Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 15 September 2013

KAD PERNIAGAAN WAKIL PERIBADI DIRI KITA






Antara pengenalan diri yang masih diguna pakai lagi sehingga kini. Pentingnya kad perniagaan sebagai satu tanda bukan setakat orang mengetahui kita tetapi juga sekurang-kurangnya mereka yang menerima kad perniagaan kita mendapat pemberitahuan awal apa produk yang mahu kita tawarkan kepada mereka. Sememangnya satu trend untuk orang yang berniaga mempunyai kad perniagaan bersamanya. Walaupun ia nya adalah sekeping kad yang kecil sahaja ukurannya namun cukup memberi signifikan kepada tugasan jualan dalam setiap hari.

Pergunakan sebaik mungkin dan persembahkan dalam keadaan yang boleh menarik minat orang ramai dan bukannya main cincai sahaja sesuka hati, janji ada kad perniagaan dikira sudah memadai. Lakukan dengan kreatif persembahkan dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang makan gaji bertugas dengan syarikat-syarikat atau organisasi perniagaan yang besar tidak mengapa kerana kad perniagaan sebegini telah ditetapkan oleh mereka bagi menjaga imej yang telah ditetapkan. Tapi bagi mereka yang menjalankan perniagaan sendiri perlu mempunyai kad perniagaan yang memerlukan sesuatu yang boleh memberikan impak yang cukup baik kepada bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui.

Ambillah tindakan bijak dan berikan yang terbaik dengan memastikan

i.             Latar belakang kad yang menjelaskan dengan ringkas tentang jenis perniagaan dan apa produk yang ditawarkan asalkan tidak berjela panjangnya

ii.           Reka bentuk yang bersesuaian dan mampu menarik perhatian orang yang menerimanya

iii.          Kandungan yang agak ringkas merangkumi bagaimana mereka boleh menghubungi kita seperti secara talian telefon, alamat e-mel, laman sesawang perniagaan, alamat tapak perniagaan dan sebagainya

iv.          Mudah, jelas dan ringkas di utamakan

v.            Mudah pula di ingati dan di cari semula

vi.          Menggunakan cetakan yang berkualiti walaupun menggunakan konsep ‘Do it yourself’ diperkenalkan di masa kini tanpa tempahan.

vii.        Jangan kedekut dan berkira untuk memberi taburan kad perniagaan kepada siapa pun juga yang ditemui 

Nampak mudah dan senang tapi jangan dipandang mudah. Lakukan dengan berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga kerana ini melibatkan maruah diri dan perniagaan. Tak tahu nak lakukan lihat contoh-contoh kad-kad perniagaan orang lain atau cari mereka yang mahir melakukan reka bentuk kad perniagaan bersesuaian dengan apa yang ingin kita tawarkan. Melaburlah sedikit kerana sedikit sebanyak ia pasti memberikan pulangan yang baik untuk kita jua. Kad perniagaan melambangkan diri kita di mata bakal pembeli atau pelanggan. Jadi lakukanlah dengan sebaik yang mungkin agar tiada penyesalan diri berlaku dan terjadi di kemudian hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan