Melakukan jualan bukanlah semudah yang dijangka. Menceburi dalam bidang apa
sekalipun pasti ada cabaran dan dugaannya yang perlu ditempuh. Bukan main
hentam sesuka hati menceburi hanya disebabkan tiada pekerjaan lain yang mampu
untuk dilaksanakan. Ada orang sanggup berpura-pura mengatakan minat yang amat
sangat melakukan jualan kerana untuk mendapatkan pekerjaan. Cukup pandai
bercakap dan memberi hujahnya semasa di temu duga. Tapi malangnya apabila
tugasan diberikan kepada nya pelbagai alasan dan ulasan pula yang diterima
mengatakan sukar, payah dan menyalahkan semua yang ada di sekelilingnya.
Sememangnya agak sukar mengenal pasti mereka yang berminat melakukan jualan
di peringkat awal tapi tidak mustahil boleh dikesan dari kelakuan dan tindak
tanduknya. Semuanya bermula dari tingkah laku seseorang sama ada berminat
ataupun berpura-pura. Manusia kalau sesuatu perkara yang dilakukan bukan atas
minatnya pasti akan ditunjukkannya juga tanpa beliau sedari. Antara
perkara-perkara yang ditunjukkannya adalah
i.
Tidak suka cabaran
Ambil
mudah langsung tak mahu lakukan yang susah-susah. Bila berhubung dengan bakal
pembeli atau pelanggan merasakan cukup sukar untuk dilakukan. Rasa malulah,
segan dan tak tahan leteran dari mereka. Seolah-olah melakukan jualan sesuatu
yang menyeksa. Berilah apa pun kepada mereka untuk melakukan jualan sudah pasti
penutupan jualan akan gagal dan tidak ke mana walaupun orang yang mereka temui
itu sememangnya telah berminat dengan produk yang ditawarkan.
ii.
Tidak suka arahan
Sudah
pasti setiap arahan yang diterima akan dielakkan sama sekali. Pelbagai alasan
dan ulasan diberikan merasakan apa yang dilakukan adalah terbaik tapi
sebenarnya hasil langsung tiada. Setakat minat untuk menyertainya tapi tidak
berminat untuk melakukannya buat apa. Betul-betul buang masa sahaja menyertainya.
Bercakap pandai tapi sebenarnya tidak ke mana. Sering mengatakan apa yang
dilakukan adalah betul dan yang tidak betulnya adalah mereka-mereka yang suka
memberi arahan dan memberi tekanan kepada dirinya.
iii.
Gagal mengesan oportuniti
Kalau
boleh nak kerja senang sahaja. Dapat orang suapkan ke mulutnya itulah yang
dimahukan. Langsung tak reti nak mencari dengan usaha sendiri. Setiap kali nak
lakukan tindakan menjual mengharapkan ada sahaja orang lain untuk membantu dan
menunjukkan caranya. Pelanggan yang berminat di depan mata langsung tidak
disedarinya tapi sibuk mencari pada bakal-bakal pembeli yang pasti tidak mahu
menerimanya.
iv.
Bukan seorang pemburu
Daya
mengesan sama ada boleh dilakukan jualan atau tidak pada seseorang perlu ada.
Jadilah seperti seseorang pemburu walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan
yang perlu ditempuhnya namun beliau pasti pulang dengan hasil buruannya. Kerana
itu ilmu amat diperlukan. Menuntutlah dari pelbagai sumber untuk per kemaskan
diri kita sendiri. Jangan main logik akal dan fikiran sahaja kerana pasti tanpa
ilmu ia nya tidak ke mana.
v.
Mudah mengeluh dan kecewa
Belum
melakukannya sudah memberikan pelbagai alasan dan ulasan tanpa mencubanya
dahulu. Apa yang diketahuinya adalah mengeluh dan kecewa tidak tentu hala. Itu
susah ini sukar habis semuanya menjadi pening kepala dibuatnya. Kalau tidak
berminat berhenti dari awal dan jangan menyusahkan orang lain. Dalam dunia ini
bukan kita seorang sahaja yang boleh melakukan jualan bodoh seperti ini kerana
mereka yang di luar sana masih ramai lagi untuk melakukan jualan kalau diberi
peluang dan kesempatan.
Elakkan dari membuang masa. Kalau bertugas hanya kerana desakan hidup
berubah segera kerana melakukan jualan bukannya boleh kemahiran tersebut
diwarisi atau didapati dari keluarga terdekat. Semuanya berpunca dari minat dan
kesungguhan. Terasa ada kelemahan belajar cari ilmu dari pelbagai sumber.
Jangan mudah terasa rendah diri tapi perbetulkan agar minat untuk melakukan
jualan tetap ada. Cari sesuatu yang boleh memberi motivasi dan dorongan kuat
kepada kita untuk ditukarkan dari membenci kepada berminat. Jangan lupa untuk
berdoa kepada Allah kerana Allah sentiasa membantu kepada siapa pun juga yang
memohon kepada Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan