‘Orang tidak akan
mudah untuk percaya apa yang kita perkatakan kepada mereka. Jarang sangat
hendak percaya akan apa yang kita tunjukkan. Mereka lebih mudah percaya dan
yakin apa yang rakan-rakan dikenalinya perkatakan kepada mereka. Lagi di risaukan
mereka sentiasa percaya apa yang mereka katakan sendiri’.'
Inilah ungkapan yang perlu
kita terima dengan hati yang terbuka apabila melakukan jualan. Bukan mudah
untuk mempengaruhi seseorang dengan orang yang kita hubungi mahupun yang
berhadapan dengan kita. Inilah cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh dengan sebaik
mungkin. Jangan mudah mengalah dan merasa begitu cepat putus asa. Mesti ada
jalan dan kaedahnya bagaimana kepercayaan mutlak mereka ditukarkan kepada
keyakinan terhadap kita pula.
Hebatnya hebahan mulut. Penyampaian
hebahan dari mulut ke mulut jangan dinafikan peranannya. Begitu besar impaknya
kepada dunia jualan kita. Orang akan lebih mudah percaya akan apa yang telah
dilalui dari pengalaman seseorang. Kalau baik syukur alhamdulillah. Pasti kesannya
akan kita terima dengan begitu baik sekali. Kalau buruk masya-Allah lah
jawapannya yang bakal kita peroleh pula. Ambillah tindakan berhati-hati dan
berwaspada sentiasa agar setiap orang yang menjadi pelanggan kita sudah pasti
akan menyampaikannya kepada siapa pun juga kenalan dan sahabatnya betapa baik,
bagus dan hebatnya produk yang ditawarkan kepada dirinya.
Sabda Rasulullah mafhumnya
"Hendaklah kamu selalu berbuat jujur, sebab kejujuran membimbing ke
arah kebajikan, dan kebajikan membimbing ke arah syurga. Tiada henti-hentinya
seseorang berbuat jujur dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kejujuran
sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang jujur. Dan hindarilah
perbuatan dusta. Sebab dusta membimbing ke arah kejahatan. Dan kejahatan
membimbing ke arah neraka. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat dusta dan
bersungguh-sungguh dalam melakukan dusta sehingga dia ditulis di sisi Allah
sebagai seorang pendusta." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bertindak jujurlah dengan siapa
pun juga yang kita temui. Jauhi sama sekali untuk menipu dan mengambil
kesempatan ke atas mereka. Setiap kebaikan yang kita lakukan sudah pasti akan
dibalas dengan apa kebaikan atas usaha kita sendiri. Jangan dinafikan hak Allah
atas segala perbuatan yang kita lakukan di dunia ini. Hanya dengan kejujuran
sahaja yang dapat memecahkan kepercayaan mereka pada yang lain ditukarkan
kepada kita pula. Bukan tugasan mudah tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Yakin
dan percaya apa yang kita lakukan agar setiap orang yang kita lakukan jualan
dengan mudah begitu yakin juga dengan apa yang kita perkatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan