Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 1 Oktober 2013

ADA SEBABNYA GAGAL PENUTUPAN JUALAN




Termenung dibuatnya kenapa penutupan jualan yang dilakukan masih banyak lagi kegagalan ditemui. Dirasakan apakah yang dilakukan telah diberikan dengan sepenuh perhatian sewajarnya tapi masih gagal lagi untuk menempa kejayaan seperti mana yang dimahukan. Tanpa ada usul periksa terlalu mudah merasakan bahawa sememangnya kita tidak mahir dan handal dalam melakukan jualan. Seolah-olah apa yang berlaku ini sememangnya sudah suratan takdir dari Ilahi. Bila gagal sahaja suratan takdir tapi bila kejayaan diperoleh merasakan dari usaha dan kegigihan kita sendiri pula.

Adakah ini yang kita cari selama ini? Mesti ada sebabnya kenapa kegagalan penutupan jualan diperoleh. Pertimbangkan agar apa juga tindakan kita kena ada bedah siasatnya yang perlu dilakukan kenapa kegagalan lebih terserlah dari kejayaan yang sepatutnya. Tanpa usul periksa kita amat mudah merasa jatuh melayan diri kekecewaan dan mudah putus asa terjadi. Mungkin perkara-perkara berikut perlu diberi penekanan adakah apa yang kita lakukan betul ataupun tidak. Antaranya adalah

i.             Kita lebih banyak bersembang yang bukan-bukan dari bersembang ke arah melakukan jualan bila bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan

ii.           Mudah leka apabila berinteraksi semata-mata menjaga hati dan perasaan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui

iii.          Apa yang mereka perkatakan tidak kiralah pandangan, cadangan ataupun teguran langsung tidak diambil berat atau dihiraukan.

iv.          Jawapan yang kita berikan terlalu samar-samar dan bukan mengesahkan sama ada betul ataupun tidak.

v.            Terlalu banyak keraguan pada mereka dari terlalu banyak meyakinkan atas apa yang telah kita maklumkan

vi.          Walaupun masa berlalu lama namun masih gagal mengesan apa sebenarnya yang mereka mahukan dana carikan selama ini.

vii.        Enggan dan tidak sanggup untuk hadapi bangkangan dan bantahan apabila berlaku dan terjadi.

viii.       Masih merasa cuak dan risau apakah yang kita lakukan betul ataupun tidak. Keyakinan diri langsung tidak dapat disemai sama sekali.

ix.         Kegagalan kita mengawal situasi ketika jualan dilakukan dan sanggup membiarkan mereka yang mengawal situasi kita sebenarnya.

Lakukan muhasabah sebaik mungkin agar diketahui mana betulnya dan mana salahnya. Kesan dari awal agar kekecewaan tidak mempengaruhi diri kita melakukan tugasan. Jangan dibiarkan segala yang negatif mempengaruhi tabiat dan tugasan. Berubah segera agar mana yang silap dan salah kita lakukan diperbetulkan segera tidak diulangi sama sekali. Sekali air berubah sekali pantai berubah. Tidak salah untuk berubah kepada yang betul melainkan kita sendiri yang tidak mahu untuk berubah-ubah. Sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan