Bukan mudah mencari pelanggan. Bila dah peroleh kita dituntut untuk
menjaganya dengan lebih bersungguh dan penuh rasa tanggungjawab. Perlu disemai
dalam pemikiran agar setiap pelanggan yang ada kalau tidak dijaga dengan elok nanti
mudah sangat pelanggan tersebut lari ke tempat lain. Tidak kiralah membawa
hebahan mulut menceritakan yang tidak baik atau di masa hadapan hendak bertemu
dengan kita pun jadi tidak mahu dilakukannya. Semuanya bergantung bagaimana
tahap perkhidmatan yang kita berikan dan tawarkan kepada mereka. Pentingkan kita
melayan kehendak, tabiat dan perangai mereka.
Dalam menjaga perhubungan kepada pelanggan yang sedia ada ini beberapa
tindakan perlu dilakukan. Nanti kalau tidak dijaga dengan betul sudah tentu kita
juga yang akan kecewa. Kerana itu ada beberapa tindakan yang perlu kita lakukan
dengan betul dan telus kepada mereka iaitu
i.
Sentiasa
berkecuali
Nak
berkawan rapat dan menjalin jalinan perhubungan yang terbaik jangan sama sekali
terlibat dengan apa juga masalah yang mereka tanggung. Jangan nak tunjuk pandai.
Ketahui bahawa masalah mereka hanya mereka seorang sahaja tahu bagaimana untuk
diatasinya. Hadkan perhubungan kita atas dasar dan landasan perniagaan sahaja
tidak lebih daripada itu. Lebih baik berkecuali dari menunjuk pandai yang tidak
kena pada tempatnya.
ii.
Per
banyakkan mendengar
Pelanggan
yang memerlukan produk kita kebiasaannya lebih banyak bercakap dan berceloteh
tidak kira apa isu sekalipun. Jadilah seorang yang setia mendengarnya. Walaupun
perkara yang dimaklumkan amat membosankan dan terlalu boring untuk didengari. Sabar
itu separuh dari Iman. Bersabarlah dahulu pasti bantuan dari Allah pasti akan menjelma
juga.
iii.
Isu-isu
dan perkembangan politik masa kini
Banyak
yang diketahui, isu politik di negara kita amat sensitif untuk diperbincangkan.
Sebagai orang yang menjual elakkan diri kita menjadi hero. Andai kata ia nya menjadi
penyokong tegar pada satu-satu parti politik sokonglah secara berhemah. Ambil
sikap berkecuali dan lakukan sahaja secara senyap tanda sokongan kita pada
mana-mana parti politik. Mustahak berkecuali kerana apa juga tindakan kita
sudah pasti tidak memberikan kemarahan dan ketidakpercayaan kepada mereka. Puncanya
adalah kerana mereka memihak pada parti politik yang lain. Biarkan sahaja asalkan
boleh menjual itu sudah di kira cukup baik sama sekali.
iv.
Memohon
kemaafan
Apa juga
pertemuan sentiasa memohon kemaafan tidak kiralah kerana kehadiran kita,
kelewatan kita, mengganggu masanya dan sebagainya. Biarlah sentiasa bersikap
yang berhemah dan berhikmah. Dari kita
selalu tonjolkan sikap kurang ajar dan menyakitkan hati orang mereka. Orang
yang sentiasa merendah diri kebiasaannya orang suka untuk bergaul lebih rapat
lagi. Fikirkan balik bagaimana Rasulullah telah menunjukkan keperibadian baginda
dalam berinteraksi dengan siapa pun juga yang penuh dengan berhemah dan berhikmah.
v.
Nilai
keadaan yang ada
Sebaik-baik
tindakan dapatkan maklumat dan informasi tentang apa yang mereka lakukan dan
mahukan. Ambil berat, siasat rapi-rapi perolehan segala fakta dan bukan auta
yang sepatutnya. Ketahui dengan cara lebih kreativiti agar kita dapat
memberikan lagi kepercayaan kepada mereka tanpa rasa berbelah bagi dan kecewa.
vi.
Sekali
sekala beri kejutan
Apa
salahnya sekali sekala seperti menyambut ulang tahun perkahwinan, hari jadi, sambutan
hari raya, setahun menjadi pelanggan kita dan sebagainya kita anugerahkan
kepada mereka cenderamata atau hadiah. Setidak-tidaknya kad ucapan sudah
memadai sebagai tanda ingatan kita kepada mereka. Malas nak beli kad ucapan secara
SMS pun tidak mengapa. Janji mereka tahu kita ingat kepada mereka.
vii.
Jangan
abaikan aduan
Sebagai
manusia pasti tidak akan lekang dari aduan, komplen atau ketidakpuasan hati
baik pada produk yang telah digunakan, tahap perkhidmatan selepas jualan kita
atau promosi-promosi yang lain. Bila terima kita pasti ambil dengan hati yang
terbuka. Jangan mudah bermasam muka atau menunjukkan ketidakpuasan hati kita.
Layan sebaik-baiknya dan selesaikan dalam tempoh sesingkat yang termampu.
viii.
Sentiasa
berada dalam situasi pelanggan
Sentiasa
prihatin dan memahami apa yang mereka mahukan dan perlukan. Sentiasa berada
dalam situasi dan keadaan mereka agar kita tahu apa yang mereka tanggung dan
alami selama ini. Selagi tiada keprihatinan dan sensitiviti kita kepada mereka
selagi itulah kita akan gagal mendapatkan apa yang mereka mahukan.
Memang bukan mudah tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Jagalah mereka
dengan sebaik yang termampu kerana walaupun hanya seorang pelanggan nak
mendapatkannya bukan satu tugas yang mudah dan senang. Kerana itu bila dah ada
jagalah dengan betul-betul. Ambillah sedikit masa kita untuk ambil tahu atas
mereka pula. Wujudkan kesetiaan mereka terhadap kita agar bukan sahaja jualan
berulang boleh diperoleh tapi juga referral dan pengenal serta hebahan mulut
cukup mudah terjadi semuanya berpihak kepada kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan