Soalan yang diterima : ‘Ramai yang mengatakan kepada saya bagi memudahkan
jualan paling senang untuk mendapatkan jualan adalah melalui adik beradik,
kenalan dan sahabat yang rapat dengan kita untuk kita lakukan terlebih dahulu sebelum
menjual kepada orang lain. Masalahnya, saya telah pun melakukannya tapi
malangnya sehingga kini masih gagal dan terasa sukar pula untuk mendapatkan
penutupan jualan. Kerana itu saya lebih senang dan merasa mudah untuk melakukan
jualan pada orang yang saya tidak kenali dan mereka juga tidak mengenali saya.
Terasa bahawa teori yang kena menjual pada adik beradik, kenalan dan sahabat
yang rapat kepada kita macam tak betul sahaja’.
Maklum balas saya :
Petikan
dari buku ‘Tingkatkan Jualan Anda’ ms 31
menyatakan seperti berikut ‘Kita disarankan agar setiap kali mahu membuat jualan, mulakan dengan yang senang dahulu bagi mendapatkan keyakinan diri. Untuk
mendapatkan jualan yang senang, sasarkan kepada kenalan-kenalan kita sama ada
daripada keluarga kita, saudara-mara, sahabat handai ataupun jiran tetangga
kita. Berusaha dengan prospek yang
mengenali diri kita dahulu supaya kita mudah
membuat pembentangan tanpa merasa gugup, risau dan takut. Bila kita sudah yakin dan faham dengan mendalam
tentang produk yang ditawarkan, kita bolehlah
berhadapan dengan prospek lain selepas ini dengan yakin. Latihan demi latihan perlu sentiasa
dilakukan agar lebih cekap dan memudahkan lagi tindakan kita melakukan jualan’.
Inilah
sebab utamanya kenapa kita perlu menjual terlebih dahulu kepada orang-orang
yang rapat dengan kita. Sasaran utama bukanlah untuk mendapatkan penutupan
jualan terlebih dahulu dari mereka. Tapi sebenarnya adalah untuk membina
keyakinan diri mengatasi segala kerisauan, ketakutan, perasaan gugup dan panik
serta dapat memperdalamkan lagi kecekapan kita memberikan penerangan
tentang produk yang ingin ditawarkan.
Semakin banyak kita lakukan semakin kita faham tentang kefahaman produk yang
ingin kita tawarkan.
Hanya
dengan kenalan kita juga kita terus akan mendapat secara langsung
kritikan-kritikan dan bangkangan-bangkangan jualan tentang produk yang
ditawarkan. Mereka seolah-olah menjadi juri terhadap apa yang kita perkatakan.
Sekurang-kurangnya kita belajar dari kesilapan dan kesalahan atas teguran dan
kritikan yang membina terhadap kita agar apabila bersua nanti dengan bakal pembeli
atau pelanggan kita akan ketahui apa saranan terbaik kita untuk kita
sampaikan pula kepada mereka di luar sana.
Elakkan
dari mengharapkan mendapat penutupan jualan terlebih dahulu daripada mereka.
Lebih baik latih kan diri kita dahulu di hadapan mereka dari kita
melatih diri kita di hadapan bakal pembeli atau pelanggan. Fikirkan jika ada
kesilapan atau kesalahan yang berlaku di hadapan mereka bagaimana kita nak
perbetulkan semula? Ambil tindakan berwaspada dan berhati-hati itu lebih baik
dari kita melakukannya membabi buta. Sekurang-kurangnya apabila berhadapan
dengan orang yang mengenali kita dan rapat pula dengan kita sudah tentu segala
kesilapan dan kesalahan yang ada pada kita ketika itu boleh diperbetulkan
semula oleh mereka. Jangan mudah tersinggung dan bermasam muka atas teguran
yang diterima. Anggaplah apa yang kita lalui dari mereka sebagai satu
pembelajaran dan menambah pengalaman paling berguna buat diri dan karier kita
sendiri.
Tapi
andai kata penutupan jualan boleh kita peroleh hanya dengan kenalan kita
sahaja, banyakkan bersyukur ke hadrat Allah kerana di samping ingin mengetahui
kebolehan dan pengetahuan diri kita, sekurang-kurangnya skil melakukan jualan
boleh kita peroleh sama. Satu pengalaman yang baik yang boleh pula kita
pergunakan pada orang lain untuk melakukan jualan. Kesimpulannya, amat berguna
untuk kita kenapa jualan perlu dilakukan pada orang yang kita kenali hanya
kerana bagi mendapatkan
i.
Keyakinan diri melakukan jualan
ii.
Menambahkan lagi kefahaman kita tentang kefahaman produk
yang ingin ditawarkan
iii.
Mendapat teguran dan kritikan awal secara yang boleh
diterima dengan baik oleh kita
iv.
Tahu apa yang ingin kita sampaikan dan berikan kepada
bakal pembeli atau pelanggan
v.
Menjadi satu iktibar dan pengajaran paling berguna
sebelum bertemu orang lain
vi.
Menjadi satu dorongan dan penguat semangat dalam kita
melakukan jualan
Teruskan
usaha baik kita ini agar proses pembelajaran tidak berhenti begitu. Tidak kira
siapa pun juga yang penting setiap pengalaman yang dilalui dijadikan sebagai
satu kaedah pembelajaran yang perlu dipelajari dan dijadikan iktibar buat diri
kita sendiri. Berhadapanlah secara berhemah dan bersopan kerana setiap apa yang
kita lakukan kalau baik akan jadi baiklah keputusannya dan begitulah
sebaliknya.
Terima
kasih kepada Saudara Izman yang sudi bertanyakan soalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan