Semua tawaran yang dikemukakan bergantung kepada
kesediaan pembeli atau pelanggan kita. Pemutus kata akhir semuanya bergantung
yang amat sangat keputusannya dari mereka sama ada penutupan jualan berjaya
atau tidak diterima atau sebaliknya. Jangan mudah mendabik dada merasakan apa
juga persembahan dan presentasi yang dilakukan terhadap mereka sewenang-wenang
akan diterima membabi buta begitu sahaja. Mesti ada penilaian dari mereka
sendiri menentukan sama ada untuk menerima ataupun tidak.
Sikap mereka akan lebih banyak membantu memberikan kata
putus. Majoriti pembeli akan menerima produk yang ditawarkan secara majoritinya
kerana yakin dengan apa yang dipersembahkan dan diberi penerangan yang baik
kepada mereka. Semuanya terlalu berkait rapat dengan bagaimana kita sampaikan
kepada kita penuh keyakinan dan sangat membantu mereka. Sikap mereka boleh
dikenal pasti secara mudah dengan mereka menzahirkan bagaimana mereka begitu
mengenali diri kita, tahu apa yang dilakukan oleh kita dan yakin serta percaya
atas keupayaan kita. Inilah yang perlu dilakukan agar pembeli atau pelanggan
boleh menilai sama ada boleh atau tidak untuk menerimanya apa yang telah dipersembahkan
kepada mereka.
Masalah yang timbul, pembeli atau pelanggan sudah pasti
tidak akan berganjak dari pendirian mereka untuk tidak membeli atau menerima tawaran
yang ditawarkan andai kata berlaku seperti berikut
i.
Tidak pernah bersua
Hanya
kerana kita ini orang baru yang tidak dikenalinya. Kebiasaannya bakal pembeli
atau pelanggan mahu berurusan dengan orang yang telah mereka kenali sahaja
hanya kerana tujuan utama mereka tidak mahu sewenang-wenangnya mudah ditipu
orang. Cukup setia dengan apa yang ada sehingga orang lain atau yang baru untuk
masuk menemui dirinya tidak seberapa mahu dilayannya. Jalinkan perhubungan yang
baik terlebih dahulu agar semakin mudah untuk kita melakukan jualan. Tanamkan
keyakinan mereka terhadap kehadiran diri kita terlebih dahulu.
ii.
Berurusan dengan pesaing
Katalah
apa juga walaupun pelbagai bukti diberikan yang produk kita sememangnya hebat
mengatasi pesaing tawarkan. Tapi hanya kerana telah lama dan percaya pada
pesaing yang mengendalikan mereka secara mudah pada dirinya dirasakan amat mempercayainya.
Secara mentah akan ditolak begitu sahaja pada kehadiran dan tawaran kita. Tidak
mahu berfikir panjang dan nampak agak merumitkan masih tetap setia pada pesaing
kita lagi.
iii. Tidak
wujud tolak ansur
Langsung
peluang tidak diberikan. Asyik dirinya sahaja yang betul dan benar langsung tak
mahu menerima apa yang kita maklumkan, ceritakan dan persembahkan. Benar-benar
menguji kesabaran kita mencari ruang yang mampu untuk disampaikan apa kehebatan
dan kelebihan yang ada pada produk kita. Satu cabaran dan ujian yang perlu
ditempuh memandangkan sesi pertemuan telah diaturkan. Kena ada kreativiti tonjolkan
segala kelebihan dan manfaat yang bakal mereka terima nanti perlu dimaklumkan dengan
sebaik yang termampu.
iv. Tidak
mahu mendengar apa yang diperkatakan
Bertemu
sebentar langsung tak mahu mendengarnya tujuan kehadiran diri kita. Lagi susah
dan sukar untuk berurusan dengan bakal pembeli atau pelanggan yang sebegini.
Seolah-olah diri kita dipermainkan disebabkan setuju untuk bertemu tapi
langsung tidak mahu mendengarnya. Adakah ini yang kita cari-carikan selama ini?
v.
Tidak fokus
Fikiran
yang mudah melayang-layang entah ke mana. Langsung tidak fokus dan mengerti apa
yang diperkatakan kepada dirinya. Sekejap dirasakan ok sekejap lagi minta
diulang-ulang sehingga kering tekak dibuatnya. Susah nak beri kefahaman orang
yang sebegini. Adakah ini semula jadi perangainya dengan sengaja dibuat-buat
atau masa pertemuan tidak bersesuaian? Hanya Allah sahaja yang mengetahui
maksud yang tersirat dalam pemikiran bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui
sebegini.
vi. Merasakan
produk yang ditawarkan tidak membantu banyak pada dirinya
Beria-ria
dan bersungguh-sungguh memaklumkan kepada mereka tapi malangnya bakal pembeli
atau pelanggan merasakan apa yang kita tawarkan sebenarnya tidak mendatangkan
minat atau produk yang ditawarkan sebenarnya tidak dapat membantu banyak pada
dirinya. Ini yang dikhuatiri dan dirisaukan kerana pada asalnya mereka mungkin
berminat tapi pada penghujung terpaksa pula kita kehilangan penutupan jualan begitu
sahaja. Berikan penerangan sebaik yang mungkin dan dengar betul-betul apa
sebenarnya masalah yang mereka tanggung selama ini.
Inilah yang perlu kita jaga dan awasi
sentiasa agar tidak sama sekali kita terlepas begitu sahaja. Jangan pandang
sebelah mata nanti kerana pandangan sebelah matalah sampai bila-bila kegagalan mendapatkan
penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki selama ini tidak tercapai.
Gagalnya kita hanya kerana semata-mata bakal pembeli atau pelanggan tidak
menyedari kehadiran kita walaupun telah lama diri kita tercegat di hadapannya.
Ketahui juga ragam dan kehendak mereka agar penutupan jualan paling tidak pun
hadir bersama kita pada kemudian tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan