Gagal
dalam melakukan jualan bukanlah sesuatu yang bergantung pada nasib atau sudah
menjadi suratan takdir. Perlu kah kita merasa kecewa dan rendah diri apabila
kegagalan telah kita tempuhi? Atau asyik menyalahkan diri betapa malangnya nasib
badan pada kali ini. Ini kah perkara yang patut kita lakukan bagi perbetulkan
semula keadaan yang telah dilalui? Inilah yang perlu diperbetulkan semula
kerana setiap kegagalan tersebut adalah satu CABARAN dan UJIAN yang perlu kita
tempuhi dengan tabah dan hati yang terbuka.
Terdapat
pelbagai langkah bagi mengatasi kegagalan yang dihadapi. Bukan setiap masa kita
boleh berada dalam keadaan mencapai kejayaan sahaja. Sedang air laut ada masa
pasang dan masa surutnya inikan pula manusia. Tindakan terbaik apabila gagal
hadir dalam ketika melakukan jualan perkara-perkara seperti berikut perlu kita
lakukan iaitu
i.
Berfikir semula
Lakukan Muhasabah
segera. Jangan tangguh jangan dibiarkan lama. Lakukan kajian dan penyebabnya di
mana silap dan salah kita sebagai tindakan kita di masa hadapan tidak sama
sekali diulangi lagi. Di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya. Kesanlah
dan hidu semula peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin agar usaha
pembetulan dapat dilakukan dengan segera dan cepat.
ii.
Semak sekali lagi
Semakan demi semakan
perlu dilakukan sentiasa. Kita bukan seorang manusia yang penuh dengan
kesempurnaan. Mesti ada cacat celanya. Ambillah tindakan yang terbaik agar
setiap apa yang kita lakukan perlu ada semakan. Ambillah sedikit masa lakukan
catatan atas apa juga kita lakukan, fahami dan ketahui agar apa juga kelemahan
dan kesukaran yang berlaku dapat kita atasi dengan sebaik yang mungkin.
iii.
Atasi setiap halangan
Hidup di dunia ini
sememangnya tetap ada halangannya yang perlu ditempuhi. Suka atau tidak sukar
atau senang hadapi dengan sebaik mungkin. Kerana itu kita perlu ada sikap
sabar, tenang, tabah dan cekal dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan
yang mendatang. Sekali kita berputus asa selagi itulah kita akan gagal buat
selama-lamanya.
iv.
Fahami kegagalan terlebih dahulu
Apa yang telah berlaku
dan terjadi terima dengan hati yang terbuka. Fahami dan kesanlah jalan
penyelesaiannya memberikan satu solusi sama ada boleh diperbaiki jika kegagalan
tersebut berpunca dari kita. Setiap orang yang kita temui sudah pasti pelbagai
ragam dan gaya boleh kita temui. Yang penting jangan mudah putus asa dan kecewa
perbaiki segera agar di masa hadapan sekurang-kurangnya jika berlaku dan
terjadi sekali lagi kita tahu bagaimana untuk mengatasinya.
v.
Mencintai pada produk yang di jual
Adakah kita benar-benar
mengetahui akan produk-produk yang kita tawarkan kepada bakal pembeli atau
pelanggan yang kita temui? Petua dalam jualan, sebelum menjual kena pastikan
yang kita benar-benar mencintai produk-produk tersebut dan lakukan jualannya
berdasarkan produk mana yang mudah dan laris untuk dijual terlebih dahulu. Per mudahkan
tugasan jualan kita agar jualan akan lebih mudah dilaksanakan.
vi.
Kesanggupan untuk melakukan pelaburan
Bukan nak suruh melabur
dalam emas, unit amanah, pembelian aset tetap dan sebagainya. Apa yang
dimaksudkan dengan pelaburan adalah bagaimana kita perlu memperuntukkan sedikit
wang ringgit kita bagi membeli beberapa buah buku yang berkaitan dengan bidang
yang diceburi, menghadiri seminar-seminar atau kursus yang berkaitan. Tambah ilmu
duit sendiri lebih banyak berkatnya dan ambil beratnya sama sekali.
vii.
Jujur pada diri sendiri
Takkan nak tipu diri sendiri kot.
Tipu diri sendiri bermakna dengan orang lain lagi kita mudah menipu. Belajar menjadi
seorang yang jujur agar setiap orang yang kita temui dan mengenali kita amat mengetahui
bahawa kita adalah seorang yang sentiasa mengambil berat dan tahu apa yang mereka
mahukan. Jangan sama sekali menjadi seorang yang suka menipu apa tah lagi suka kelentong
yang bukan-bukan.
Gagal
sekali bukan bermakna gagal berkali-kali. Pelajari penyebabnya untuk kita
bergerak melawan kegagalan yang telah kita tempuhi. Banyak pengajaran dan
iktibar yang perlu kita pelajari dengan sebaik yang mungkin. Tanamkan dalam
diri kita sendiri bahawa setiap kegagalan yang dialami dan dihadapi sudah tentu
ada jalan penyelesaiannya. Jangan sama sekali mudah merasa panik, kecewa dan
takut, carilah penyelesaian terbaik agar setiap kegagalan yang dilalui sudah
pasti ada solusi nya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan