Tidak
kira dalam apa keadaan sekalipun apabila sama ada berhubung atau bertemu dengan
bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti pelbagai maklum balas yang akan diterima
secara spontan dari mulut mereka. Adakah kita telah bersedia menerima maklum
balas yang di nyatakan? Kalau yang baik syukur alhamdulillah tapi bagaimana
kalau sebaliknya? Inilah yang perlu kita lakukan sebagai persediaan kita
mengambil langkah yang berjaga-jaga dan berwaspada selalu. Jangan sama sekali
menganggap semua maklum balas yang diterima mempunyai satu jawapan sahaja.
Fikirkan sebaik-baiknya agar persiapan rapi boleh kita pergunakan bagi
menghadapi maklum balas yang negatif dari mereka.
Berikut
adalah maklum balas yang sering kali kita temui. Senarai maklum balas ini
diberikan agar setiap kali kita melakukan jualan sekurang-kurangnya kita tidak
mudah merasa terkejut atau terkedu dengan apa yang kita peroleh. Bertenang dan
bersabar sentiasa agar sentiasa mencari alternatif terbaik bagi mengatasi apa
juga maklum balas awal dari mereka. Antara maklum balas-maklum balas yang
dimaksudkan ini adalah
i.
Ya
ii.
Tidak
iii.
Mungkin
iv.
Tak tahu pun
v.
Peduli apa
vi.
Jangan nak bercakap lagi
vii.
No komen
viii. Lain kalilah
ix.
Baru sahaja ambil dari orang lain
x.
Kena beli ke?
xi.
Dah melambak dah orang datang
xii.
Betul ke ni?
xiii. Boleh percaya ke?
Kalau
jawapannya ‘ya’ sememangnya menyeronokkan tapi bagaimana yang lain? Pasti akan merencatkan
sedikit tindakan kita untuk melakukan jualan. Inilah cabaran dan dugaan yang harus
kita terima terlebih dahulu sebelum kita hulurkan sebarang bantuan dan pertolongan
buat mereka. Tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan dengan berusaha dengan bersungguh
dan kegigihan yang ada. Berikan penerangan kepada mereka dengan penerangan yang
jelas, ringkas dan padat agar mudah bagi mereka memahami apa yang ingin kita tawarkan.
Ambil perhatian mereka agar lebih mudah lagi melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan