Jangan
berikan alasan yang kita terlalu sibuk melakukan jualan sehingga kita buat-buat
lupa atau terlupa sungguh akan apa yang patut kita lakukan. Inilah yang
merisaukan dan cukup memberikan impak negatif kepada karier kita ketika sedang
sibuk dengan tugasan jualan. Bak kata pepatah seperti menjirus air di daun
keladi, masuk telinga kanan keluar pula di telinga kiri. Kita pasti akan di
anggap begitu kurang ajar, tidak berminat melakukan jualan atau berkelakuan
tidak baik di hadapan sesiapapun yang bertemu dengan kita. Elakkan diri kita
dari di label, di cop atau dikenali dengan sikap dan sifat yang sedemikian. Alangkah
ruginya jika perkara sebegini boleh berlaku dan terjadi pada diri kita.
Apa
yang dimaksudkan dengan perkara ini adalah
i.
Berkali-kali pelanggan mahukan sesuatu dari kita seperti mana
yang dijanjikan tetapi janji hanya tinggal janji sahaja yang pasti sampai
bila-bila tidak di tunaikan.
ii.
Pelbagai arahan telah diterima untuk kita melakukan
jualan tapi masih ikut apa yang kita ingin dan mahukan dilakukan mengikut
adunan dan acuan kita sendiri sahaja. Keras hati dan buat tak tahu sahaja merasakan
arahan yang diterima tidak betul dan boleh memusnahkan karier kita dalam melakukan
jualan.
iii.
Ilmu telah diperoleh tapi malangnya pelaksanaan masih
ditakuk lama. Puas menyalahkan bakal pembeli atau pelanggan kenapa penutupan
jualan sukar diperoleh tapi sebenarnya skil atau cara kita melakukan jualan
tidak diperkembangkan dan masih tahap yang sama sahaja.
iv.
Berbuih-buih teguran diberi dan diluahkan tapi malangnya
kita masih menganggap apa yang kita terima tidak penting dan bukannya
menjejaskan pendapatan kita. Kita layan ego dan bongkak diri kita tanpa memikirkan
hati dan perasaan orang lain.
v.
Merasakan apa yang kita lakukan telah mencapai
kesempurnaan sehinggakan jualan kita telah jatuh pun tidak kita sedari.
vi.
Beria-ia bermuhasabah setiap hari tapi malangnya segala
kesilapan dan kesalahan yang telah diketahui dan dikesan masih tetap dilakukan
berulang kali.
vii.
Mengeluh, tidak puas
hati dan mudah merasa kecewa mencari alasan walaupun kita ketahui kesilapan dan
kesalahan itu datang dari diri kita sendiri. Lebih baik menyalahkan orang lain
dari kita menyalahkan diri kita sendiri.
Berubahlah
segera dan jangan sama sekali dibiarkan begitu sahaja. Kenapa perlu kita
berkeras pertahankan perkara-perkara yang tiada mempunyai sesuatu kebaikan dan
keuntungan buat diri kita. Jangan di pertahankan tapi diperbetulkan. Tidak
jatuh maruah andai kata kita dengan hati yang terbuka dan minda yang bersangka
positif menerimanya dengan baik sama sekali. Mungkin ada teguran yang diterima
boleh menyebabkan hati kita mudah terbakar dan naik angin dibuatnya tapi kena
fikirkan semula rasionalnya dan positifnya kenapa berlakunya sedemikian.
Perkara yang mendatangkan kebaikan dan menguntungkan kita apa salahnya kita
terima dengan baik dengan hati yang terbuka. Ingatlah sesuatu yang berlaku itu
sudah pasti ada hikmatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan