Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 18 September 2013

KENAPA TERBURU-BURU




Sering kali melakukan jualan tanpa kita sedari telah melakukan dengan cepat dan segera kononnya untuk mendapatkan bakal pembeli atau pelanggan yang lain pula. Semuanya kita lakukan amat cepat dan pantas dengan harapan orang yang berada di hadapan kita akan menerima tawaran yang dikemukakan. Tak perlu beri peluang untuk mereka berfikir panjang memberikan keputusan tetapi cukuplah pengesahan dari mereka menerima tawaran. Kalau boleh nak lakukan seminit dua sahaja apabila peluang bertemu bakal pembeli atau pelanggan berada di hadapan kita. Adakah perbuatan seperti ini perlu kita laksanakan?

Punya nak cepat dapatkan penutupan jualan, perkara yang sepatutnya dilakukan jualan terlebih dahulu telah kita abaikan. Hanya kerana nak cepat kita lupakan apa yang telah kita pelajari selama ini. Kena ingat sebelum  mendapatkan penutupan jualan apabila dalam pertemuan bersama mereka perkara-perkara sebegini perlu dilaksanakan iaitu dari temu janji yang ditetapkan kepada presentasi dan pembentangan maklumat produk terlebih dahulu. Selepas itu barulah perundingan boleh dilaksanakan. Dalam masa perundingan inilah penutupan jualan boleh terus dilakukan secara berhemah dan bersopan. Bukannya terus nak dapatkan penutupan jualan secara terus-menerus atau membabi buta sahaja.

Melakukan jualan bukannya seperti berlumba dalam litar F1 di Sepang atau menyertai perlumbaan basikal ‘Le Tour De Langkawi’. Kena ada seni dan skil yang diperlukan bagi tujuan mengenal pasti apa yang dimahukan,  tarik minatnya terlebih dahulu, bandingkan dengan pesaing yang ada dan beri kefahaman yang sewajarnya tentang segala kelebihan dan kebaikan produk yang ditawarkan. Mungkin proses yang dinyatakan ini boleh berlaku dengan segera tapi semuanya bergantung kepada

i.             Kefahaman individu menerima penjelasan kita

ii.           Sememangnya telah berminat dengan produk kita hanya menunggu persetujuan sahaja

iii.          Kesudian  dan kesediaan untuk menerima tawaran yang telah dinyatakan

iv.          Kebolehan kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka

Tak kiralah sama ada mencari atau dicari oleh bakal pembeli atau pelanggan kena lakukan secara langkah demi langkah agar tiada bantahan, bangkangan atau aduan yang boleh diterima di kemudian hari. Seperti kita mengambil ubat di klinik atau farmasi sudah tentu penerangan bagaimana pengambilan ubat berapa kali sehari mesti dimaklumkan walaupun sebenarnya kita telah mengetahuinya terlebih dahulu. Elakkan dari terburu-buru dalam melakukan jualan. Kesannya nanti pasti akan berbalik kepada kita semula kerana mereka akan menganggap apa yang kita lakukan langsung tidak menghormati pada mereka. Ambil tindakan bijak agar melakukan jualan secara langkah demi langkah dan bukan sebaliknya. Muhasabah semula agar perkara seperti begini tidak berlaku kepada kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan