Sebagai seorang ketua dalam Tim Jualan salah satu tugas utama memimpin tim
tersebut adalah sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada ahli-ahli dalam
tim jualan tersebut. Tak boleh mengharapkan ahli-ahli dalam tim jualan tersebut
sentiasa bersemangat untuk melakukan jualan dengan sendirinya. Bergerak dalam satu
pasukan pasti memerlukan seseorang bagi menjamin ahli-ahli dalam tim jualan
tersebut mempunyai semangat dan dorongan yang tinggi. Sentiasa bermotivasi dan
bersungguh untuk melakukannya amat dituntut sama sekali.
Kerana itu sebagai ketua sesebuah tim jualan kreativiti amat diperlukan.
Sentiasa memastikan mereka semua boleh melakukannya tanpa mengira apa juga
cabaran dan dugaan yang timbul untuk dihadapi. Tanpa mendorong dan memberikan
kata-kata semangat kepada mereka bagaimana nanti mereka mampu untuk bergerak
sebagai sebuah kumpulan tim jualan yang dimahukan. Inilah tanggungjawab yang
perlu dipikul oleh ketua dalam tim jualan tersebut.
Mungkin perkataan-perkataan HEBAT seperti di bawah ini boleh dipergunakan
bagi merangsang keupayaan mereka melakukan jualan dengan lebih cekal dan tabah.
Antara perkataan-perkataan tersebut adalah
i.
Fokus
ii.
Sasaran
iii.
Kerjasama
iv.
Keyakinan
v.
Ganjaran, imbuhan dan komisen
vi.
Oportuniti
vii.
Maruah
viii. Kejayaan
ix.
Kreatif
Sentiasa berikan mereka dorongan dan penaik semangat setiap masa. Mereka
bertugas bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk tim jualan yang
disertai. Semakin bersemangat mereka melakukan jualan semakin sasaran kita
boleh dihampiri dengan cepat dan senang. Bukan untuk pergunakan diri mereka
tapi kebaikan pada kedua-dua belah pihak. Jangan memujuk tapi beri kata-kata
semangat agar mereka bekerja dengan penuh kerelaan hati dan perasaan. Pasti
keputusan yang ingin kita peroleh akan didapati dengan penuh keseronokan dan
kegembiraan oleh semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan