaannya yang perlu kita ambil tahu dan peka dengan apa yang ada di
depan kita. Jangan sama sekali anggap mudah perkara ini merasakan semua ini
sama sahaja antara seorang dengan seorang yang lain. Rambut sama hitam tapi
hati lain-lain. Kerana itu kena sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang
kemungkinan dan persediaan untuk pelbagaikan kaedah dan cara dalam memberi
persembahan dan tawaran kepada bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui.
Sedar atau tidak, inilah yang perlu kita lakukan dengan
sebaik yang mungkin. Menjadi satu tanggungjawab sepenuhnya dari kita agar
mengambil sikap berhati-hati dan bijak dalam melakukan tugasan dalam jualan.
Kena terima kenyataan ini bahawa lain padang lain belalangnya, lain orang lain
perangainya pula. Fahami dan ambil langkah positif serta bersangka positif
sentiasa. Antara perkara-perkara yang perlu di ambil tahu adalah
i.
Kejadian Allah manusia bukan semuanya sama
Itulah
kehebatan yang Allah tunjukkan kepada kita, manusia yang diciptakan oleh Allah
tetap berbeza sama sekali antara satu sama yang lain. Sedangkan cap jari
masing-masing boleh berbeza inikan pula pemikiran manusia. Kerana itu dalam
melakukan jualan jangan sama sekali kita menganggap setiap kali kita bertemu
dengan siapa pun juga metode atau kaedah yang dipergunakan pada seseorang mesti
sama sahaja caranya.
ii.
Fokus pada nilai-nilai pada setiap orang
Lain
orang lain pengalamannya lain penerimaannya. Kena tahu apa yang bakal pembeli
suka atau benci, boleh terima atau tidak presentasi kita dan ketahui dengan
lebih jelas lagi tentang sasaran leads yang diperlukan. Perhatikan sama di mana
kekuatan dan kelemahannya agar mudah untuk kita pergunakan nanti ketika menjual.
iii.
Per mudahkan setiap tawaran
Tiada
siapa yang suka untuk di susah dan disukarkan. Setiap kali melakukan tawaran
pastikan tawaran yang dikemukakan tidak menyukarkan dan menyusahkan bakal
pembeli atau pelanggan yang ditemui. Tunjukkan penyelesaian dan apa yang boleh
produk yang ditawarkan dapat membantu dan menolong mereka. Tarik perhatian
mereka baru menjadi.
iv.
Jangan mudah membuat rumusan
Belum
apa-apa lagi telah kita berikan satu solusi kepada bakal pembeli atau pelanggan
kita. Mana boleh macam ini. Dikhuatiri nanti bila mereka dah setuju nak perbetulkan
semula tak boleh dah, buruk siku namanya itu dan boleh menjejaskan imej kita di
mata mereka. Ambil sikap dan tindakan berhati-hati dari memberikan pelbagai
andaian dan rumusan yang bukan-bukan.
v.
Percaya dan yakin dengan produk yang dijual
Penting
untuk dilakukan sebelum tawaran dikemukakan pada siapa pun jua. Nak bagi mereka
percaya dengan produk kita terpaksa kita yang terlebih dahulu percaya dan yakin
pada produk kita sendiri. Takkan nak suruh orang lain percaya dulu baru kita
nak terhegeh-hegeh percaya dan yakin. Tak jadilah jawabnya hendak menjual kalau
keyakinan kita terhadap tawaran sendiri tidak begitu diyakini.
vi.
Tahu bezakan peluang dan harapan
Mesti
ada tanda-tanda tidak kiralah dari bahasa badan, memek muka, pergerakan mata,
posisi tangan semuanya telah ditunjukkan terlebih dahulu di hadapan kita sama
ada mereka akan memberi peluang atau tidak. Kenal pasti segera kerana telah
sedia maklum semua orang pasti tidak sama kehendak dan kemahuannya. Jangan pula
buang masa asyik perhatikan tanda-tanda di atas sehingga jualan pula sukar
untuk di lakukan.
vii.
Tahu bezakan kejayaan atau kegagalan
Mendapatkan
penutupan jualan bermakna satu kejayaan telah diperoleh. Gagal apabila
penutupan jualan masih tidak ke mana-mana sehingga ada bertemu dengan bakal pembeli
atau pelanggan yang sama sehingga 4 kali, itu pun penutupan jualan masih gagal
lagi berlaku. Habis buang masa, tenaga dan wang ringgit hanya di sebabkan
kegagalan kita masih tidak tahu untuk mendapatkan kejayaan atau kegagalan.
Jadikan satu iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku
dan terjadi. Muhasabah sentiasa agar kita tahu akan apa sebenarnya kita patut
dan perlu lakukan dari awal lagi tidak kira bagaimana ragam dan tabiat yang
telah di tunjukkan. Kerana itu setiap cabaran dan dugaan kena ada ketabahan,
kesabaran dan ketenangan untuk menghadapinya. Jangan main sama sahaja caranya
kerana sudah pasti hasilnya nanti tidak ke mana. Lakukan dengan sebaik yang
mungkin agar keputusan akhir yang dimahukan berjaya cukup di kecapi setiap kali
bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui setiap kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan