Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 22 September 2013

HUJUNG MINGGU BAGI ORANG YANG PRODUKTIF





Tidak dinafikan bahawa cuti hujung minggu adalah hari yang dinanti-nantikan untuk bercuti dan menenangkan fikiran. Berehat hanya disebabkan hampir seminggu bertungkus lumus melakukan pekerjaan. Bagi yang berkeluarga inilah masanya untuk berehat di sisi keluarga. Kalau boleh urusan kerja dibiarkan dahulu jangan difikirkan sangat. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan terutama di hari cuti hujung minggu.

Namun bagi orang-orang jualan yang cukup produktif pasti akan menjadikan dirinya untuk melakukan tugasan di cuti hari minggu. Inilah masanya yang terbaik untuk mempersiapkan dirinya semula bagi menghadapi minggu bekerja akan datang ditempuhnya tidak lama lagi. Segala-galanya dilakukan dengan penuh perancangan agar dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukannya agar sentiasa produktif dan tersusun tugasannya adalah

i.             Per kemas dan menyusun segala tugasan-tugasan yang tidak dapat dihabiskan untuk diselesaikan pada hari cuti

ii.           Melakukan perancangan seminggu ke hadapan secara lebih efektif

iii.          Bagi yang ada e-mel per kemaskan segala e-mel yang ada tanpa sebarang gangguan

iv.          Memastikan tugasan hari biasa dapat di perkecilkan dengan melakukannya pada hari cuti bagi mengurangkan tekanan dan kesibukan bekerja nanti

v.            Menyiapkan segala-galanya sebagai persediaan awal

vi.          Ambil kesempatan selesaikan mana-mana tugasan yang belum diselesaikan

vii.        Melakukan tugasan mana-mana prospek yang diabaikan semasa bertugas hari biasa

viii.       Mengenal dan mengambil kesempatan di atas oportuniti yang ada melakukan jualan lagi setelah semua perkara di atas dapat diselesaikan

Orang yang produktif pasti menjadikan hari cutinya sebagai satu resipi rahsia kejayaannya untuk dirinya sendiri. Bukan tamak dan mementingkan diri sendiri tapi memikirkan agar pada hari bekerja nanti tidak mudah berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kepala yang berserabut nanti. Kebiasaannya dilakukan kerana tumpuan dan fokus menyelesaikan tugasan tanpa ada sebarang gangguan boleh dilakukan di pejabat dengan rasa lebih tenang lagi. Memang akan mengambil masa tapi jangka masa yang diambil kebiasaannya tidak lama kerana keperluan yang lain harus juga diambil kira. Kalau mahu menjadikan diri kita seorang yang produktif, lakukannya secara disiplin jangan di hirau apa orang lain perkatakan. Baik jaga periuk nasi diri sendiri dahulu dari kita sibuk menjaga periuk nasi orang lain pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan