Salah
satu sikap yang sering diabaikan atau buat-buat terlupa apabila telah berjaya
atau mendapat sesuatu yang dikehendaki dan diingini sudah pasti akan membuatkan
diri kita mudah menjadi puas yang amat sangat. Sememangnya dalam melakukan
jualan kepuasan dalam melakukannya amat dinanti-nantikan. Bayangkanlah segala
penat lelah dan segala cabaran dan dugaan yang ditempuhi melakukan presentasi
dan penawaran yang sepatutnya, bakal pembeli atau pelanggan menerimanya dengan
hati yang terbuka dan penutupan jualan boleh didapati dengan jayanya.
Apabila
kejayaan dinikmati sudah pasti satu kepuasan lahir dengan sendirinya. Puasnya
hingga tidak terkata di buatnya. Puas kerana kita sendiri yang melakukannya
dengan segala usaha dan kegigihan yang sepatutnya. Inilah yang merisaukan hanya
kerana kepuasan kita mungkin akan melupakan sesuatu membuatkan kita lebih leka
dan alpa. Inilah yang perlu dielakkan dikhuatiri nanti hanya kerana satu
kepuasan akan menjadikan kita menjadi tinggi diri, berlagak dan ego. Elakkanlah
sama sekali. Apa yang dimaksudkan dengan puas yang membuatkan kita mudah lupa
dan alpa ini adalah apabila
i.
Stok dalam simpanan PIPELINE kita sentiasa penuh dan
mencukupi
ii.
Pendapatan dan perolehan komisen atau ganjaran dalam satu
bulan boleh diperoleh cukup makan sehingga tiga atau empat bulan membolehkan
untuk berehat sepanjang tempoh bulan tersebut
iii.
Tak perlu cari pelanggan baru, yang sedia adapun tak
habis makan
iv.
Ambil sahaja pelanggan orang lain punya senang kerja tak
payah susah-susah lagi nak mencari dan mendapatkannya
v.
Bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui kita cukup
tidak dihiraukan sama ada mereka mahu menerimanya ataupun tidak kerana
merasakan hilang seorang ada sepuluh orang lagi yang akan menjelma pula
vi.
Terlalu ekstrem merasakan kita seorang sahaja yang
terlalu hebat melakukan jualan
vii.
Orang-orang di sekeliling kita asyik memuji dan
mengatakan kita adalah seorang yang hebat dalam dunia jualan ini.
viii. Apabila bertutur dan
berkomunikasi walaupun sedikit sahaja, semua orang yang mendengarnya mudah
sangat percaya walaupun kita tahu kita hanya kelentong sahaja.
ix.
Tak kisah apa yang berlaku asalkan laku dan diterima oleh
pelanggan walaupun kita sendiri cukup ketahui bahawa apa yang kita sampaikan
bukan semuanya betul dan tepat.
x.
Kalau setakat mendapat untung seringgit dua baik tak
payah dilayan dan dibuat, eloklah cari produk yang memberikan pulangan yang
tinggi dan banyak
xi.
Pedulikan orang lain dan jangan ambil tahu, baik
pentingkan diri sendiri sahaja.
xii.
Dah dapat ilmu dan dipergunakan semua ilmu yang ada,
lupakan sahaja pada orang membantu dan mencurahkan ilmu pada kita.
Muhammad
Ali, bekas juara tinju dunia pernah berkata ‘Jangan berhenti. Baik sengsara
sekarang dan jalani kehidupan pada kemudiannya menjalani kehidupan sebagai
seorang juara’. Itulah yang sepatutnya kita lakukan dalam jualan juga. Biarlah
bersusah payah dalam melakukannya asalkan ada kesungguhan dan kegigihan dari
diri kita untuk melakukannya. Jangan mudah sangat merasa puas kerana itu juga
adalah satu ujian dan cabaran buat diri kita dari Allah. Ujian Allah ini
pelbagai bentuknya tidak kira dalam keadaan berjaya atau gagal. Semuanya kena
hadapi dengan hati yang terbuka, tenang, tabah dana cekal. Baik kita sentiasa
dalam keadaan berhati-hati dan berjaga-jaga dari melalui saat-saat kita mudah
lalai dan leka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan