Melakukan tugasan jualan sememangnya terdapat banyak
cabaran dan dugaannya sama sekali. Tidak boleh dinafikan tapi bukannya satu
alasan yang terbaik untuk diberikan kalau jualan masih gagal untuk dilakukan.
Memang tidak dinafikan bahawa motif utama adalah mendapatkan keuntungan pada
diri kita sendiri bukan setakat menjaga periuk nasi tapi ingin juga merasa
hidup serba senang dengan kemewahan yang boleh di kecapi. Itu pun setalah kita
berhempas pulas menghulurkan segala bantuan dan pertolongan yang diperlukan
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan menerusi
produk-produk yang ditawarkan.
Itu baru ganjaran dunia. Kalau diiringi niat yang betul
dan melakukan jualan mengikut kehendak syariah sudah pasti terdapat satu lagi
ganjaran untuk kita yang pasti boleh kita peroleh untuk dunia yang satu lagi.
Maklumlah hidup ini dua kali hanya mati sahaja sekali seumur hidup. Kerana itu
lakukanlah bukan setakat untung di dunia sahaja tetapi juga memperoleh
keuntungan di akhirat sama sekali. Kalau betul kita lakukan mengikut syariat pasti
tak perlu tunggu lagi di akhirat menjelma, di dunia pun telah Allah berikan
pada kita sebagai tanda Allah benar-benar sayang kepada kita.
Di
petik dan di ambil dari FB
Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff, ustaz mengatakan bahawa terdapat 10
TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA ketika kita masih lagi di dunia ini iaitu
1.
Menjadi pentadbir yang semakin baik.
2.
Menjadi seorang yang penyayang dan disayangi.
3.
Menjadi seorang yang berakhlak mulia.
4.
Diuji dengan kesusahan.
5.
Diuji dengan kesenangan.
6.
Dimatikan dalam keadaan yang baik dan dihormati.
7.
Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan
malam.
8.
Menjadi seorang yang penyabar.
9.
Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
10.
Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.
Jangan mudah berputus asa. Segala yang berlaku pasti ada
hikmah nya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Firman Allah bermaksud ‘Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji
Allah adalah benar’ (Surah Al-Mukmin Ayat 77). Lakukan dengan sebaik mungkin mencari
keuntungan bukan sahaja di dunia sahaja tetapi juga untuk akhirat sama sekali.
Bersiap sedia sentiasa dan jangan sama sekali kita melupakan Allah setelah apa
juga yang kita mahukan dan idamkan telah kita peroleh di dunia ini. Hanya pada
Allah tempat kita memohon dan hanya pada Allah tempat kita berlindung
segala-galanya. Lakukanlah apa yang dituntut oleh Allah dan berdoalah agar
Allah sentiasa sudi untuk membantu dan menolong diri kita walaupun apa yang
berlaku. Sabda Rasulullah SAW ’Barang siapa berbuat baik kepada mu, balaslah dia dengan
kebaikan dan kebajikan. Jika engkau tidak mampu, berdoalah untuknya’ (Hadis Riwayat Baihaqi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan