Berani untuk lakukan bukannya berani untuk bercakap sahaja. Menceburi
bidang jualan memerlukan satu keazaman untuk melakukan bagi menghasilkan
keputusan seperti mana yang dikehendaki.
Hati kena tabah dan kering untuk melakukannya. Jangan mudah patah
semangat dan putus asa dengan cepat. Ini yang sepatutnya kita lakukan. Tiada
siapa yang mahukan kegagalan apatah lagi kekecewaan dalam melakukan jualan.
Walaupun cukup bersemangat dan bermotivasi untuk melakukannya namun masih
terdapat masalah yang perlu untuk diselesaikan dengan segera. Terdapat tiga
masalah yang ada dalam diri kita yang perlu diperbetulkan semula agar tidak
mudah mempengaruhi cara kerja dan tugasan dalam melakukan jualan. Apabila gagal
sahaja melakukan jualan, hati kita akan mudah merungut dan bersungut merasakan
segala kesilapan dan kesalahan kita dalam melakukan jualan bukannya datang dari
diri kita sendiri. Sebaliknya apa yang berlaku adalah kita cukup pandai
menyusun kata-kata mencari salah dan silapnya pada yang lain pula. Habis
semuanya dipersalahkan seolah-olah segala kegagalan jualan bukannya berpunca
dari diri kita sendiri.
Inilah yang perlu diperbetulkan dengan cepat dan segera. Kena sedar apa
yang kita lakukan dan elakkan untuk kita sering bersungut dan menyalahkan apa
yang sebenarnya tidak perlu dilakukan. Elakkan perkara-perkara yang negatif ini
berlaku dan terjadi kerana ini akan membolehkan kita akan semakin sukar
melakukan jualan mencapai sebanyak yang termampu mendapatkan penutupan jualan.
Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan dari kita melakukannya adalah
I.
Jangan beri alasan dan menyalahkan
Apabila
kita gagal mendapatkan temu janji atau penutupan jualan seperti mana yang
disasarkan jangan sama sekali beri alasan dan menyalahkan pihak lain tentang
kegagalan kita. Belajar untuk menerima kegagalan tersebut dengan hati yang
terbuka. Bedah siasat di mana silap dan salahnya agar di masa hadapan perkara
sebegini tidak berlaku lagi. Jangan lari dari masalah yang dihadapi tapi
hadapilah dengan sabar dan tenang. Mungkin kita mampu untuk memberikan alasan
dan ulasan serta menyalahkan pihak ketiga tapi berapa lama yang mampu kita
lakukan. Adakah selama-lamanya?
II. Jangan salahkan
produk
Apa juga
produk yang ingin kita tawarkan kepada orang lain kena pastikan kita terlebih
dahulu kena kenali dan fahami segala kelebihan, kehebatan dan keunggulan yang
ada pada produk tersebut. Segala ciri-cirinya juga elok di per dalamkan
pengetahuannya. Pengetahuan produk sangat penting. Cintai produk yang ingin
kita tawarkan sebelum orang lain boleh memberikan cintanya kepada produk kita.
Kalau dirasakan produk yang ingin ditawarkan tidak elok eloklah kita terlebih
dahulu mengundur diri dan jangan libatkan kepala jadi berserabut jadinya. Ambil
tindakan ketahui secara mendalam tentang produk yang ditawarkan agar jika
terdapat segala bangkangan dan bantahan perniagaan kita sudah pasti dapat
mengatasinya dengan cara yang baik sama sekali.
III. Jangan salahkan
pasaran
Kenali dan
ketahui pasaran yang ada. Siapa bakal pembeli atau pelanggan kita kena ambil
tahu. Tidak guna kalau kita salahkan pasaran tapi pada keadaan sekeliling
langsung tidak kita ketahui di mana untuk melakukan tawaran yang terbaik. Ambil
tahu dan kena peka keadaan sekeliling kerana semua ini akan membantu kita semula.
Menyalahkan pasaran bermakna kita menyalahkan diri kita kerana kegagalan kita
untuk mengenal pasti yang mana satu sasaran sebenar kita.
Ambil tindakan bijak dan bukannya menyelamatkan diri dengan memberikan
pelbagai alasan. Sekali dua mungkin orang boleh menerimanya tapi bagaimana
kalau dah terlalu kerap sangat memberi alasan. Sukar untuk mendapatkan
kepercayaan orang kalau terlalu kerap kita sebegini. Elakkan dan jauhinya sama
sekali. Berkawan dengan orang yang berjaya dan positif pemikirannya agar pemikiran
kita menjadi seperti mereka. Nak berjaya kena tiada apa alasan yang perlu
diberikan melainkan untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dan gigih
melakukannya. Bila dah lakukan barulah kita tahu apa cara dan kaedah terbaik
bagi mendapatkan kejayaan yang sepatutnya kita lakukan. Hidup ini bukan untuk mengundur ke belakang
namun sentiasa bergerak ke hadapan, jika ada halangan, rungkaikan dengan lemah
lembut pasti akan ada penyelesaian yang lebih matang, lemah lembut dalam
tindakkan itu akan mencapai tujuan dengan penuh kebijaksanaan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan