Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 13 September 2013

BERKATA JUJUR




Bertindak jujur dan berkata benar dan telus. Itulah yang sepatutnya kita lakukan. Elakkan dari menipu atau berbohong kerana kesannya jika tidak sekarang di masa hadapan pasti orang akan mengetahui juga satu hari nanti. Kerana itu ambil jalan selamat agar sentiasa jujur kepada sesiapa juga yang kita temui. Untung di dunia untung juga di akhirat. Ganjaran Allah itu besar hanya yakin dengan apa yang telah Allah janjikan.


Sayidina Ali ra pernah berkata ‘Orang yang suka berkata jujur akan mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat


Inilah untungnya kita yang melakukan jualan. Sudah pasti tiga perkara ini menjadi satu kekuatan dalam diri kita andai kata kita berkata JUJUR secara telus dan benar. Tiga perkara yang boleh kita manfaat bagi mendapatkan lagi penutupan jualan dengan mudah dan senang apabila kejujuran diutamakan adalah

i.         Kepercayaan
Kita jujur dan berkat benar pasti mudah kita dapatkan perhatian dan kepercayaan sesiapapun. Bila dah mendapat kepercayaan bukankah mudah untuk melakukan jualan. Tepuk dada tanya selera perlu kah kita menipu dan berbohong setiap masa asalkan produk yang ditawarkan boleh diterima orang setiap kali melakukan jualan? Semuanya kena bermula dari diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita mendapat kepercayaan dari orang lain pula.

ii.        Cinta
Pasti orang akan lebih menyukai dan merasa tidak ditipu andai kata kita lakukan dengan perkara-perkara yang benar dan tidak langsung menampakkan kekeliruan atau mengambil kesempatan atas apa yang mereka tidak ketahui. Pergunakan sebaik mungkin kerana bila sudah akrab dan intim sudah pasti nak jual apa sekalipun pasti mudah dan senang melakukannya.

iii.       Rasa hormat
Sesiapapun yang kita temui mereka pasti menghormati kita. Tak perlu jadi wakil rakyat atau bos besar menjawat jawatan tinggi. Selagi kita berkata benar, betul, telus dan jujur sampai bila-bila orang akan menghormati kita lebih dari orang lain. Hanya kerana kejujuran kita Allah balas dah di dunia lagi. Tidak ini akan memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan?

Amalkan dan elakkan menipu, berbohong dan kelentong ikut suka hati kita sahaja. Tiada apa yang menguntungkan kita kalau kejujuran tiada pada kita. Jadikan satu tabiat yang dikekalkan sampai bila-bila. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa. Amalkan sentiasa agar kejayaan dalam melakukan jualan pasti menjadi hak mutlak kita sampai bila-bila.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan